Tuesday, September 27, 2011

Lala Goreng Pedas

Lala Goreng Pedas


Rasanya selama saya terbabit dalam dunia Blog ni, agaknya inilah bulan pertama yang paling teruk jumlah entry. Selalunya setiap bulan sekurang kurangnya 20 ke atas. Tapi entah kenapa, lepas raya ni betul betul liat nak letak entry dalam blog. Masak memang la, tapi bila nak ambil gambar je mula liat semacam. Last week, saya beli ubi kayu konon kononnya nak buat Bingka Ubi Kayu atau Pengat Ubi Kayu. Tapi hampehhhhh..... malas mengatasi segalanya. Ubi kayu masih jadi ubi kayu. Sebelum tu teringin nak buat ketupat daun palas dengan kari daging, sama je, daun palas masih sama macam hari beli cuma makin kering adalah.

Semalam masak Kari Kepala Ikan dengan Lala Goreng Pedas. Rajinkan diri ambil gambar lala je sebab rasa lamanya juga blog tu tak update.

Bahan Bahan

500 gm lala - bersihkan dan toskan.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
Garam dan serbuk perasa
1 batang serai - ditumbuk sedikit
Sedikit air
Minyak

Cara cara

1. Tumbuk halia, bawang merah dan putih hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak.
2. Masukkan lala, serai dan sedikit air. Biarkan hingga semua lala terbuka/masak.
3. Masukkan garam dan bahan perasa, gaul hingga sekata. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

7 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

semua pakat malas nk update n3 dah ngeeee....mood ke laut
sedapnyer lala goreng akak ni...nmpk yummy sgt

Amie said...

Selamat tengahari Hazila,
sedapnya tengok sambal melekat kat lala tu....rasa nak ambik je....mmmmmm

Gee® said...

La la la la la.... nk sket lala

pB said...

semalam , gie pasar
tengok Lala sekilo dalam tujuh ringgit lebih

fuzidss said...

aduhhhh...teringin sudah

Wattie said...

Assalamualaikum Hazila,
Fuhhhhh.....akak nak yang ni leh, rasa cam nak ratah ratah aja...

blogresipi.com said...

Salam Kak,
Bestnye Lala. Lama sungguh tak makan. Teringat waktu kecik2 ayah bawak pegi pantai kutip lala ni. sedap :)

Ijan