Monday, August 10, 2015

Roti Jala Kuah Durian


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Maaf kerana agak lama mendiamkan diri dan membiarkan blog tanpa sebarang cerita. Sebenarnya tuan rumah dalam proses mengurangkan berat badan yang sudah berlebihan. Maklumlah bila nak ambil gambar masakan, kena memasak. Bila sudah memasak, kena habiskan makanan yang telah disediakan. Akhirnya tuan rumah dah bagai belon yang dipam pam saja.

Jadi sebelum berlarutan dan menimbulkan banyak lagi masalah, terpaksalah berkorban. Itu saja alasan kenapa agak lama blog ini dibiarkan.

Memandangkan sekarang musim lambakan buah durian di pasaran, suami minta disediakan Roti Jala Kuah Durian sebagai menu minum petang semalam. Sejujurnya saya lebih sukakan Roti Jala dimakan dengan kuah kari.

Jadi layan gambar saja untuk kali ini. Masih mencari mood untuk kembali berblog. Dan terima kasih kerana masih sudi singgah walau tiada cerita baru.

 

7 comments :

I am LZ said...

Salam ziarah Hazila,
Baru terdetik dalam hati, apa rasa roti jala makan dgn kuah durian.. Saya pun prefer makan dengan kari.. Tapi tgk gambar Hazila post ni terliur jugak.. :-)

hazila said...

Wasalam LZ,

Entah bagaimana nak jelaskan rasanya. Tapi ada orang memang langsung tak boleh makan roti jala dengan kuah durian. Saya kurang suka sebab rasanya agak manis.

NEKCIK said...

saya suka tapi kat kl ni banyak makan dengan kari

Ms Owlolol said...

Huhuu, resipi dah banyak ambik dkt sini. Tapi satu pun takda buat lagi. hee. Sedap-sedap masakan yang K.Zila kongsi dekat blog ni. Gambar-gambar pun cantik jea terletak rapi. Btw, saya lebih selesa makan roti jala dgn kari. heh, yg pelik2 ni kurang sikit.

marshalizadotcom said...

Kemasnya roti jala....


Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

Mitra303 said...

Agen Judi Online
Agen Judi
Agen Judi Terpercaya
Bandar Judi
Bola Online
Bandar Bola
Agen SBOBET
Agen Casino
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor

Prediksi Skor CHELSEA VS CRYSTAL PALACE FC 29 Agustus 2015
PREDIKSI STOKE CITY VS WEST BROM 29 AGUSTUS 2015
Prediksi Skor ASTON VILLA VS SUNDERLAND 29 Agustus 2015
Prediksi Skor GENOA VS HELLAS VERONA 31 Agustus 2015

Unknown said...

Saya suka makan roti jala begitu sahaja