Thursday, September 22, 2011

Mac Soup


Salam dan Selamat Sejahtera.....


Lamanya saya bermalas malasan....... Bukanlah tak masak langsung, tapi malas sungguh nak ambil gambar. Itulah kalau dah lama tak buat activity "masak - ambil gambar - makan", nak mula balik tu punyalah liat.


So, sebagai permulaan, saya hidangkan something which is light and easy...
( sebenarnya nak cover yang saya masih malas nak fikir apa menu untuk main masak masak )
Dua tiga hari ini hujan turun agak frequent dan lebat, kain baju bergantungan dan lembab. Membuatkan mood saya pun ala ala lembab gitu.

Semalam, Shah Alam especially kat Seksyen 13 hujan memang lebat dan agak luar biasa. Kami yang ada di dalam bagunan memang tak lah terasa sangat cuma tau hujan lebat saja. Rupa rupanya air dah naik di depan Pasaraya Giant dan berdekatan PTPL/Laman Seri. Banyak kereta yang sudah di masuki air dan tersadai sebab air naik mendadak. Pagi tadi hujan turun awal, ingatkan sepanjang harilah hujan. Alhamdulillah hujan dah berhenti walaupun matahari masih malu malu bersembunyi di sebalik awan.....



Macaroni Soup

Rasanya menu ni simple je kan, ala ala main campak. Campurkan saja sayur yang ada dalam peti ais untuk mempelbagaikan rasa dan warna. Kadang kala menu itu simple tapi bila warnanya menarik, lebih seronok untuk menikmatinya especially untuk anak anak kecil.

6 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap nyer akak
terlioq ni dah la terjah sini breakfast pow belum uwaaaaa

kasihredha said...

menu sihat
seimbang...dan byk sayur2an

Ryan D said...

ni makan sedap pada waktu hujan..makan dengan sambal kicap cili padi. fuuh! best!

Qhaifa Nur said...

skrg ni dah suka benor makan makaroni..kat opis sarapan mesti ambil punye..

sedap juga campur dgn sup

dah follow

Amie said...

sedapnya hirup kuahnya tu...slurrp...slurrpp

Wattie said...

sedapnya....seindah rupanya....