Wednesday, January 15, 2014

Bread Rings



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul. Nampaknya penduduk Selangor akan bercuti lagi pada hari Jumaat sempena Thaipusam.

Rasanya saya dan suami tak akan ke mana mana walaupun cuti memandangkan rumah sedang diubahsuai. Banyak barang dah berselerak dan tentunya penuh dengan habuk.

Planning nak menghadiri kenduri kahwin di Kuantan semasa cuti Tahun Baru Cina pun mungkin terpaksa dibatalkan kalau ubahsuai rumah masih belum siap.



Actually ini activity petang semalam, memandangkan kami tidak kemana mana dan makan tengahari juga di taja oleh restoran ( akak beli bungkus je ....), maka tangan terasa gatal nak buat roti.

Cari cari, jumpa satu resepi yang tak banyak guna bahan dan kebetulan sos ganache ada berbaki dalam peti ais.

Roti ini jenis yang agak crunchy diluar dan lembut di dalam. Lebih enak di makan semasa masih hangat jika tidak ia akan sedikit keras bila sudah sejuk.


Sepatutnya kena uli memanjang dan cantum hujung menjadi bulatan tetapi saya nak senang, bulatkan doh dan tebuk lubang di tengah seperti hendak membuat kuih keria. Ala kita yang membuatnya, ubahsuai sikit mengikut keperluan dan keadaan semasa....



Resepinya akan saya update kemudian.

Sumber: Cook Me Greek
Menghasilkan antara 6-8 keping

Bahan bahan
259 gm tepung roti
150 gm air suam
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4 gm yis kering
1 sudu besar olive oil

Untuk hiasan
2 sudu makan gula
1/2 cawan air suam
Bijan secukupnya

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam Bread maker dan tekan fungsi DOUGH. Biarkan hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk dengan tangan beberapa kali kemudian bahagikan kepada 6 atau 8.
3. Roll doh menjadi panjang seperti tali dan bentukkan supaya menjadi bulat atau cincin.
4. Alihkan Bread Rings tadi ke atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan baking paper.
5. Campurkan 2 sudu besar gula dengan air suam dan kacau hingga sebati. Sapukan ke atas Bread Rings dan taburkan dengan bijan.
6.Tutup Bread Rings dengan tuala dapur yang lembab dan biarkan hingga ia naik/kembang.
7. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga keperangan pada suhu 200 darjah celcius.



Jemput!!!!


4 comments :

Umie Jazz said...

Assalamualaikum hazila rasanya klu dicicah dgn air kopi pun sedap kan...

aima said...

tunggu resepi

Gee® said...

Waaa... yummy2x!!!

Kerull Nazeem said...

wah..syoknya cicah ngan ayaq kopi panas..