Thursday, December 30, 2010

Cream Caramel


Tahniah buat Pasukan Harimau Malaysia berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki. Saya dan suami bukanlah peminat tegar bolasepak. Takdelah sanggup bersengkang mata sampai subuh semata mata nak tengok football game. Masa World Cup pun hanya tengok fav. team dan kalau ditayangkan masa waktu perdana je. Walaupun duduk sepelaung je dari Stadium Shah Alam tapi tak pernah pergi tengok bola kat stadium pun. Tak kuasa nak bersesak sesak........ Tapi bila Malaysia masuk final ni kami tengok la juga. Bagi semangat kenegaraan sikit, nasib baik mereka main dengan baik, so takdelah sakit hati sangat. Kalau tidak, asyik kalah je.... boring sungguh. By the way....semalam kuat jugalah suara saya bersorak. Dan yang seorang lagi tu siap bangun berdiri rasanya macam nak masuk dalam TV tu kot......

Oh ya, semalam kami makan roti dengan sambal sardin je untuk dinner. Akak suka dik, sebab tak perlu bertungkus lumus kat dapur. Tapi tangan ni gatal juga nak buat something, teringin nak makan cream caramel so sempatlah buat masa balik kerja semalam. Tapi tak cantik, siap berlubang lubang lagi tu. Tapi rasanya ok, takdelah manis sangat.

Tuesday, December 28, 2010

Menu Dinner Malam Ni......

 Roasted Drumstick


Semalam saya tak masak sebab ada date dengan kawan lama yang datang dari Kuantan. So lepas kerja saya picked her up at her relative's house where she staying with her family.
So lepas jemput dia, kami pergi makan kat satu restoren di Bukit Jelutong then bawa dia ke rumah saya. Lama betul kami tak bertemu, lebih kurang 12 tahun lebih. So bila dah bertemu, tak terkata sebab banyak benda yg nak diceritakan sampai tak tau nak mula dari mana. Hopefully lepas ni kami boleh bertemu lagi, mungkin di Kuantan pula.

Ok berbalik pada menu malam ni, kami hanya makan roasted chicken drumstick dengan mee goreng basah saja. My husband kurang sihat dan dia tak berselera nak makan nasi. Saya ok je sebab malas nak masak lauk pauk sejak dua menjak ni. Kalau nak makan simple and easy every night lagiiiiiiiiiii akak suka tau.


Mee Goreng

Sunday, December 26, 2010

Cotton Soft Japanese Cheese Cake


Semalam ialah Ulang Tahun Perkahwinan saya & my husband yang ke 15. Alhamdulillah, masih mampu bertahan sampai sekarang. Yelah kan bukan perkara mudah untuk bertahan dari membina, tambahan dengan pelbagai dugaan. Moga Allah s.w.t merahmati hidup kami hingga ke akhirnya. Amin. Semalam tak masak pun, dari lunch sampai dinner kami makan kat luar. Just jalan jalan cuci mata kat Shah Alam saja sebab my husband kurang sihat.

Kami tak plan nak ke mana mana pun untuk bercuti sebab my husband memang tak suka bercuti especially kalau musim cuti sekolah. Sebabnya terlalu ramai orang bercuti dan tentu harga hotel dan barangan akan lebih mahal dari biasa. So, insyallah cuti akan di tunda awal tahun depan bila sekolah dah buka semula.

Hari ni pun tak masak juga untuk lunch, jadi sempatlah tadi saya buat Cotton Soft Japanese Cheese Cake ni untuk makan sendiri. Dah ramai mencuba resepi dari myresipi ni cuma sebelum ni saya tak berani nak mencuba sebab tak berapa yakin menjadi. Bila dah berjaya buat Slice Cheese Cake tempohari, barulah yakin boleh buat. Memang berbaloi membuatnya, lembut dan gebu sangat. Saya makan dengan blueberry sauce lagilah sedap.

 Kek yang belum dipotong, berkedut la muka dia sebab tak suntik BOTOX kot....Resepi dari alma@myresipi.

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.

Wednesday, December 22, 2010

Kek Alunan Kasih


Dah agak lama dok perhatikan dalam Kongsi Resepi, Ramai yang teruja memcuba Kek Alunan Kasih ni. Cantik cantik corak alunan kasih yg diorang buat. Saya pun teringin nak mencuba juga, tapi tak berapa nak menjadi alunannya tu. Susah juga nak control supaya serbuk koko tu tak "lari".

Bahan bahan
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung
1/2 cawan susu cair
1 cawan butter
2 cawan gula pasir ( saya guna 1 1/2 cawan )
1 sudu teh baking powder
Esen Vanilla
Serbuk koko secukupnya
Pewarna

Cara cara
1. Pukul Butter bersama gula pasir hingga gebu, masukkan telur satu persatu bersama dengan esen vanilla.
2. Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu cair hingga habis.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian diletak pewarna kuning dan 2 bahagian dengan pewarna merah.
4. Tuang 1 bahagian pewarna merah, tapis serbuk koko sehingga menutupi permukaan adunan merah tadi.
5. Tuang adunan kuning, tapis serbuk koko dan diakhiri dengan bahagian akhir adunan berwarna merah.
6. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 darjah celcius sehingga masak.

Yang ni gambar selepas dipotong untuk dijadikan model.

Ermmm.....Ada juga orang macam ni ye!!!!!!

Pagi pagi saya buka email, ada satu email baru dalam inbox saya. Dioarang ingat ada orang akan percaya ke dengan helah old school cam ni?

romfarah yasmin
to
dateTue, Dec 21, 2010 at 6:24 PM
subjectEmergency Request (Response Needed Please)
mailed-bygmail.com
signed-bygmail.com

hide details 6:24 PM (14 hours ago)

Hope you get this on time? Sorry I didn't inform you about my trip to Spain for a project, I am presently in Valencia here in Spain and am having some difficulties here because i misplaced my wallet on my way to the hotel where my money and other valuable things were. presently my passport and my things are been held down by the hotel management pending when i make payment.

I need you to help me with a loan of (€2,800 Euro = $3,600) to pay my hotel bills and to get myself back home. I will appreciate whatever you can afford to assist me with, I will refund the money back to you as soon as i return, let me know if you can be of help and I will email you the details you will need to send the money. I don't have a phone where i can be reached. I am so confused right now. please let me know immediately so I can email you the details you need to transfer the money.

Your help is much appreciated,

Thanks,
--
with Love,

Farah Yasmin

Tuesday, December 21, 2010

Asam Pedas Ikan Parang


Next menu untuk dinner semalam ialah Asam Pedas Ikan Parang. Hari tu saya pergi pasar, ternampak ikan parang yang dah siap di potong dan tinggal hanya ekornya sahaja. Terasa nak makan asam pedas la pulak kan.Tapi takde sayur lain nak masukkan sekali, yang ada cuma terung. Tak kisahlah, terung pun terung lah...janji asam pedas. Fuhhhh....meleleh peluh makan nasi semalam. DIET!!! Hancur....

Bahan bahan A
2 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
Belacan sebesar ibu jari *
4 biji cili padi *
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh  serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

Bahan B
Ikan Parang ( anggaran 300 gms)
2 keping asam keping
1 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 biji terung - dibelah 2
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam keping dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan ikan, terung, daun kesum dan bunga kantan.
4. Perasakan dengan garam dan biarkan hingga ikan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat.

Kobis Kacau Goreng

 
Dah agak lama tak masak sayur kat rumah ni. Maklumlah yg sorang lagi tu species karnivor dan saya ni species omnivour. Tapi ada sekali tu, rasanya last week teringin sangat nak makan nasi kandar/mamak. My husband ajak makan kat Glenmarie, ada satu kedai makan mamak nasi ganja diorang gelar. Sebabnya kalau dah makan memang ketagih je....itu kata kata geng geng mamak la. Selalunya my husband pergi makan dengan geng geng mamak dia lah, saya ada la sekali dua je ikut. Tapi saya memang suka sayur kobis yang selalu ada kat restoren mamak.

So semalam balik kerja singgah beli kobis dengan karot semata mata sebab teringin nak makan sayur ni. Dah tentu tentu saya sorang je la yang menghabiskannya...

Bahan bahan
Kobis bulat - dihiris
Karot - diparut memanjang
Bawang besar - dipotong bulat
Bawang putih - dimayang
Cili merah - dipotong menyerong
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit biji sawi
Sedikit udang kering
Minyak untuk menumis

Cara cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, biji sawi dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan kunyit, kemudian masukkan kobis dan karot. Kacau biar sebati.Masukkan sedikit air agar ia tidak terlalu kering.
3. Perasakan dengan garam, biarkan seketika dan bolehlah di angkat. Saya suka kobis ni tidak terlalu lembik.

Sunday, December 19, 2010

Menu Lunch Hari ini

Memandangkan my husband tak nak pergi makan kenduri, kenalah masak untuk lunch hari ini. Memang semalam saya dah ke pasar membeli barang basah, manalah tau kalau tak kemana mana weekend, kenalah masak di rumah. Menu hari ni ialah.....


 Udang Masak Lemak Cili Padi

 Sotong Sambal


 Dessert - Ice cream + Tapai pulut

Tadi my husband dah cakap, petang nanti nak keluar jalan jalan cuci mata then malam nanti terus makan kat luar. Katanya nak cuba kat Restoren Pak Engku aka Kuzie Catering tu......


Egg Benedict


Selamat berhujung minggu, apa agaknya menu tengahari hari ni ye.....
Rasanya hari Ahad mesti ramai yang menerima undangan ke majlis perkahwinan, maklumlah bila masuk cuti sekolah hujung tahun je mesti berduyun duyun org buat kenduri. Saya pun ada undangan hari ni tapi tak pasti lagi nak pergi ke tidak......

Pagi tadi buat simple breakfast je, Egg Benedict + Slice Cheese. My husband nak keluar so saya pun malas nak masak menu yang berat. Lepas dia keluar, saya start kemas rumah sambil layan TV sambil laptop pun on juga. My husband selalu bising, mana satu yang nak tengok.

Oklah, nak sambung kerja yg tertunggak lagi tu, selamat menjamu selera dan beristirehat atau bercuti bersama keluarga tersayang.

Updated on 04/01/11

  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam

Cara-cara

  1. 1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  2. 2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. 3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. 4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

Thursday, December 16, 2010

Slice Cheese Cake


Salam di pagi Khamis.... pagi lagi ke ni dah nak masuk waktu lunch pun. Aduhaiiii kepala ni asyik ingat makanan je. Camne lah azam tahun baru nak mengurangkan berat badan yang dah rasa cam DUGONG ni...
Tapi walaupun berazam dan begitu tekad sekali nak menjayakan azam tu saya masih sempat membuat cheese cake ni. Dulu asyik buat non baked cheese cake sebab pernah buat yang bakar tapi asyik failed je. Selalunya cheese cake ku itu bantat. Tapi alhamdulillah kali berjaya walaupun permukaan dia merekah mungkin disebabkan oven terlalu panas. Yang penting jadi, gebus sekali. Ada tanda tanda riak di situ ye.....

Resepi saya ambil dari onigiri@myresipi aka Ros kat Japan. Mungkin sebab gunakan slice cheese ada sedikit rasa masin pada kek ini. Tak berapa manis sangat dan memang cair di dalam mulut la kata orang. Untuk memastikan kek ni menjadi, putih telur mesti betul betul soft peak kalau tidak kebarangkalian nak bantat itu agak tinggi. Bercakap dari pengalaman yang tak seberapa....

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Tuesday, December 14, 2010

Kung Pao Chicken


Yang ini pula ialah Kung Pao Chicken. Resepinya kemudian saya letak. My husband sibuk ajak tengok cerita American Ninja kat Astro tu. Dah 2,3 kali dia ulang alik belakang saya sebab tension tengok saya mengadap laptop ni.

Bahan Bahan
300 gms ayam ( approximately)
50 gms biji gajus
2 cm halia - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 sudu makan minyak masak
Daun bawang
Capsicum - dipotong memanjang
Sedikit cili kering - dipotong menyerong

Bahan perapan
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak

Bahan Sos
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu teh cuka hitam
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh gula
2 tsudu makan air
1 sudu teh tepung jagung

Cara cara
1. Potong ayam menjadi saiz yang sesuai. Perapkan dengan bahan perapan selama 1/2 jam.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan goreng ayam sebentar sehingga separa masak. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak, tumis halia dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan capsicum.
4. Kacau goreng sebentar, masukkan ayam dan gajus. Tuangkan bahan sos perlahan lahan sehingga semua bahan sebati.
5. Masukkan daun bawang, kacau dan siap untuk dinikmati.

Steam Tofu


Salah satu menu dinner malam ni, Steam Tofu with oyster sauce. Perasan tak tofu saya yang dah leper tu? Sebenarnya malas nak steam/kukus so saya masukkan dalam Microwave. Then saya set selama 5 minit, bila dah siap baru saya perasan, tofu tu dah terlebih masak. Nak buat camne kan, tak kan nak buang pulak. Rasanya tetap sama, cuma "The Look" tu yg sadis sikit. Saya dah selalu buat, tapi malam ni tak berapa nak cukup bahan, so saya masukkan apa yang ada jelah.

Bahan bahan

1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai / daun bawang
3 stalks shitake mushroom
Garam

Bahan seasoning

2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air

Cara cara
  1. Steam / kukus tofu selama 2 minit dan buang air yg terhasil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, saute bawang merah dan putih hingga kekuningan, masukkan minced beef. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan seasoning ke dalam mangkuk, gaul sebati dan masukkan ke dalam kuali tadi.
  4. Kacau, masukkan shitake mushroom, carot,cili merah dan daun kucai / daun bawang. Perasakan.
  5. Sedia dinikmati panas panas.

Char Koay Teow

Salam semua. dah agak lama juga saya tak update blog ni. Agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Kebetulan pula emak dan family adik saya dari Trengganu datang weekend lepas. So sibuk bawa diaorang jalan jalan dan layan kerenah anak anak sedara. Diorang sibuk nak suruh maklong beli baju dan kasut sekolah dan ajak pergi mandi kolam lah... Aduh penat juga melayan diorang ni, tapi takpelah sekali sekala saja.

So semalam diorang balik, saya balik kerja terus terbontang kepenatan dan pening kepala terus bila tengok rumah yang dah macam di langgar garuda. Tunggu weekend lah baru nak buat operasi mengemas balik. buat sementara ni buat buat tak nampak je lah apa apa yang bersepah tu. Jangan ada sape sape yang nak buat surprise datang rumah tanpa beritahu dulu. Mau pitam saya dibuatnya.

Berbalik pada menu di atas nia actually saya masak sebelum diorang datang rumah saya lagi. Masa suami saya takde kat rumah hari tu. Baru berkesempatan nak letak gambar kat sini.

Recipe Updated: ( Saya agak agak je sebab sorang makan )

Segenggam Koay teow - rendam dalam air panas dan toskan.
Sedikit taugeh
Sedikit daun kucai
1 biji telur
2 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1/2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap koay teow
Sedikit air
Isi kerang
Udang 3 ekor ( kalau suka boleh letak banyak)
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak sedikit dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan udang dan biarkan ia masak sebentar, masukkan koay teow, kicap koay teow, kicap pekat dan sedikit air mengikut keperluan kuahnya. Gaul sekata.
3. Masukkan isi kerang, taugeh dan daun kucai. Gaul sekata dan perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Biarkan ia mendidih sebentar, pecahkan telur dan kacau sekali atau dua pusingan sahaja dan terus padamkan api dan hidangkan. Jangan biarkan lama di atas api, nanti kuahnya akan kering.



Kicap char koay teow yang saya beli masa balik Perlis raya haji tempohari. Kat Shah Alam saya tak perasan kat mana.

Wednesday, December 8, 2010

Pasta with meatball sauce

Dah 2 malam my husband takde kat rumah. So makan ikut tekak sendiri je lah. Nak masak beria ia pun takde mood. I feel soooooo blue. Hehehehe..... dah lama tak pernah berjauhan, sesekali rasa sayu je bila kena tinggal. Ek eleh makcik ni, orang lain lagi lama berjauhan dengan suami pun tak bising. Macam manalah orang lain yang terpaksa menjalani long distance relationship..... Tapi kalau dah terpaksa dan terbiasa dah lali la kan. Bukan apa, dalam rumah ni hanya kami berdua, so kalau sorang takde memang la rasa sunyi sangat. Tapi kalau dah ada depan mata, asyik cari pasal je.....

Berbalik pada menu malam ni, saya cuma masak pasta dengan meatball sauce. Semua yang dah ready made, cuma tambah shiitake mushroom dengan carot je dalam sauce tu. Jemput makan......

Tuesday, December 7, 2010

Kek Karamel


Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat dan selamat bercuti buat teman teman yang lain. Hari ni saya tak kemana mana.Plan nak keluar tapi macam takde mood la pulak. Oh ya, ini kali kedua saya mencuba buat Kek Karamel. Yang mula mula tu tak jadi sebab adunan kek saya tenggelam dalam adunan puding. So bila masak, puding dah ok cuma saya kek jadi bantat. Saya rasa pasal putih telur tu tak betul betul soft peak. Lagipun loyang tu besar sikit.

Hari ni saya guna spring foam, ini silap saya juga sebab bila bakar guna kaedah bain marie, adunan telur tu keluar ikut bahagian bawah dan akhirnya lapisan puding saya nipis sangat dan hampir takde. Itupun saya dah balut dengan aluminium foil. Adunan kek span tu dah cun  so nanti kena beli loyang yang baru.

Resepi kek karamel ni saya ambil dari Facebook/Kongsi Resepi oleh Puan Munira Baharum. Memang sedap dan kek span tu lembut dan gebu. Definitely (Insyaallah) akan buat lagi.
Loyang size 7X7
Bahan bahan

(A) Gula hangus
2 sudu gula
2 sudu air
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga bertukar perang, masukkan air dan kacau. Tuang gula hangus ini ke dalam loyang, ketepikan.

(B) Audnan Puding
1/2 tin susu cair
70 gms gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur kuning

(C) Adunan Kek Span
140 gms tepung gandum
70 gms gula kastor
3 biji telur kuning
135 ml air biasa ( saya guna susu segar )
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak

(D) Meringue
6 biji telur putih
70 gms gula kastor
1 sudu teh krim of tar tar

Cara cara
1- Kacau semua bahan bahan (B) perlahan lahan, jangan biarkan berbuih.
2- Tapis ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.
3- Pukul bahan (C) dengan pemukul telur.
4- Pukul bahan (D) hingga kembang/soft peak. Campurkan adunan C dan D hingga sebati.
5- Bahagiakan kepada 3 bahagian dan letak warna yang disukai.
6- Sendukkan ke dalam loyang puding tadi berselang seli hingga habis semua adunan.
7- Bakar di dalam ketuhar dengan kaedah bain marie selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak.
8- Setelah masak, angkat dan biarkan pada suhu bilik selama 10 minit kemudian simpan di dalam peti sejuk.
9- Enak dinikmati setelah puding keras dan sejuk.

Sunday, December 5, 2010

Roasted Chicken, Mashed Potato with Mushroom Gravy


Ini menu tengahari tadi. Tak tau nak masak apa, sebab my husband keluar ada urusan dan balik lepas pukul 2 ptg. Sebenarnya bangun pagi pagi tadi dengan semangat yang berkobar kobar nak buat Kek Karamel. Tapi sayangnya kek keramel saya tak menjadi. Agaknya masa pukul putih telur tu tak betul betul soft peak. Sepatutnya kalau ikut resepi, adunan kek span akan terapung di atas lapisan puding, tapi adunan kek saya tenggelam la pulak. Ermmmmm daku kuciwa la juga. Takpe, nanti bila free boleh cuba lagi.

Oh....berbalik pada menu di atas, resepi boleh search kat index di sebelah. Tiba tiba saya jadi malas la pulak sebab buat kek tak menjadi. Boleh gitu?

Friday, December 3, 2010

Kari Udang


Menu dinner malam ni ialah Kari Udang dengan Bendi.

Wednesday, December 1, 2010

Puyuh Goreng garing


" Tanam Pinang Rapat Rapat,
Biar Senang Puyuh Berlari,
Ku Pinang-Pinang Tak Dapat,
Ku Pujuk-Pujuk, Ku Bawa Lari..."


Ha, apa kena dengan akak hari ni bermadah dan berpantun pulak.... 
Saja nak release tension sebab kepala ni asyik berdenyut denyut je. Sekejap panas terik nanti petang hujan selebat lebatnya. Semenjak dua menjak ni my husband suka makan puyuh la pulak. Hari tu masa kawan dia bagi, berselera betul dia meratah puyuh goreng.

Hari Ahad lepas, my husband call kawannya yang menternak burung puyuh di Rawang, nak pergi beli katanya sambil sambil tengok projek ternakannya sekali. kebetulan my parents pun ada kat sini jadi kami semua pergi jalan jalan cuci mata. My husband beli 30 ekor burung puyuh Grade A, sedikit besar dari yang tempohari. Sampai 30 ekor dia beli, tapi saya dah bagi my parents bawa balik separuh sebab kalau tinggal semua kat rumah, takut keras kejung dalam esbok pulak. Maklumlah, akak ni bukan rajin sangat nak memasak sehari dua ni.

Semalam cuma buat goreng saja, esok lusa kena fikir nak masak apa pulak. Mungkin nak cuba Puyuh Goreng Berlada ke.....

Fish Head Curry with Bamboo Shoot


Hari ini tension betul dengan internet connection, dah sejam lebih saya nak upload pic. asyik error je. Berjanggut tunggu nak upload satu pic. pun. Semalam saya masak kari kepala ikan dengan rebung. Masa saya balik Perlis hari tu saya beli rebung segar satu packet, lepas tu terperap dalam esbok. Rasanya pun dah kurang sedap sebab dah lama terperap. Then saya ada beli juga serbuk kari ikan cap TARBUS. Saja je nak mencuba. Tapi saya perasan, kari saya lebih warna kuning dari kebiasaannya. Selalu tu kalau masak kari saya gunakan serbuk kari BABAS ke, ADABI ke. Kali ni warnanya tak begitu memikat mata betul.. Tapi tetap habis juga.
Bahan bahan
1 pc kepala ikan ( saya guna ikan duri )
1 packet serbuk kari
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh halba campur
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 biji tomato - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
Rebung yang telah direbus
1 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Jus asam jawa
Garam
Cili hijau dan merah untuk hiasan

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau, tomato dan halba campur hingga naik bau.
2. Campurkan rempah kari dan cili kisar dengan sedikit air sehingga menjadi paste. Masukkan paste ini ke dalam tumisan tadi dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kepala ikan, gaul biar bahan tumisan tadi sebati dengan kepala ikan. Masukkan jus asam jawa, santan pekat dan air secukupnya.
4. Masukkan rebung yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai dan biarkan ia mereneh dan mendidih. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan cili hijau dan merah biarkan seketika, tutup api jika sudah masak.