Monday, June 30, 2008

Rendang Ayam

Saya ambil resepi dari majalah mingguan wanita, tapi ada ubahsuai sikit mengikut kesesuaian selera saya.

Bahan bahan

1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong saiz yg disukai.
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
i inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
100 gms cili kering
50 gms ketumbar
1 biji kelapa - (ambil santan pekat sahaja)
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
50 gms kerisik
1 keping asam gelugor
Minyak utk menumis
Garam dan gula

Cara cara
  1. Kisar bawang putih, merah,halia,ketumbar,kunyit,serai,lengkuas,cili kering dan cili padi.
  2. Tumis bahan yg telah dikisar sehingga masak dan naik bau.
  3. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam separuh masak, masukkan santan pekat.
  4. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kemudian masukkan kerisik dan asam keping.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat dan bolehlah ditutup api.

No comments :