Thursday, April 15, 2010
Ayam Kapitan
Malam tadi masak ayam sebab dah agak lama juga dok terperap dalam esbok. Lama lama nanti masuk tong sampah lah jawabnya. Resepi dari buku masakan RESEPI PERDANA, tapi kurang pedas bagi penggemar masakan pedas seperti saya. Resepi will be updated later.
Saya sertakan resepi asal dari buku, jadi boleh adjust ikut keperluan rumah dan citarasa sendiri.
Bahan bahan
1 ekor ayam (anggaran 1 kg) - dipotong, dibersihkan dan dikukus selama 20 minit.
Bahan kisar
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
2 batang serai
3 cm lengkuas
5 cm halia
5 sudu besar cili kisar / boh
Bahan penumis
4 sudu makan minyak
5 cm kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cawan pati santan.
Garam secukup rasa
Cara car
1. Pijarkan minyak di dalam kuali, tumis bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik minyak.
3. Msukkan santan kacau seketika dan masak hingga agak pekat.
4. Masukka ayam dan garam. Masak hingga ayam empuk dan santan hamir kering. Kalau suka berkuah, tambahkan sedikit air.
5. Sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat ataupun roti.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment