Saturday, May 8, 2010
Cili Jeruk
Buat cili jeruk ni semata mata sebab nak makan dengan mee goreng basah semalam. Patutnya kena buat sehari awal, tapi bila dah nak makan baru lah terhegeh hegeh nak buat. Tapi rasanya dah ok walaupun baru buat.
Bahan bahan
Cili hijau
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Cuka makan secukupnya
Air panas
Cara-cara
1. Potong cili hija secara menyerong. Cuci dan toskan.
2. Tuang air panas ke dalam bekas yg mengandungi cili potong tadi dan biarkan selama 1 minit.
3. Toskan air tadi, masukkan cili kedalam botol kaca, campurkan garam dan gula dengan cuka. Kacau biar sebati.
4. Tuangkan campuran cuka tadi ke dalam bekas yg mengandungi cili. Tutup dan biarkan semalaman sebelum di simpan di dalam peti ais.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment