Monday, July 14, 2014

Solok Lada


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ini ada sedikit lebih kerajinan dari hari biasa. Second update untuk hari ini. Mari kita layan Solok Lada pula.Actually bukan sebab saya buat nasi kerabu tetapi saja untuk di makan dengan nasi putih biasa.

Banyak resepi Solok Lada yang bertebaran di alam maya. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Ada versi kukus dan ada versi rebus.

SOLOK LADA
Sumber : Pelbagai

Bahan bahan

4 biji lada berwarna hijau muda - belah tetapi tidak putus. Buang empulur dan bijinya. Rendam seketika.
5 ekor ikan selayang/sardines
1 cawan kelapa parut yang muda
1/2 inci halia
Sedikit garam dan gula
Kalau ingin lebih pedas boleh potong kecil cili padi.
4 ulas bawang merah
1 batang serai - dimayang halus
1 cawan santan pekat

Cara cara
1. Rebus seketika ikan selayang - ambil isinya sahaja.
2. Tumbuk isi ikan, kelapa parut, bawang merah,halia dan serai hingga lumat. Masukkan ke dalam bekas dan gaul sebati dengan garam dan gula.
3.Ambil sebiji cili hijau muda, sumbat adunan yang telah digaul sebati tadi ke dalam cili. Buat sehingga habis.
4. Susun solok lada ke dalam periuk, tuangkan santan. Tidak perlu sampai tenggelamkan lada. Tutup periuk.
5. Masak seketika, jangan sampai santan kering. Anggaran sehingga santan mendidih.
6. Enak di makan dengan nasi kerabu/nasi putih atau ratah begitu sahaja.

 

2 comments :

kakrose said...

akak memang suka solok lada..selalu beli sebijik seringgit.pasni boleh cuba buat sendiri.terimakasih share resepi ni...

hazila said...

Ada kalanya yg dijual tu lebih banyak kelapa dari isi ikan. Itu yg kadang kala rasanya sedikit berhampas. Tetapi bukan semua peniaga begitu.