Monday, September 12, 2011

Lopes Daun Buluh


Salam di hari isnin....


Sedar tak sedar, hari ini sudah memasuki hari yang ke 14 di dalam bulan Syawal. Sekejap je rasanya. Bila hujung minggu saja, ramailah yang membuat rumah terbuka sempena Aidilfitri. Adakalanya dalam satu hari, berderet deret menerima jemputan sampai confius nak pergi yang mana satu. Perut pun apalagi, meragam satu macam bila disumbat pelbagai hidangan. Maklumlah, bila tengok semua hidangan, rambang juga mata nak memilih yang mana satu untuk di makan dahulu.

Tambahan kalau ke rumah kenalan rapat, lagilah mula lupa diri bersembang, suap makanan, sambung sembang lagi dan suap lagi..... Apalagi, cik abang kat seberang sana asyik menjeling je, bagi hints bilalah nak berhenti bersembang. Kebetulan hari sabtu lepas, hujan turun agak lebat juga di Shah Alam. Kami sampai di rumah kenalan tu terpaksa tunggu dalam kereta gara gara terlupa nak bawa payung. Akhirnya, kami meredah saja hujan sebab lama sangat tunggu dalam kereta. Tak kanlah nak pusing balik bila dah sampai depan rumah kawan tu kan....


Hujung minggu nanti lagilah ramai yang membuat rumah terbuka sebab Jumaat ialah cuti umum sempena Hari Malaysia. My husband dah tanya saya, nak buat makan makan ke kat rumah kita? Saya cakap, rasa macam nak buat juga kecil kecilan tapi tak pasti bila.Maklumlah semua weekends penuh kawan kawan lain buat, kalau nak nak buat weekdays malam.... alahai tak sanggup akak. 



Petang semalam saya buat Lopes Daun Buluh.

Stok daun buluh agak banyak juga di rumah, pemberian sahabat di Penang. Semua bahan ada dirumah kecuali kelapa parut je kena keluar beli di kedai. Rasanya lama juga tak buat kuih muih kat rumah, tambahan lepas raya ni, malasnya tak boleh nak cerita.....

Bahan bahan

Beras pulut
Air Abu / Abu Chang
Kelapa Parut
Garam
Manisan / Air Gula Merah / Gula Kabung

Cara cara
1. Rendam Pulut dengan air abu. Cuci dan toskan.
2. Rendam daun buluh dan talinya di dalam air dan lap dengan kain bersih.
3. Gulung daun buluh seperti hendak membuat ketupat pulut, masukkan beras pulut lebih kurang 2 sudu makan. Lipat daun buluh supaya beras pulut tidak keluar. Buat sehingga siap.
4. Masukkan beras pulut yang siap dibalut dengan daun buluh ke dalam periuk tekanan. Masak mengikut arahan periuk tekanan masing masing.
5. Setelah masak dan sejuk, buka pembalut/daun buluh, salut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
6. Hidangkan bersama sama air manisan.


9 comments :

Gee® said...

ermm...yummy!! dh lama tak melopes... teringin pulak...

Unknown said...

lopes kegemaran ku....huhu...tapi tak reti nak membuatnya walau dah diajar berkali2, masih takut mencuba.
sejak tinggal Sabah ni, belum jumpa kuih lopes sebenarnya...

kasihredha said...

lopes daun buluh ni sure rasa dia lain sikit dari lopes biasa tu kan..akak agak je :)
Misti ada aroma daun tu :)

K.Nor said...

lopes asli! sedapnyer.. nak 3 ketul :)

Chik Mimi said...

yuhuuuuu lamanya cheq tak buat ,week end ni nak buat ketupat la ,masa ghaya tak makan pun ketupat ,nak buat ketupat daun buluh:)

Mas said...

betul kata kak nor..
sedapnya tengok...

missalongwani said...

wah..tingin nk buat lopes asli nih..tp xpndai nk bgkus..kak.tnjuk la cr nk buat...

Amie said...

bestnya tengok lopez guna daun buluh.... terasa klasik & tradisional, mesti rasanya berbeza sedikit dengan lopez yang biasa kita makan.

Ijah EmoTemo said...

wahh! sedaapnya!nmpk menyelerakan sgt :D