Friday, December 26, 2014

Chocolate Pudding with fresh Fig



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhhhhh lama betul saya tak update blog. Dah jadi rumah tanpa penghuni pula kan. Nasib baik masih boleh update lagi.

Bulan December tahun ini saya fully occupied. Sementara kena mengasuh anak anak saudara, kenduri kahwin saudara mara juga banyak. Dari Perlis sampai ke Kelantan. Itupun last minute terpaksa cancel menghantar pengantin bila Kelantan mula dilanda banjir.   

 Walaupun saya masih memasak di rumah tetapi tak sempat untuk posing makanan. Bila siap masak, hidang, habis....

So bila semua anak saudara dah balik, 2 hari lepas, barulah sempat bernafas semula. Dah mula untuk regangkan urat dan mula untuk update blog.


Menu untuk permulaan, saya sediakan Chocolate Pudding. Alhamdulillah cuaca di sini baik walaupun sesekali saja hujan. Nampaknya Pantai Timur di duga dengan musibah banjir yang agak luar biasa. Biasanya kampung saya tidak pernah dinaiki air banjir tetapi kali ini sudah ada keluarga yang terpaksa dipindahkan ke dewan serbaguna. Walaupun keadaan masih terkawal tetapi jalan keluar masuk sudah hampir ditenggelami air.


Berbalik kepada menu kali ini, saya sediakan Chocolate Pudding. Menurut my husband, rasanya seakan akan chocolate ice cream especially bila dihidangkan sejuk. Teksturnya sedikit lembut dan manisnya sedang elok saja.

Anda boleh gunakan buah buahan segar seperti berries ataupun pisang.
Resepi dari blog "pretty Simple Sweet".

 

1 comment :

kakyon said...

Warna pudding dan gaya hiasannya.. klasik gitu..rasanya pun pasti sedap :)