Monday, June 1, 2015

Tart Nenas Cheese


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Maafkanlah tuan rumah yang semakin teruk dalam mengemaskini blognya sendiri. Kadang rasa macam banyak sangat benda yang hendak dicuba bila hujung minggu. Tapi bila sampai hujung minggu ada saja alasan untuk mengabaikan semua plan yang dah dirancang di dalam kepala. Ada masanya sampai 2 @ 3 kali asyik keluar masuk butter dari peti sejuk.

Kesian betul bila tengok blog yang tidak terurus. So semalam rajinkan diri ( yang penting tekadkan hati ) menggodek membuat Tart Nenas, cuma kali ini saya tambahkan keju cheddar di dalam adunan dan taburkan di atas tart sebelum di bakar. Sudah lama resepi ini bertebaran di alam maya, tetapi seperti biasalah saya selalu jadi pengikut yang berada dihujung garisan.

Resepi doh masih lagi saya gunakan dari blog Kak Azie cuma tambahkan keju cheddar.
 

7 comments :

Amie said...

Adeehhh Zilaaaa... pengikut di hujung garisan 100% jauh lebih baik drp saya yang tak pernah masuk garisan... ha ha haaa..selamat hari raya Zila.

hazila said...

hahahahaha nasib masuk juga garisan ya Amie.Lama sangat cheese tu dlm eabok dah nak expired.

saye niza said...

dikala berpuasa ni, memang sungguh menggoda makanan ni :DD

Rohah said...

samne je kak, bab butter 2-3 kali kuar masuk peti ais...hihiui..
tp tart ni mmg x pernh try lg...mesti sedap kan..

wanie yahaya said...

follow my blog... http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com..boleh tukar2 idea masakan...

fiza hasan said...

Ada idea nk baking lps in..:)

masuri24 said...

kegemaran saya!!!
tapi tak reti nak buat... :)