Friday, July 12, 2013

Lopes Daun Buluh



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari ketiga dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Bagi yang ada anak anak kecil, masa inilah kita boleh lihat pelbagai ragam mereka yang baru nak mula belajar berpuasa. Boleh stressed ibu bapa dibuatnya. Alah... kita mungkin lebih teruk dari itu masa kecil kecil dulu, ye tak?

Berbalik kepada menu berbuka, mesti ramai ibu ibu dan isteri yang teruja hendak menyediakan masakan kesukaan keluarga. Bagi ibu dan isteri yang berkerjaya, mungkin peluang untuk tunjuk skill hanya pada cuti hujung minggu. Maklumlah bila masuk bulan Ramadhan, automatically jalan sesak 2 kali ganda dari hari biasa.




Semalam ada kesempatan untuk menyediakan sejenis kuih yang agak mudah dan sinonim dengan bulan puasa, Kuih Lopes.

Semenjak diperkenalkan oleh cik puan mimi, saya memang dah selesa membuat kuih lopes menggunakan daun buluh. Lagi mudah bila gunakan pressure cooker untuk merebus kuih ini menjadikan lebih menjimatkan masa.

KUIH LOPES DAUN BULUH

Bahan bahan
300 gms pulut
2 sudu makan air abu ( bahan digunakan untuk melembutkan sotong kering)
Kelapa parut
Sedikit garam
Beberapa helai daun buluh - biasa digunakan oleh kaum cina untuk membungkus kuih chang.
Air gula melaka

Cara cara
1. Rendam beras pulut dengan air abu lebih kurang 1 jam. Cuci bersih dan toskan.
2. Rendam daun buluh sehingga daun menjadi lembut dan senang membentuk, cuci dan toskan.
3. Ambil sehelai daun buluh bentukkan seperti kon, masukkan lebih kurang 2 sudu makan beras pulut. Lipat sehingga menjadi 3 segi dan ikat menggunakan tali yang sedia ada. Buat sehingga habis.
*** Lebih elok dapatkan daun yang bersaiz kecil.
4. Masukkan semua pulut yang telah dibungkus ke dalam periuk tekanan dan ikut arahan. Setelah masak, angkat dan toskan.
5. Setelah sejuk, buang daun buluh dan salutkan kuih lopes dengan kepala parut yang telah dicampurkan dengan garam.
6. Hidangkan bersama sama dengan air gula melaka.




14 comments :

Ummiakid @ lily said...

aduhhhh...terkecur tengok lopes...dah lah peveret saya ni....:)
tak pernah nampak org guna dauh buluh...selalu guna daun pisang jer...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..

kuih ni memang sedap.. nani biasa makan je.. tapi tak penah wat lagi.. tapi lopes ni siap bungkus2 dengan daun lagi nampak sedap.. cara tradisional lagik..

Nuridah said...

Waduh2 Zila,mengancam tengok kuih lopes tu...cantik kejadian nya...

Cida de' Nuanza said...

mmg suka sgt lopis ni, tp perut x berapa tahan mkn pulut
so..kalo nk mkn, beli je la..sbb beli sikit, mkn pun sikit...hihi

fazianbatrisyia said...

kuih kegemaran sy ni...sedapnya...terliur sungguh no...

Gee® said...

Dah lama tak makan kuih lopez begini... sedap jer nampak...

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya lopes...tp x penah pula bungkus daun buluh..

Qhaifa Nur said...

kalau bulan posa ni..semua teringin nak makan...ha..haa

sedapnya lopes ni...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...sedapnya kuih lopes ni salah satu kuih kegemaran saya ni...

Kerull Nazeem said...

Assalam sis..wah lamannya tak bw sini..macam2 ada..salam ramadhan..

mrs.smile said...

Ya-Allah terliurnya saya tengok kuih lopes ni..huhu sekarang tak dapat nak makan lagi

Azian Nd said...

Salam Hazila..
suka tgk kuih lopes ni..akak suka.

eyeyou said...

sy xberapa nk minat sgt lopez ne..tp kalo dah termakan..10 x cukup...hehehe

kakyon said...

suka makan lopez.kalau beli 10 keping akak makan sorang jer..