Sunday, November 4, 2012

Mee Goreng Berkuah


Salam dan Selamat Petang,

Cuaca di Shah Alam hari ini agak lembab. Jadi orang yang ada di dalam rumah juga turut "selembab" cuaca di luar. Pagi pagi lagi my husband ajak saya bersarapan di luar dan terus ke pasar mencari bahan basah untuk stock 2,3 hari.

Mula mula plan nak masak nasi dan lauk sejenis dua tapi tiba tiba my husband tukar plan dan minta saya cuma masakkannya mee goreng untuk makan tengahari. So sementara my husband keluar siapkan kerjanya, saya sediakan dulu cili jeruk untuk dimakan bersama sama dengan mee goreng nanti.

CILI HIJAU JERUK

10 biji jili hijau
1 sudu garam kasar
3/4 cawan cuka makan
3 cawan air panas mendidih
2 sudu makan gula pasir

Cara cara
1. Hiris cili hijau, cuci dengan air bersih. Masukkan garam di dalam bekas dan tuang 2 cawan air panas mendidih. kacau hingga garam larut.
2. Rendam cili hijau tadi di dalam larutan garam lebih kurang 3-5 minit. Toskan.
3. Masukkan cili hijau tadi ke dalam bekas yang sesuai. Campurkan gula, cuka dan air panas mendidih.Tuangkan ke dalam bekas yang  berisi cili hijau tadi.
4. Boleh dimakan dengan mee, bihun dan sebagainya.


Sejak kebelakangan ini, my husband suka makan mee goreng yang sedikit berkuah. Seakan akan mee kuah. Selalunya dia prefer daging lembu berbanding ayam, tetapi saya cuma ada stok ayam saja, jadi hari ini saya gunakan ayam, udang dan sotong.


Layan gambar dulu ye......

Bahan bahan

1/2 packet mee kuning - celur dengan air panas dan toskan
Sayur sawi
Tauge
Udang - Saya guna 4 ekor bersaiz XL
Sotong - Saya guna 4 ekor bersaiz sederhana
100 gms daging ayam / lembu - potong kecil
1 biji tomato - belah 6
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap jenama ABC
Kicap masin secukupnya
Air Panas 2 cawan
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak, tumis bawang yang telah ditumbuk dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam/lembu, kacau dan biarkan sebentar hingga daging masak. Kemudian masukkan hirisan sotong dan udang. Biarkan ia sebentar.
3. Masukkan air panas, kicap ABC, kicap masin dan sos cili. Kemudian masukkan mee. Gaul sekata.
4. Perasakan dengan garam jika perlu. Kemudian masukkan sayur sawi dan tauge. Kacau sebati dan biarkan hingga kuah mendidih.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato, biarkan anggaran 2 minit dan bolehlah diangkat.

12 comments :

Amie said...

Adedeehhh Hazila... kita dah beli banyak2 cili hijau konon nak buat cili jeruk tapi tak terbuat jugak, padahal bukannya susah nak buatnya ye... sedap sangat makan dengan me goreng atau kue teow gorenkan ....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam hazila...Emmm lapar la pulak ptg2 singgah..tgk mee nih!
Cili jeruk/mmg sedap mkn ngan kuteow/mee juge

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
kat puchong pun cuaca lembab.. baru pas hujan.. skr dah kembali cerah.. tapi matahari nyorok.. tak nak tunjukkan diri.. kain pun masih lembab.. :(
sedapnyaaaaa meeee...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
kat puchong pun cuaca lembab.. baru pas hujan.. skr dah kembali cerah.. tapi matahari nyorok.. tak nak tunjukkan diri.. kain pun masih lembab.. :(
sedapnyaaaaa meeee...

adda syuhada said...

samal la ngn hubby adda..suker makan berkuah2 tuh...pastu ada plk cili jeruk cm kat atas tu lgi la bertambah suker dia..

laskar pelangi said...

Glurppp!tengok gambar pun dah rasakannnn sedapnyaaaa mee tu..hantar semangkuk kat sini:)
Hehehe~

aeinio said...

nampak gambar ni baru teringat cili jeruk dalam peti.. huhuhuhu nampak sedap...

ArsheedA said...

salam sis!!! nk resepi mee tu...nmpk sedap la

zila norazila said...

sedap tu kak..klu makan mee buh byk2 best..:))

Anonymous said...

alahai...mmg best makan mee dgn cili jeruk ni. Dulu rajin gak buat...skg mcm x ingat nak buat pun....nampak enak mee tu.. :)

eyeyou said...

lamanya xmakan mee berkuah..tgk pic da taw kesedapannya...(telan air liur..)

Mas Sani said...

kak...
mintak izin coppy resepi cili jeruk ye, syok plak buat cili jeruk lps tu blh terus mkn...selalunya kena perap 2,3 hari blh rasa hehehe...