Salam dan Selamat Pagi....
Apa khabar kawan kawan semua? Mesti ramai yang ambil cuti sempena cuti Deepavali dan juga Awal Muharram. Pagi tadi jalan lenggang je, itu menandakan ramai penghuni Shah Alam yang bercuti. Oh alangkah seronoknya kalau saya pun boleh bercuti, kalau tidak kemana mana pun, boleh bermalas malasan di depan TV.
Tapi my husband memang tak suka ke mana mana especially dalam musim cuti sekolah. Sesak katanya. Saya selalu cakap, kalau tak mahu sesak, jom kita berpindah duduk dalam hutan.... wink!!!!
Entry kali ini saya masukkan menu Apam Lenggang atau Apom Manis. Rasanya ini menu dari Masyarakat India. Kebiasaannya ia diperbuat daripada tepung beras.
Saya suka makan kuih ini terutamanya kalau balik Perlis. Boleh dikatakan kami selalunya tidak menyediakan sarapan pagi kerana di Perlis masih boleh beli sarapan pagi dengan harga yang agak murah. Even masa arwah my mother in law masih ada pun saya selalunya beli saja sarapan pagi.
Kami selalu membeli sarapan pagi di gerai menjual kuih muih dan pelbagai jenis nasi di belakang Masjid Negeri dan berdekatan dengan Stesen Keretapi Arau. Di gerai ini ada pelbagai jenis kuih muih dengan harga yang agak murah berbanding harga di Shah Alam. Jadi apalagi, main tunjuk sajalah apa kuih yang terasa nak makan. Antara kuih muih yang saya pasti beli ialah Apam Lenggang. Tapi selalunya kalau terlewat, memang tak merasalah.
Rasanya Apam Lenggang yang saya beli dari gerai ini tidak menggunakan tepung beras tetapi tepung gandum kerana ia masih lembut walaupun sudah sejuk.
Actually saya sudah beli Appam Pan untuk buat Apom Lenggang sudah agak lama, tahun 2009 rasanya. Tapi belum pernah sekali pun saya guna. Saya pernah masukkan entry berkenaan Appam Pan di sini.
Appam Pan
Saya ada jumpa beberapa resepi bagaimana untuk membuat Apom Lenggang dari Internet dan juga majalah. Akhirnya saya jumpa resepi dari fotopages Kak Rusnah yang menggunakan tepung gandum. Memang sedap dan sama dengan Apom Lenggang yang saya beli dari gerai dekat stesen keretapi Arau.
APOM LENGGANG
BAHAN BAHAN
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir - tambah jika suka manis
1 sudu teh yis
Tapai pulut ( anggaran RM 1) - saya tambah
B
1 cawan santan
1 biji telur
Sedikit garam
Cara cara
1. Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang ke dalam bekas dan biarkan semalaman.
2. Keesokkannya, masukkan semua bahan B, gaul sebati dan biarkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan Appam Pan, tuang satu senduk ke dalam kuali. Kemudian lenggangkan dan tutup dengan penutup.
4. Biarkan ia masak sehingga sekeliling apom nampak garing. Angkat dan letak di dalam pinggan. Buat hingga habis.
5. Apom lenggang boleh dihidangkan dengan kuah kari atau di makan begitu saja.
16 comments :
giler lama x terjah sini kaka
lately malas nk update belog
nangessss....
sedapapom manih tue....
apom manis ni mmg sedap.. masa dok kampung hari tu... pepagi sure gi gerai aci kat tepi pasar beli apam lenggang.. sedappp sangat..
suker nyer ngan apam ni..dan buat apam ni dia takleh kuali non stik leper tu kan, kena yang melengkung sikit, baru cantik mcm timbul kat tengah2 tu kan...kita takde kuali mcm tu :(
dah pernah cuba juga resepi kak rusnah ni.. memang sedap.. apa lagi ada cicahannya sekali... kalau kat perlis org kat sana mkn apam lenggang ni dengan apa ye?
Kat sana mmg murahkan kuih muih bbanding kat sini.
sedapnya...kalau guna kuali biasa pun boleh kan zila.
lama tak jengah tak blog nie ....
sedapnya apom lenggang ,fave saya jugak ni lama duk berangan2 nak melenggang tak terbuat jugak
tak dak rezeki kita nak berjumpa ye ,insyaAllah lain kali
suka kuih ni..
sedapnya tengok..
lama dah tak buat... :)
lom pernah cuba buat...rasa pun x pernah. Nanti boleh cuba... :)
sedappp he he tp selalu mkn yg beli lum penah try lg..cp resepi dulu ye hehhe
sedap nengok, mcm nk pekena skrg je..
sedang mencari resepi apam telur ni terjmpa blog puan..tqsm atas perkongsian resepi suka sngt ..terus cuba...salam kenal juga ya
saya baru makan apam lenggang ni kat syed bistro pj. memang sedap. Makan dengan santan manis. sedap hingga kecuq air liuq. Ingin buat sendiri.rupanya bukan senang buat ya. Kene peram dulu. Terima kasih kongsi resepi Apam lenggang.
saya baru makan apam lenggang ni kat syed bistro pj. memang sedap. Makan dengan santan manis. sedap hingga kecuq air liuq. Ingin buat sendiri.rupanya bukan senang buat ya. Kene peram dulu. Terima kasih kongsi resepi Apam lenggang.
Org lelaki memang suka selalu nya
Org lelaki memang suka selalu nya
Post a Comment