Saturday, February 26, 2011

Advance Birthday Gift

Selamat berhujung minggu,
Tuan rumah masih belum sihat sepenuhnya lagi. Masih batuk dan suara masih macam penyanyi heavy metal. Tapi kalau menyanyi bagus juga ni sebab cuaca panas terik, mana tau lepas menyanyi hujan boleh turun. Geram sungguh sebab tekak rasa gatal sangat, rasa macam nak ambil pencakar dan cakar tekak pulak. Tak pasal pasal masuk paper pulak.

Oh ya, my birthday is just around the corner. Bukanlah sehari dua lagi tapi next 2 weeks approximately. Tapi hari ini saya dapat surprised birthday gift in advance. Tengahari tadi my husband balik dan cakap, I got something for you. Saya tanya apa? Tara!!!!!!!

Samsung Galaxy Tab.

Hari tu ada la my husband tanya apa yang saya nak untuk birthday tahun ni, tapi saya belum decide lagi. Masih belum habis fikir lagi. Ingat nak tambah koleksi lens untuk my camera ataupun nak upgrade my laptop.
Rupa rupanya dia dah decide nak hadiahkan saya Samsung Galaxy Tab ni. Hari tu dia dah masukkan mobile broadband kat handphone saya, so selain saya boleh layari internet, saya masih boleh buat dan terima calls seperti biasa tetapi lebih syok.

Syok juga sesekali demam ni kan..... tiba tiba dapat surprised gift. Terima kasih buat suami tersayang. Selalu selalulah bagi surprised gift cam ni lagi.

Friday, February 25, 2011

Menu Malam Tadi

 Masak Lemak Putih Kobis & Tempe

Walaupun masih tak sihat tapi dah jemu makan makanan luar. Dah tak tau nak beli apa, sebab kadang kala tekak orang demam ni terasa nak makan tapi takde orang jual malam malam pulak. Nak tak nak kena gagahkan diri sendiri masak juga.

Semalam saya cuma buat Masak Lemak Putih Kobis dan Tempe, campur ikan bilis sikit. Lepas tu saya buat sambal tumis sotong kering kecil, kebetulan jumpa orang jual ikan kering dari Sabah. Dia jual udang geragau kering, ikan bilis, ikan kering termasuklah sotong kering ni. sajalah beli sepaket nak rasa. Lembut sotong keringnya dan tak perlu masa lama untuk merendam dan saya tak gunakan pun bahan untuk lembutkan sotong.

Rasa macam nak makan banyak tapi tak banyak mana pun sebab tekak masih terasa perit dan pahit.

Sambal Sotong Kering

Thursday, February 24, 2011

May I go to Thailand?


Hari ini takde entry masakan sebab saya masih kurang sihat, malam tak dapat tidur sebab asyik batuk sampai perit tekak. Hari ni nak cerita pasal anak saudara sebelah my husband. Oh ya, semua anak saudara tak kira sebelah my husband atau sebelah saya, sukakan my husband. Mungkin sebab my husband rajin melayan kerenah mereka. Apa yang diorang nak, selalunya my husband akan belikan. Kalau anak sedara saya yang kat Trengganu tu selalu cakap " Dik Cha beghahi ke Pak Lom, Dik Cha dok bghahi ke Mak Lom. Mak Lom garang". 

Semalam my husband sembang dengan anak saudara kat Perlis melalui handphone. Saja la tanya khabar, sebab dia baru masuk Tahun 1. Saya just dengar sambil mata menonton TV.
My Husband : " Sekolah macam mana?
Anak Saudara : " Syok, tapi ada yang Kak Lun tak gheti (pandai)"
My Husband : " Apa yang tak ghetinya?"
Anak Saudara : " Kak Lun tak gheti Pendidikan Islam"
My Husband : " Awatnya tak gheti? Tak belajaq ka?"
Anak Saudara : " Mana Kak Lun belajaq dulu masa kat Tadika"
My Husband : " Laaa memang la tak belajaq kat Tadika, tapi kena la belajaq kat sekolah la ni. Kak    Lun pandai apa?"
Anak Saudara : " Kak Lun pandai Bahasa Inggeris"
My Husband : " Uishhhh terornya cakap bahasa Inggeris. Cuba cakap, Paklong nak dengaq"
Anak Saudara: : " Teacher, Teacher! May I go to THAILAND ?"
My Husband : " Hah! Nak pi Thailand buat apa?"
Anak Saudara : " Cikgu kata kalau nak pi bilik ayaq kena cakap lagu (macam) tu"
My Husband : " Laaa bilik ayaq tu TOILET bukannya THAILAND!!!!. Mentang mentang la duduk sempadan ngan Thailand, ingat nak pi shopping lagu (macam) Maklong ka?"

Ermmmm.... lastly Maklong yang kena.

Tuesday, February 22, 2011

Pearl Sago & Honey Dew


Dah 2 malam saya tak masak sebab tiba tiba rasa kurang sihat. My husband cakap mesti sebab hari minggu tempohari bekerja keras mengemas laman walhal kebanyakkan kerja dia yang buat. Ala sindir la tu.....

Sehari sebelum tu my husband beli 1 biji durian, kami dah balun cukup cukup. Kalau boleh habis sebiji durian sekali harung tu kira bagus sangat la sebab selalunya separuh masuk dalam peti ais. Agaknya sebab panas dalam badan campur dengan bahang cuaca kat luar menyebabkan saya menjadi kurang sihat.

Actually saya dah beli buah honey dew ni dari minggu lepas, memang plan nak buat sago and honey dew tapi asyik tertangguh campur tak sihat sama. Tapi bila tengok buah dah menampakkan semakin kecut, terpaksalah buat juga malam ni. Bukannya susah sangat pun tapi sebab tekak rasa pahit, tu yang malas nak buat.

Biasanya sago & honey dew dessert ni menggunakan santan kelapa tapi saya kurang suka jadi saya tukar menggunakan susu segar. Kalau menggunakan santan kelapa, anda perlu masak santan dan gula dan sejukkan dulu sebelum menghidang.


Bahan bahan

1 biji buah honew dew
Susu segar
Gula
Sago
Ice cube

Cara cara
1. Rendam 1 sudu besar sago hingga kembang, toskan dan rendam dengan air panas mendidih hingga menjadi lutsinar.
2. Kisar sebahagian buah honey dew dengan susu segar dan gula hingga hancur.
3. Potong dadu sebahagian buah honey dew.
4. Campurkan semua bahan ke dalam mangkus dan tuangkan ke dalam bekas kecil. Masukkan ice cube jika suka.

Sunday, February 20, 2011

Mango Lassi


Petang tadi ialah masa mengemas laman. Sementara my husband memotong rumput dan mengemas pokok pokok di laman sebelah rumah, saya siapkan mango lassi dan simpan dalam peti sejuk. Dulu ada bangla yang selalu datang bila hujung minggu untuk potong rumput, sekali dia potong rumput, harganya RM 60. Bukannya besar sangat pun laman tu, lagipun rumput yang ditanam pun tak naik tinggi sangat, cuma perlu trim sikit je. Lastly my husband beli mesin pemotong rumput, jadi sambil berjimat bolehlah keluarkan peluh juga.
Selepas siap semua, baru keluarkan mango lassi untuk menghilangkan dahaga. Patutnya seya lebihkan susu sebab agak pekat pulak. Selepas lunch tadi tanya my husband nak makan apa untuk tea time, tapi dia tak nak apa apa so saya pun malas nak buat kuih. Ingatkan nak buat apam mekar ke.... Lama juga pengukus saya bercuti. Tengah fikir nak makan apa untuk dinner nanti.....


Bahan bahan

1 biji buah mangga masak
1/2 cawan yogurt
1 cawan susu - ( lebihkan kalau suka cair )
2 sudu makan madu

Cara-cara
Kisar semua bahan hingga halus, masukkan ke dalama bekas dan sejukkan. Enak diminum sejuk.

Masak Lemak Daun Turi / Pucuk Geti

Selain asam pedas ikan parang, saya juga buat Masak Lemak Daun Turi atau pun Pucuk Geti. Mak saya cakap pucuk geti ni "berangin" sikit, tapi bagi yang tak sensitive tentu tak ada masalah. Saya pun dah lama tak makan apatah lagi memasaknya sendiri.

Hari ni makan nasi sampai bertambah tambah, habis segala niat nak kurangkan inci. Sesekali makan macam ni memang boleh lupa diri sekejap.

Bahan bahan
1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 biji ubi keledek jepun
Sedikit ikan bilis

Cara cara
1. Masukkan santan cair, bawang merag dan cili merah yang telah dikisar. Rebus bersama sama dengan ubi keledk dan ikan bilis sehingga ubi empuk.
2. Masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat.

Asam Pedas Ikan Parang


Menu makan tengahari hari ini ialah Asam Pedas Ikan Parang dengan bendi. Tapi saya terlupa nak beli tomato, kalau ada lagi rasa masam masam sikit kan. 

Hari ni kena masak sebab my husband ada urusan pagi tadi so balik makan tengahari kat rumah. Lagipun semalam kami dinner kat luar. Hari tu saya ternampak ada satu restoren grill & BBQ baru buka kat Laman Seri Seksyen 13, so saya cerita pada my husband. Malam tadi kami pergi makan di situ, wahhhhhh memang kena la dengan selera saya. Steak dia lembut dan bau wangi. Selalunya kalau makan steak diorang letak mashed potato tapi kat sini dia bagi dengan Potato Cake yg sedap sangat, salad sdan onion rings. Selain tu saya order mushroom soup with garlic bread. Yummy, nanti nak pergi lagi.

Thursday, February 17, 2011

Tempura Platter


Malam ni saya masak lemak cili padi ketam untuk my husband dan Tempura Platter untuk diri sendiri. Tapi udang tempura saya tak lurus tapi mengerekot. Saya gunakan tepung tempura dan bancuh dengan ice cream soda sejuk.

Rose Water Pannacotta with Raspberry Sauce



Saya paling suka buat dessert......


Sebabnya I'm a Dessert Person. Lagipun saya boleh buat dalam kuantiti yang sedikit untuk keluarga saya yang kecil. Selalu nampak dessert yang cantik dan menyelerakan dalam majalah masakan.

Hari ni saya buat Rose Water Pannacotta with Raspberry Sauce, saya ternampak resepi ini masa blog walking di blog salah seorang 'follower' kat sebelah. Bahan bahan senang dan semua dah ada kat dapur.



Recipe will be updated later.

Wednesday, February 16, 2011

Daging Rusa Goreng Kunyit


Dah selesai makan malam?

Apa agaknya menu anda malam ni? Ada yang rajin mesti ada pelbagai menu untuk keluarga tersayang kan... Ada yang masak ala kadar hanya untuk mengisi perut sebelum tidur ( seperti saya la tu....). Malam ni saya cuma buat simple menu, Daging Rusa Goreng Kunyit. Ingat nak buat kari tapi semalam baru je buat kari kepala ikan, so masih terasa kuah kari kat tekak ni.

Sebenarnya saya beli daging rusa ni di Pasar Tani Stadium Shah Alam hari ahad lepas. Dah agak lama tak pergi sana, my husband tak suka sebab susah nak park kereta. Kami sampai pukul 7.30 pagi pun orang sudah ramai dan berpusing jugalah mencari parking space. Kalau malas, kena park kereta jauh sikit, tapi kalau dah memborong sakan boleh lenguh jugalah menjinjing barang basah balik ke kereta.

Rasanya tak perlu resepi lah ye.... senang sangat, semuanya main agak agak sahaja.. Kalau suka bawang banyak, lebihkan. Saya selalu macam tu kalau masak. Kadang kala sukar nak bagi resepi sebab ikut sedap tanagan sendiri je. Lainlah kalau nak membuat kek atau kuih yang perlu timbang dengan tepat.

Tuesday, February 15, 2011

Menu Hari ini

 Ikan Tuka (Tetuka) Bakar

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam dan selamat bercuti pada teman teman lain. Hari ini saya masak untuk makan tengahari sebab my husband plan nak keluar jalan jalan cuci mata petang nanti dan terus dinner kat luar. 

Kari Kepala Ikan Mayong

Monday, February 14, 2011

Frozen Chocolate Yoghurt

 Baru je cakap nak mengurangkan inci kat badan.......

Mari kita makan Frozen Chocholate Yoghurt, lepas tu sama sama berjongging setempat selama 10 minit. Tapi untuk yang ada anak anak yang sedang membesar mesti hari hari berjongging dengan anak anak, urusan rumahtangga dan kerjaya. Tak sempat lemak nak melekat kat badan pun.

 Entah silap di mana, sepatutnya ia beku seperti ice cream tapi yang saya buat tak begitu pulak. Teksturnya tak seperti ice cream biasa sedikit kenyal.

Bahan bahan
200 gms cream
20 gms liquid glucose
200 gms dark chocolate, chopped
140 gms brown sugar
pinch of salt
1/2 teaspoon of vanilla extract
1 tablespoon coffee flavor
400 gms Greek Yogurt

Methods
1. Heat the combined cream and liquid glucose mixture in a double boiler. Add in chocolate and remove from heat.
2. Stir until mixture until smooth, stir sugar, salt, vanilla and coffee flavor to the mixture.
3. Mix in yogurt, refrigerate the mixture for 2-3 hours before churning in an ice cream maker according to manufacturer's instruction.


Ice cream maker sedang menjalankan tugasnya.

Fruits Salads

 Mari kita makan fruits salads pula ya.......

Sebenarnya tengah belajar nak mengurangkan makanan yang boleh menambahkan inci kat badan ni. Tapi takdelah drastic sangat, sikit sikit la kan. Dah rasa tak berapa selesa sebab dah rsa cam dugong berjalan je. Lagipun tension tau bila nak beli pakaian, yang comel lote semua untuk orang yang slim melin. Kita yang extra size ni tinggal baju untuk orang orang veteran je... Tak aci la kan...... Kami pun nak bergaya juga.


Simple fruits salads, potong buah yang kita sukai, campurkan dengan yogurt dan madu, gaul dan sedia untuk dinikmati. Kalau tak suka yogurt sebab agak masam, boleh tukar dengan krim tapi extra fat la sikit ye.

Sunday, February 13, 2011

Asari Miso Shiru



Biasa nampak kawan kawan di Jepun yang buat Miso Shiru ataupun Miso Soup. Terfikir juga macam manalah agaknya rasa Miso Soup ni sebab ada sesetengan makanan Jepun yang masih tak boleh masuk kat tekak saya ni. Sebabkan nak rasa, so semalam saya pergi mencari bahan bahan untuk menyediakan menu Jepun yang satu ini.

Not bad, tekak saya boleh terima dan agak sedap juga. Sedap dihirup masa masih panas. Tapi masa membeli Miso Paste, kena baca ingredients kat packet sebab ada yang mengandungi alcohol. Dan kebanyakan bahan bahan ini boleh didapati di Jusco.


Bahan bahan
1/2 kilo Asari / Clams
4 cawan air
4 pcs small konbu / kelp ( seaweed )
2 sudu makan Miso Paste
1 block japanese tofu - potong kecil
1 sudu makan bonito flakes
3 pcs shiitake mushroom
Sedikit daun bawang untuk hiasan

Cara:

1. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan konbu seaweed dan bonito flakes. Panaskan hingga mendidih, tapis dan ambil stok sahaja.
2. Panaskan stok, masukkan miso paste, kacau sebati dan masukkan asari/clams dan hirisan shiitake mushroom.
3. Masak sehingga asari/clams terbuka dan masukkan potongan tofu. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan potongan daun bawang semasa menghidang.

Honey Dew Smoothie


Selamat berhujung minggu

Mungkin ada yang sambung bercuti hingga hari selasa sempena Maulidur Rasul. Jadi selamat bercuti dan berhati hati di jalan raya.

Dah beberapa hari tak update blog sebab tuan rumah agak sibuk dan tak berapa sihat. Selsema dan perit tekak. Jadi dapur pun tak berasap juga, tapi bila dah lama tak ambil gambar masakan untuk blog, terasa rindu pulak. Jadi hari ni saya cuma buat entry menu yang simple saja. Hari ni saya buat Honey Dew Smoothie.

Bahan bahan
Honey Dew
Susu pekat
Greek Yogurt
Sedikit pewarna apple green
Air secukupnya

Cara cara
Masukkan semua bahan di dalam blender, kisar hingga halus dan tuang di dalam gelas yang sesuai. Jika suka boleh blender ketulan ais sekali.

Tuesday, February 8, 2011

Serikaya Pisang


Sudah beberapa hari tak update blog, rasanya sejak sebelum cuti Chinese New Year lagi. Bila dah mula kerja, agak sibuk + malas nak update blog. Agaknya sebab lama sangat kot bercuti, tambahan kat kampung, coverage broadband macam siput ba**. Punyalah lama nak buka blog atau FB. Itu yang lagi malas nak update.

Semalam saya buat kuih Talam Pisang tapi yang bahagian atas tu lebih kepada serikaya. So, saya pun pandai pandai tukar nama. Sedap juga, ok lah pada tekak sendiri. Resepi saya update kemudian ye, nak balik rumah pulak. Tengah fikir nak masak atau beli je yang dah siap.

Updated on 13/02/11
Bahan A
1/2 cawan tepung beras
1/2 tepung kanji ( saya guna tepung jagung )
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
4 biji pisang, potong kecil

Bahan B
2 cawan santan'1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula pasir
5 biji telur ayam
Sedikit pewarna kuning / apple green

Cara
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua Bahan A, kacau dan ratakan serta masak diatas api sederhana panas. Apabila sudah pekat, tuangkan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 15 minit.
3. Sementara itu, campurkan Bahan B, tapiskan supaya tidak bergentil dan kacau di atas api hingga agak pekat.
4. Tuangkan ke atas Bahan A yang telah dikukus tadi dan kukus hingga masak. Sejukkan dulu sebelum dipotong.

Wednesday, February 2, 2011

Homemade Raspberry Sauce

 Hari ini keaadaan boleh dikatakan agak lengang kerana ramai sudah memulakan cuti Tahun Baru Cina. Saya masih bekerja, seronok keluar ke tempat kerja hari ini  sebab jalan tak sesak dan boleh memandu seperti Mak Limah Lenggang Kangkung..... Masing masing sudah tunjukkan mood bercuti, mesti ramai kawan kawan blogger pun dah balik kampung ataupun menuju ke destinasi percutian.

Akhir tahun lepas saya dan suami plan nak bercuti ke Sabah masa CNY ni tapi terpaksa dibatalkan sebab my parents nak ajak pergi meminang untuk adik lelaki saya. Jadi sebagai kakak sulong, tak kanlah saya nak pergi bercuti dan biarkan my parents uruskan semuanya kan.. Lagipun ada rahmat juga batalkan percutian tu sebab musim hujan yang pastinya akan membataskan aktiviti saya masa bercuti. Rugi juga kalau habis duit beli tiket kapal terbang tapi terpaksa duduk dalam hotel je....

Berbalik pada entry hari ini, semalam saya buat Homemade Rasberry Sauce. 2 hari lepas masa saya "mengular", biasalah kat Hypermarket, saya suka membelek sana sini then ternampak fresh raspberry. Bukan selalu boleh jumpa fresh raspberry ni, tapi bila tengok harganya buat akak terpaku sekejap la juga kan..... Adoiiii......lama gak dok fikir nak ambil ke tidak. Lastly saya ambil la juga satu packet. Sebab saya fikir bukan selalu nak dapat.. ( ayat penyedap hati sendiri ). Oh ya 1 packet harganya RM 19.90, packetnya lebih kurang saiz packet blueberry tu. 

Bahan bahan
1 packet fresh raspberry
1 sudu teh lemon juice
1/2 cawan air
1/2 cawan gula

Cara cara
1. Cuci raspberry, tos dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan gula, air dan jus lemon.
3. Masak hingga mendidih dan kacau sehingga raspberry hancur. Biarkan hingga kuahnya agak pekat dan bolehlah diangkat.
4. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.



Salah satu benda yang saya sukaaaaa sangat ialah yogurt. Semalam sebelum balik rumah, saya singgah nak beli yogurt sebab dah plan nak buat raspberry sauce. Yogurt yang biasa kat pasaraya ialah Nestle atau Sunglo tapi kalau peminat yogurt, anda patut cuma Greek Yogurt sebab ia lebih pekat, creamy dan less watery. So semalam mungkin my lucky day, saya jumpa Greek Yogurt bersaiz 1 kg dan berharga RM17.90. Terus angkut masuk bakul..... 

Nanti lepas balik dari kampung, saya nak buat Homemade Ice Cream pulak, boleh makan dengan raspberry sauce tu juga...