Wednesday, May 19, 2010

Mixed Fruit Jelly


Takde idea nak bercerita, penat sangat hari ni. Sehari dua ni memang agak sibuk, Alhamdulillah, maknanya rezeki bertambah. Cuma badan terasa lenguh sikit, ermmmm.....bolehlah bodek my husband ajak pergi bercuti sempena cuti Hari Wesak minggu depan.

Berbalik pada entry kali ni, saya buat Mixed fruit Jelly.

Bahan bahan

1/2 buah naga - dipotong kiub
1 biji pisang - dipotong kiub
1/2 biji mangga - dipotong kiub
10gm serbuk agar agar
120gm gula
500 ml air ( lebih kurang )
1 sudu pewarna merah

Cara cara

1. Didihkan serbuk agar agar, gula, pewarna dan air. Biarkan suam seketika.
2. Sediakan acuan, masukkan buah buahan yang telah dipotong dadu tadi.
3. Tuang agar agar tadi dan biarkan beku sepenuhnya.
4. Dinginkan di dalam peti ais, terbalikkan di atas piring sebelum dihidang.

2 comments :

TK said...

Mcm biasa pantang tgok jeli..terkulat2 kita. Cantik jelly tu...

NORAIN said...

jatuh hati dgn jelly kak hazila ni...mcm sedappppppp sgt...