Saturday, February 26, 2011

Advance Birthday Gift

Selamat berhujung minggu,
Tuan rumah masih belum sihat sepenuhnya lagi. Masih batuk dan suara masih macam penyanyi heavy metal. Tapi kalau menyanyi bagus juga ni sebab cuaca panas terik, mana tau lepas menyanyi hujan boleh turun. Geram sungguh sebab tekak rasa gatal sangat, rasa macam nak ambil pencakar dan cakar tekak pulak. Tak pasal pasal masuk paper pulak.

Oh ya, my birthday is just around the corner. Bukanlah sehari dua lagi tapi next 2 weeks approximately. Tapi hari ini saya dapat surprised birthday gift in advance. Tengahari tadi my husband balik dan cakap, I got something for you. Saya tanya apa? Tara!!!!!!!

Samsung Galaxy Tab.

Hari tu ada la my husband tanya apa yang saya nak untuk birthday tahun ni, tapi saya belum decide lagi. Masih belum habis fikir lagi. Ingat nak tambah koleksi lens untuk my camera ataupun nak upgrade my laptop.
Rupa rupanya dia dah decide nak hadiahkan saya Samsung Galaxy Tab ni. Hari tu dia dah masukkan mobile broadband kat handphone saya, so selain saya boleh layari internet, saya masih boleh buat dan terima calls seperti biasa tetapi lebih syok.

Syok juga sesekali demam ni kan..... tiba tiba dapat surprised gift. Terima kasih buat suami tersayang. Selalu selalulah bagi surprised gift cam ni lagi.

Friday, February 25, 2011

Menu Malam Tadi

 Masak Lemak Putih Kobis & Tempe

Walaupun masih tak sihat tapi dah jemu makan makanan luar. Dah tak tau nak beli apa, sebab kadang kala tekak orang demam ni terasa nak makan tapi takde orang jual malam malam pulak. Nak tak nak kena gagahkan diri sendiri masak juga.

Semalam saya cuma buat Masak Lemak Putih Kobis dan Tempe, campur ikan bilis sikit. Lepas tu saya buat sambal tumis sotong kering kecil, kebetulan jumpa orang jual ikan kering dari Sabah. Dia jual udang geragau kering, ikan bilis, ikan kering termasuklah sotong kering ni. sajalah beli sepaket nak rasa. Lembut sotong keringnya dan tak perlu masa lama untuk merendam dan saya tak gunakan pun bahan untuk lembutkan sotong.

Rasa macam nak makan banyak tapi tak banyak mana pun sebab tekak masih terasa perit dan pahit.

Sambal Sotong Kering

Thursday, February 24, 2011

May I go to Thailand?


Hari ini takde entry masakan sebab saya masih kurang sihat, malam tak dapat tidur sebab asyik batuk sampai perit tekak. Hari ni nak cerita pasal anak saudara sebelah my husband. Oh ya, semua anak saudara tak kira sebelah my husband atau sebelah saya, sukakan my husband. Mungkin sebab my husband rajin melayan kerenah mereka. Apa yang diorang nak, selalunya my husband akan belikan. Kalau anak sedara saya yang kat Trengganu tu selalu cakap " Dik Cha beghahi ke Pak Lom, Dik Cha dok bghahi ke Mak Lom. Mak Lom garang". 

Semalam my husband sembang dengan anak saudara kat Perlis melalui handphone. Saja la tanya khabar, sebab dia baru masuk Tahun 1. Saya just dengar sambil mata menonton TV.
My Husband : " Sekolah macam mana?
Anak Saudara : " Syok, tapi ada yang Kak Lun tak gheti (pandai)"
My Husband : " Apa yang tak ghetinya?"
Anak Saudara : " Kak Lun tak gheti Pendidikan Islam"
My Husband : " Awatnya tak gheti? Tak belajaq ka?"
Anak Saudara : " Mana Kak Lun belajaq dulu masa kat Tadika"
My Husband : " Laaa memang la tak belajaq kat Tadika, tapi kena la belajaq kat sekolah la ni. Kak    Lun pandai apa?"
Anak Saudara : " Kak Lun pandai Bahasa Inggeris"
My Husband : " Uishhhh terornya cakap bahasa Inggeris. Cuba cakap, Paklong nak dengaq"
Anak Saudara: : " Teacher, Teacher! May I go to THAILAND ?"
My Husband : " Hah! Nak pi Thailand buat apa?"
Anak Saudara : " Cikgu kata kalau nak pi bilik ayaq kena cakap lagu (macam) tu"
My Husband : " Laaa bilik ayaq tu TOILET bukannya THAILAND!!!!. Mentang mentang la duduk sempadan ngan Thailand, ingat nak pi shopping lagu (macam) Maklong ka?"

Ermmmm.... lastly Maklong yang kena.

Tuesday, February 22, 2011

Pearl Sago & Honey Dew


Dah 2 malam saya tak masak sebab tiba tiba rasa kurang sihat. My husband cakap mesti sebab hari minggu tempohari bekerja keras mengemas laman walhal kebanyakkan kerja dia yang buat. Ala sindir la tu.....

Sehari sebelum tu my husband beli 1 biji durian, kami dah balun cukup cukup. Kalau boleh habis sebiji durian sekali harung tu kira bagus sangat la sebab selalunya separuh masuk dalam peti ais. Agaknya sebab panas dalam badan campur dengan bahang cuaca kat luar menyebabkan saya menjadi kurang sihat.

Actually saya dah beli buah honey dew ni dari minggu lepas, memang plan nak buat sago and honey dew tapi asyik tertangguh campur tak sihat sama. Tapi bila tengok buah dah menampakkan semakin kecut, terpaksalah buat juga malam ni. Bukannya susah sangat pun tapi sebab tekak rasa pahit, tu yang malas nak buat.

Biasanya sago & honey dew dessert ni menggunakan santan kelapa tapi saya kurang suka jadi saya tukar menggunakan susu segar. Kalau menggunakan santan kelapa, anda perlu masak santan dan gula dan sejukkan dulu sebelum menghidang.


Bahan bahan

1 biji buah honew dew
Susu segar
Gula
Sago
Ice cube

Cara cara
1. Rendam 1 sudu besar sago hingga kembang, toskan dan rendam dengan air panas mendidih hingga menjadi lutsinar.
2. Kisar sebahagian buah honey dew dengan susu segar dan gula hingga hancur.
3. Potong dadu sebahagian buah honey dew.
4. Campurkan semua bahan ke dalam mangkus dan tuangkan ke dalam bekas kecil. Masukkan ice cube jika suka.

Sunday, February 20, 2011

Mango Lassi


Petang tadi ialah masa mengemas laman. Sementara my husband memotong rumput dan mengemas pokok pokok di laman sebelah rumah, saya siapkan mango lassi dan simpan dalam peti sejuk. Dulu ada bangla yang selalu datang bila hujung minggu untuk potong rumput, sekali dia potong rumput, harganya RM 60. Bukannya besar sangat pun laman tu, lagipun rumput yang ditanam pun tak naik tinggi sangat, cuma perlu trim sikit je. Lastly my husband beli mesin pemotong rumput, jadi sambil berjimat bolehlah keluarkan peluh juga.
Selepas siap semua, baru keluarkan mango lassi untuk menghilangkan dahaga. Patutnya seya lebihkan susu sebab agak pekat pulak. Selepas lunch tadi tanya my husband nak makan apa untuk tea time, tapi dia tak nak apa apa so saya pun malas nak buat kuih. Ingatkan nak buat apam mekar ke.... Lama juga pengukus saya bercuti. Tengah fikir nak makan apa untuk dinner nanti.....


Bahan bahan

1 biji buah mangga masak
1/2 cawan yogurt
1 cawan susu - ( lebihkan kalau suka cair )
2 sudu makan madu

Cara-cara
Kisar semua bahan hingga halus, masukkan ke dalama bekas dan sejukkan. Enak diminum sejuk.

Masak Lemak Daun Turi / Pucuk Geti

Selain asam pedas ikan parang, saya juga buat Masak Lemak Daun Turi atau pun Pucuk Geti. Mak saya cakap pucuk geti ni "berangin" sikit, tapi bagi yang tak sensitive tentu tak ada masalah. Saya pun dah lama tak makan apatah lagi memasaknya sendiri.

Hari ni makan nasi sampai bertambah tambah, habis segala niat nak kurangkan inci. Sesekali makan macam ni memang boleh lupa diri sekejap.

Bahan bahan
1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 biji ubi keledek jepun
Sedikit ikan bilis

Cara cara
1. Masukkan santan cair, bawang merag dan cili merah yang telah dikisar. Rebus bersama sama dengan ubi keledk dan ikan bilis sehingga ubi empuk.
2. Masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat.

Asam Pedas Ikan Parang


Menu makan tengahari hari ini ialah Asam Pedas Ikan Parang dengan bendi. Tapi saya terlupa nak beli tomato, kalau ada lagi rasa masam masam sikit kan. 

Hari ni kena masak sebab my husband ada urusan pagi tadi so balik makan tengahari kat rumah. Lagipun semalam kami dinner kat luar. Hari tu saya ternampak ada satu restoren grill & BBQ baru buka kat Laman Seri Seksyen 13, so saya cerita pada my husband. Malam tadi kami pergi makan di situ, wahhhhhh memang kena la dengan selera saya. Steak dia lembut dan bau wangi. Selalunya kalau makan steak diorang letak mashed potato tapi kat sini dia bagi dengan Potato Cake yg sedap sangat, salad sdan onion rings. Selain tu saya order mushroom soup with garlic bread. Yummy, nanti nak pergi lagi.

Thursday, February 17, 2011

Tempura Platter


Malam ni saya masak lemak cili padi ketam untuk my husband dan Tempura Platter untuk diri sendiri. Tapi udang tempura saya tak lurus tapi mengerekot. Saya gunakan tepung tempura dan bancuh dengan ice cream soda sejuk.

Rose Water Pannacotta with Raspberry Sauce



Saya paling suka buat dessert......


Sebabnya I'm a Dessert Person. Lagipun saya boleh buat dalam kuantiti yang sedikit untuk keluarga saya yang kecil. Selalu nampak dessert yang cantik dan menyelerakan dalam majalah masakan.

Hari ni saya buat Rose Water Pannacotta with Raspberry Sauce, saya ternampak resepi ini masa blog walking di blog salah seorang 'follower' kat sebelah. Bahan bahan senang dan semua dah ada kat dapur.



Recipe will be updated later.

Wednesday, February 16, 2011

Daging Rusa Goreng Kunyit


Dah selesai makan malam?

Apa agaknya menu anda malam ni? Ada yang rajin mesti ada pelbagai menu untuk keluarga tersayang kan... Ada yang masak ala kadar hanya untuk mengisi perut sebelum tidur ( seperti saya la tu....). Malam ni saya cuma buat simple menu, Daging Rusa Goreng Kunyit. Ingat nak buat kari tapi semalam baru je buat kari kepala ikan, so masih terasa kuah kari kat tekak ni.

Sebenarnya saya beli daging rusa ni di Pasar Tani Stadium Shah Alam hari ahad lepas. Dah agak lama tak pergi sana, my husband tak suka sebab susah nak park kereta. Kami sampai pukul 7.30 pagi pun orang sudah ramai dan berpusing jugalah mencari parking space. Kalau malas, kena park kereta jauh sikit, tapi kalau dah memborong sakan boleh lenguh jugalah menjinjing barang basah balik ke kereta.

Rasanya tak perlu resepi lah ye.... senang sangat, semuanya main agak agak sahaja.. Kalau suka bawang banyak, lebihkan. Saya selalu macam tu kalau masak. Kadang kala sukar nak bagi resepi sebab ikut sedap tanagan sendiri je. Lainlah kalau nak membuat kek atau kuih yang perlu timbang dengan tepat.