Wednesday, April 21, 2010
Tepung Bungkus
Semalam terajin sikit, saya buat tepung bungkus. Tapi masih terkial kial nak membungkus, saya hantam sajalah asalkan boleh bungkus dan tak terkeluar isinya sudahlah. Saya suka kuih ni, rasanya dah terlalu lama tak buat sendiri. Silap silap tak pernah buat pun agaknya. Maklumla dolu dolu saya ni malas sungguh nak masak memasak ni. Bila dah nak masuk geng geng veteran ni barulah ada kesedaran nak selak buku resepi.
Resepi asal saya ambil dari Princesshayati@MyR aka Yatt. Mana la pegi si Yatt ni, dah lama tak nampak kat alam maya ni. Harap harap semuanya ok.
Bahan Bahan
* 1 cawan tepung beras
* 2 cawan santan
* secubit garam
* daun pisang di layang skit ke ats api kecil
* 1 cawan tepung pulut + 1/2 cawan tepung pulut hitam ( yg ni saya tambah sendiri )
* utk inti;
* 1/2 biji kelapa parut
* 2-3 keping gula melaka
* 4 sudu tepung pulut
* sehelai daun pandanh di simpul
Cara-cara
1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut.
Ketepikan dahulu.
2. Bancuh tepung pulut (putih dn hitam) seperti hendak membuat buah melaka, masukkan inti tadi dan ketepikan dahulu.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
6 comments :
Salam Zila alahai sedap kuih ni....dulu kecik2 masa tompang ngaji kat rumah arwah Tok Lang..selalu tolong dia wat..jualan...nanti bila kerajinan harus ku coba...!
tepung bungkus?... kita tak kenal, ni mesti orang johor panggil lain ni
Kak watie,
coba jangan tak coba ya...
KOG,
Ada org panggil kuih puteri 2 sebilik.
saya suka tepung bungkus...
kalau nak yg sedap memang kena buat sendiri ...
beli tak semestinya dapat yang enak dan 'nyaman'...
Post a Comment