Thursday, April 7, 2011

Bubur Som Som


Ini kali pertama saya buat kuih ni....

Selalu nampak orang jual masa bulan Ramadhan. Entah kenapa masa blogwalking, ternampak ada beberapa blog yang buat entry berkenaan kuih ni. Tapi saya ambil resepi dari blog izah, cuma saya tak letak air pandan. Saya lebih suka ia berwarna putih. Dan saya juga buat 1/4 dari adunan asal, itupun dah banyak juga buat saya.

Bahan bahan
50 gms tepung beras
50 gms tepung jagung
800 ml santan
Sedikit garam
1 simpulan daun pandan
Air gula melaka

Cara cara
1. Campurkan tepung beras dan tepung jagung dan bancuh dengan santan dan pastikan ia tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan simpulan daun pandan dan masak dengan api perlahan sehingga berkilat dan bunyi letusan kecil kedengaran.
3. Angkat dan tuang ke dalam bekas atau acuan yang sesuai, sejukkan.
4. Hidangkan bersama sama dengan air gula melaka.

**** Bahan bahan di atas adalah 1/4 dari adunan asal.

7 comments :

mekar said...

Hi Hazila,

Kuih ni cukup popular di bazar ramadhan. teringat bulan puasa bila nampak kuih ni

babyhanny said...

uhhh..lame x makan bubur sum-sum... tgk blog akak terus terliur... hehhee..

Ribbon Clown said...

Hazila,

Resepi yg ni untuk 1/4 adunan ke or ni mmg resepi asal? teringin nk mkn..bokkmark2x..hihi

Yat Maria said...

zila

ai love BSS also..tapi ai tak suka part kena kacau 2 sampai letop2..selalu ai tunggu my MIl buat :)

Ummi said...

Hazila...bubur sum sum mmg fav akak nih...tp rajin buat kalau bln Ramadhan jek...hehee...terliur dah ni..

pB said...

x pernah makan ....

Anna Qawina said...

sedapnya....tak pernah buat..hihi