Dah selesai makan malam?
Apa agaknya menu anda malam ni? Ada yang rajin mesti ada pelbagai menu untuk keluarga tersayang kan... Ada yang masak ala kadar hanya untuk mengisi perut sebelum tidur ( seperti saya la tu....). Malam ni saya cuma buat simple menu, Daging Rusa Goreng Kunyit. Ingat nak buat kari tapi semalam baru je buat kari kepala ikan, so masih terasa kuah kari kat tekak ni.
Sebenarnya saya beli daging rusa ni di Pasar Tani Stadium Shah Alam hari ahad lepas. Dah agak lama tak pergi sana, my husband tak suka sebab susah nak park kereta. Kami sampai pukul 7.30 pagi pun orang sudah ramai dan berpusing jugalah mencari parking space. Kalau malas, kena park kereta jauh sikit, tapi kalau dah memborong sakan boleh lenguh jugalah menjinjing barang basah balik ke kereta.
Rasanya tak perlu resepi lah ye.... senang sangat, semuanya main agak agak sahaja.. Kalau suka bawang banyak, lebihkan. Saya selalu macam tu kalau masak. Kadang kala sukar nak bagi resepi sebab ikut sedap tanagan sendiri je. Lainlah kalau nak membuat kek atau kuih yang perlu timbang dengan tepat.
6 comments :
menarik jugak ni!
daging rusa kalau masak kunyit pun dah cukup sedapp kan kak..
bila lak akak tangkap rusa..he..he..
Nanie,
rasanya lebih kurang daging lembu je..
Mas,
Akak tahan jerat depan rumah semalam. hehehehe....nak sekor tak?
Salam- Saya pun baru lps mkn daging rusa ni. Lembut aje daging nya. Tapi susah nak jumpa daging nih
assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. untuk restoran boleh runding harga borong. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.
http://www.rusaryan.blogspot.com
Post a Comment