Wednesday, April 13, 2011

Chinese Style Steamed Fish


I love Chinese food but not my husband. He is a big fan of Mamak's Food.

Dulu dulu saya selalu masak fish head curry once a week, sampai bila bau kari pun dah rasa satu macam. Tapi sejak last year dah makin kurang mungkin sebab kesihatan atau dia pun dah tak larat nak terima. Tahun ni saya belum masak fish head curry sekali pun. Saya tunggu dia request baru masak....

Semalam memang takde mood nak masak, sebelum balik saya beli nasi lemak kampung yg harganya RM1 sebungkus. Semalam kami mengisi perut dengan nasi lemak saja tapi sambal dia mak oiiiiiiii tersangat pedas sampai keluar air mata. Itupun dah siap ketepikan sambal, cuma ambil sikit sikit je.

Pagi tadi ke pasar tapi hari ini takde seafood yang lain dari yang lain cuma ada yang biasa biasa sahaja. Saya teringin nak makan steamed fish, so ambik la ikan siakap seekor. Alhamdulillah, dah selesai makan malam dengan steamed fish tadi.

Resepi saya update nanti ye....

9 comments :

Nieza said...

sedapnya menu ni kak..memang my fav kalau steamed fish ni...mabeles..:)

Mamasya said...

Ikan stim baik utk kesihatan...dan sedapp...

Mas said...

perhh..sedappnya ikan kukus tu.....

hazila said...

Nieza,
Akak pun suka sangat masakan kukus cam ni.

hazila said...

Mamasya,
Betul tu, asyik makan yang berlemak kena pulak malas bersenam macam saya. Habislah lemak berkumpul.

hazila said...

Mas,
Resepi ni memang kena dengan selera akak.

Ummi said...

Assalam Hazila...berseleranya akak tgk ikan tu taaauuu...mau 2 pinggan nasi nih..pastu ratah2 lak...weeyyy, hancusss la kalau diet..hehe

hazila said...

Kak Ummi,
Memang kak, ikan tu habis dengan ratah je. Terasa macam cik miow miow la pulak..

EmpayarUtama said...

Tu stim kicap ke stim bawang putih? Cam kicap jerk. Cuba le bawang putih lagi sedap...