Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah kita sudah memasuki minggu ketiga bulan Ramadhan. Pastinya ibu-ibu rumahtangga sedang sibuk berkira kira untuk membuat kuih / biskut untuk dijamu pada tetamu dihari raya nanti. Pada yang tiada kesempatan untuk membuat sendiri sudah pasti membeli biskut yang banyak dijual di pasaran.
Tunggu sahaja di akhir Ramadhan nanti, pasti ada jualan lelong kuih kuih raya terutamanya di pasaraya. Bagi penduduk Shah Alam / Klang, Kompleks PKNS selalu ada peniaga biskut raya yang akan membuat lelongan raya. Biskut yang biasanya dijual sekotak dengan harga RM28 hanya akan tinggal RM18 atau RM16 sahaja. Tetapi kalau sanggup boleh tunggu malam raya, mesti lagi murah....
Kepada yang rajin dan ada kesempatan boleh membuatnya sendiri. Mungkin lebih nikmat bila keluarga menikmati air tangan ibu sendiri.
Kuih Goyang/Loyang/Rose antara kuih lama yang tak lapuk dek zaman. Antara kuih yang sentiasa ada setiap kali menyambut lebaran. Kuih yang agak senang untuk disediakan cuma agak stressed kalau kuih melekat di acuan. Tetapi alhamdulillah, kebanyakkan kuih saya menjadi. Mungkin yang awal tu kurang elok memandangkan perlu sesuaikan dengan kepanasan minyak.
Resepi saya ambil dari leng's Kitchen. Cuma agak manis pada deria rasa saya. Lain kali saya akan kurangkan jumlah gula yang digunakan.
Bahan bahan
250 gms tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
200 gms gula
400 ml santan pekat
Minyak untuk menggoreng.
Cara cara
1. Masukkan telur, gula dan santan ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga gula larut dan sebati.
2. Ayak tepung beras, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk tadi (1). Kacau hingga sebati.
3. Panaskan minyak. Rendamkan acuan loyang ke dalam minyak panas lebih kurang 1 minit. Kemudian celupkan ke dalam adunan (2) tetapi jangan sampai tenggelamkan acuan loyang.
4. Angkat acuan loyang dan biarkan beberapa saat sebelum memasukkannya ke dalam minyak panas.
5. Biarkan ia di dalam minyak lebih kurang 15 saat, kemudian goyangkan acuan loyang tadi supaya kuih tertanggal dari acuan. Biarkan acuan di dalam minyak panas. Balikkan kuih sehingga keperangan. Angkat dan Toskan.
6. Ulang prosess yang sama sehingga habis. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
6 comments :
kuih kegemaran family sy juga. MIL wajib buat kata FIL sy...
kecik-kecik dulu, kalau demam.. fanta oren tu la yg ayah selalu belikan... seronok tak terhingga.
akak panggil kueh rose..nama akak tu..:)
Hi Kak Hazila...how are you kak? Been a long time since I came here. Hope all is well with you.
Your photos are rocking as usual! Selamat Hari Raya Aidilfitri to you... ☺
-Love2cook Malaysia-
Selalu menggoogle blog ni, tapi lama juga x update.. BZ yer? tak per, tak per .. saya masih sabar menanti.. hahaha ...Arggghhhh tak boleh sabarla dah .. update yer?
Lupa pulak nak share...
Dalam tahun 80an, di community saya. orang panggil kuih ni kuih bunga durian...
Post a Comment