Wednesday, April 30, 2008

Udang 5 Spices

Resepi ni pun ambil dari Che'iza. En. suami kata sedap dan cukup rasa. Okay le tu....

Bahan-bahan ( 3-4 org )

300 gm udang
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 hiris halia
3 sb lada boh
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sk kicap pekat
1 sk rempah '5 spices'
garam and gula secukup rasa
Tomato belah 6
1 labu bwg besar belah 6
daun bawang potong dlm 1 inci

Cara-cara

Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.
Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.
Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.
Kat bawah gambar Chinese 5 Spice

Taugeh Celur

Resepi ambil dari Che'iza@MyR. Thanks for the simple and easy recipe yet delicious.

Bahan-bahan ( 2-3 org )

150 gm taugeh
* 2 sb air panas
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti.
Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Tuesday, April 29, 2008

Rendang Ayam

Dari semalam dah plan nak masak rendang ayam dan pulut kuning. Sebenarnya tak ada sebab apa apapun. Pagi pagi kita dah masak rendang ayam tapi terlupa nak rendam pulut, jadi tak boleh kukus pulut. Cari cari kalau masih ada baki nasi impit nona dalam simpanan tapi tak adalah pulak. Jadi saya bawa bekal rendang ayam dan singgah kat kedai beli nasi impit yg dah siap masak. Habis cerita.....

Bahan-bahan

1 ekor ayam-dipotong sederhana besar

Bahan2 dikisar:-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili api
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 batang serai
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula kabung dan serbuk perasa
3 Sudu besar cili giling/kisar
Sekeping asam gelugor

Cara-cara

Tumiskan bahan yg telah dikisar dan cili kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya.
Masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga keluar airnya.Kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan asam keping,serai yg diketuk,daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam.Tambahkan gula kabung dan perisa.Masak ayam sehingga empuk dan kuahnya pekat atau kalau suka bolehlah buat ia sedikit berkuah.

Kerang Rebus

Dah beberapa hari ayik makan makanan yg berlemak dan berminyak jer. Badan pun dah macam tong drum. So malam tadi kita makan yg ringan dan simple... Kerang Rebus cicah thai sos.

Pulut Mangga

Pulut Mangga adalah dessert dari Thailand yg agak famous di sini. Nak buat pun tak adelah susah sangat. Kebetulan masa keluar dgn en. suami dia nak makan mangga, jadi kita beli. Tapi byk mana sangat le dia nak makan, dari dibiarkan menjanda dalam peti ais, saya buat dessert ni. Habis juga....

Bahan-bahannya

1 biji mangga masak
1 cawan santan ( masukkan sedikit garam & gula)
2 cawan beras pulut

Cara cara
  1. Beras pulut direndam sekurang kurangnya 6 jam /semalaman
  2. Kukus beras pulut sehingga masak. Ketepikan.
  3. Kalau guna kelapa parut, perah menggunakan air masak dan tambah sedikit garam.
  4. Mangga dikupas dan ambil isinya.
  5. Bolehlah dihidangkan.

Tanaman lagi.....

Pokok kunyit yg daunnya asyik dimakan ulat,pokok kari yg tak sempat nak membesar sebab tuan rumah asyik makan kari jer,pokok kantan masih kecil lagi dan belum ada tanda tanda nak berbunga dan beberapa lagi pokok orkid yg ada kat rumah. Pokok bunga yg berbunga ungu dan putih tu wangi baunya. Tengok dalam majalah Laman ia dikenali sebagai pokok bunga "Yesterday Today and Tomorrow". Tapi saya tak tau le kenapa.

Monday, April 28, 2008

Terubuk Bakar

Lauk utk lunch semalam, dah agak lama tak makan ikan terubuk ni sebab tulangnya sama byk dengan isi. Malas nak buang tulang masa makan,kadang kala tersangkut juga. Tapi semalam masa pergi pasar pagi ngan en. suami, terbeli lah pulak sebab nampak cam sedap jer.....

Bahan bahan

1 ekor ikan terubuk - belah belakang dan dibersihkan
2 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 cm lengkuas
Segenggam kelapa parut

Cara cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur garam kunyit.
  2. Bawang merah,kunyit,halia,lengkuas dan kelapa ditumbuk.
  3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam belakang ikan dan dibakar sehngga masak.

Pokok Mulberyku......

Beli pokok mulberi ni masa ada pameran pertanian kat belakang Giant Shah Alam dah agak lama juga. Kalau tak silap end of last year. Pokok ni naik lonjong jer... takde tanda tanda nak berbuah. Hari tu Masa jenguk blog Yani nampak pokok mulbery dia dah berbuah dan ada yg nak masak. Bila balik kita pon belek belek gak pokok kita, tara..... akhirnya dah nampak putik. Hopefully buahnya bertahan sampai masak.

Gambar telah dikemaskini pada 02/05/08

Tanamanku.......




Saya ni takdelah rajin sangat nak menanam atau pun berkebun, maklumlah duduk rumah teres yg tak berapa nak ada tanah. Tapi saya suka Orkid dan bunga ros. Cuma bunga ros ni kalau cuaca panas, dia mudah layu berbanding orkid. Jadi lebih mudah membela orkid memandangkan tuan rumah ni sibuk memanjang. Selain tu saya ada cuba tanam beberapa pokok untuk masakan seperti kesum,pudina,serai,kunyit,kari dan thai basil (selasih).Orkid yang merah tu wangi baunya. Pagi pagi lepas en. suami keluar, sempat membelek pokok pokok yg tak berapa nak ada tu. Kadang kadang leka sekejap sampai terlewat nak gi kerja.

Cendol

Petang semalam sambil tengok tv, en. suami tanya nak buat apa utk tea time. So belek belek dalam peti ais nampak cendol. Ermm...minum cendol pun bagus gak lagipun senang dan cepat. Lepas tu buat puding cendol, jadilah petang cendol sedunia. Lagipun malam nanti en. suami nak ajak makan kat luar so tak payah ler masak untuk dinner.

Kari Kepala Ikan

Seperti yg saya katakan dulu, rumah ni kalau tak masak kari/gulai memang tak sah. En. suami memang sukakan masakan ini. Sebab tu, paling tidak sekali seminggu atau kita akan pergi makan kat kedai mamak sekitar Shah Alam. Nak buat camne, dapat suami yg ala ala mamak.

Puding Cendol

Ambil dari tuntung15@MyR aka kak ogy. Thanks for the recipe. Cuma a bit sweet for me, maybe next time kena reduce the amount of sugar.
Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Saturday, April 26, 2008

Roti Jagung Berkismis


Resepi ambil dari lelayong@MyR. Baru nak mencuba guna Breadmaker walaupun dah agak lama beli. Bukan apa,tak berkesempatan sebab byk sgt benda yg perlu dilakukan. Tak terkejar rasanya. Maaf lela, saya copy paste jer.... Saya tak letak kismis sebab takde kat rumah. Tapi jagung mendak kat bahagian bawah roti, anyway gebu,lembut dan sedap. En. suami cakap " lepas ni semua benggali jual roti balik Pakistan la yek!"

Bahan-bahan ( 1 loaf )

220 gm susu segar
1 sudu kecil garam
45 gm butter
400 gm tepung gandum / tepung roti
45 gm gula kastor
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil bread sofftener
2 sudu kecil yis
1 tin jagung manis dalam tin-tapis,amik isi jer
Kismis-mengikut citarasa anda, kalau nak byk letak lebih.

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan mengikut turutan dari atas hingga ke bawah (Kecuali jagung manis dan kismis).
Kemudian pilih setting untuk BASIC (Untuk crust saya pilih light).
Bila breadmaker dah masuk pusingan ke dua, baru masukkan jagung manis dan kismis-biar sehingga roti masak.
Keluarkan dari acuan roti,sejukkan dan potong nipis dgn menggunakan bread slicer.

Friday, April 25, 2008

Kobis Goreng

Dah beberapa hari tak makan sayur. Teringin pulak, buka peti ais nampak kobis yg masih belum disentuh. Ermmm... kalau goreng pun sodap ni. Masukkan ikan bilis sebagai peneman kobis. Goreng sikit saje lagipun en. suami tak suka, kena makan sorang sorang le jawabnya.

Gulai Udang dengan rebung

Ermmm... kadang kadang tak tau nak masak apa. Tak kan nak buat sambal udang lagi, tengok dalam peti ais masih ada baki rebung. Tanya en. suami , udang nak masak apa? Katanya gulai. Apa nak buat en. suami ni orang utara, jadi kalau tak masak kari atau gulai memang tak cukup syarat. Jadi masak je lah udang dengan rebung.

Asam Pedas Ikan Sembilang

Last night masak Asam Pedas Ikan Sembilang dengan kacang bendi. Sebenarnya dah agak lama tak makan ikan sembilang. Hari tu masa pergi pasar nampak ikan ni dan terus beli. Lagipun pokok kesum yg tanam tu makin subur. Nak merasmikan daun kesum hasil tanaman sendiri.
Saya cuba tanam pokok bunga kantan walaupun my mom kata "nanti jadi hutan". Masih kecil lagi.

Thursday, April 24, 2008

Sotong Rebus ntah apa apa.....

Setiap kali pergi pasar mesti beli sotong,ketam,udang dan ikan. Barang wajib ler kiranya.Selalunya masak kari dan sambal.Tapi dah selalu sangat asyik masak macam tu, jemu gak. Since takde idea nak masak apa, saya rebus je sotong ni. Maka jadilah sotong rebus ntah apa apa.

Bahan Bahan

1 btg serai
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Garam secukup rasa
1 biji cili merah
Sedikit kunyit hidup
300 gm sotong kecil
Sedikit air
1/2 biji bawang besar

Cara cara
  1. Cuci sotong dan toskan. Masukkan ke dalam periuk
  2. Serai diketuk. Bawang merah,putih halia,kunyit,cili merah dihiris halus.Bawang besar dihiris bulat.
  3. Tumis (2) sehingga naik bau, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sotong dan perasakan. Jangan masak terlalu lama sebab nanti sotong akan keras dan terlalu kenya.
  5. Siap dan boleh dihidangkan.

Rebus Tempoyak Ikan


Hari tu masa pergi pasar, ada beli ikan kembung 5 ekor. Ada pulak org jual tempoyak, terus teringat hari tu kat rumah Mat Gebu pun buat juga. Tapi kita buat main campak campak je...
Apa nak kisah, kita masak dan kita yg makan. Fuhh memang terangkat bila makan dengan nasi hangat dan ikan bakar. Jemput.....

Brownies Lapis Cheese Kukus


Resepi by Mrsdayat@MyrR. Kebetulan masa pegi Bagus nampak brownies kukus kat rak depan. Teringat nampak resepi ni dalam MyR, terus beli dan buat ni pagi sebelum pegi kerja. Mungkin terlembik sikit sebab masa potong tu tak cantik dan agak lembab. Anyway memang lemak berkrim. Tambah jugalah sekilo dua .....

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )

*500g campuran brownies kukus (premix)
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat
**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air

Cara-cara
campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit

**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)

##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

Tuesday, April 22, 2008

Nasi Lemak

Set lengkap Nasi Lemak utk last night dinner.

Sambal Sotong Rendam / Getah

Ada orang panggil sotong rendam, ada panggil sotong getah. Tak kisahlah apa pun nama gelarannya yg penting kalau buat sambal sodap gak. Malam tadi en. suami request nak makan nasi lemak. Tak tau nak buat sambal apa sebab en. suami tak berapa suka sambal ikan bilis. So saya tukar sambal sotong ni. Kalau my parents datang sini dan kita ajak makan nasi lemak malam malam buta, diorang mesti cakap " apalah makan nasi lemak malam malam, org makan nasi lemak waktu pagi". Nak buat camne, org kat sini tgh tgh malam pun makan nasi lemak.

Kuih Cara

Mimpi apatah malam tadi... tiba tiba teringin nak buat kuih cara. Fuhhhh dah berkurun lamanya tak pernah buat kuih ni. Agaknya sebab beberapa hari lepas terpandang acuan kuih cara yang tergantung kat dapur. Agaknya juga acuan tu asyik menyeru, hai lah tuan ku ini, beli je tau tapi bila le nak gunakan aku. Sebab tu la kot..... Tapi terhangit sikit.

Acuan Kuih Cara

Acuan ni saya beli lebih kurang 5 atau 6 tahun lepas. Masa tu kirim dgn kawan yg balik terengganu. Tapi kalau tanya berapa kali saya guna.... jawapannya adalah 2 atau 3 kali saja. Ini pun ada hati nak beli yg bentuk bunga pulak. Ermmm tamak betul.

Monday, April 21, 2008

Sup Rangka Ayam

Hari tu pegi pasar, nampak orang jual rangka ayam. Lama gak tak makan. Kalau nak goreng cam tak ok sangat sebab isinya aduhai......boleh dikatakan tak ado. Fikir punya fikir baik buat sup, lagipun kentang,carot brokoli pun ada kat dalam freezer.

Bahan bahan

1 ekor rangka ayam
10 biji baby potato
1/2 batang carot
Sedikit brokoli
Sedikit bunga kobis
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Sup bunjut
Air

Cara
  1. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan rangka ayam yg telah dipotong kecil.
  3. Masukkan air,baby potato dan carot. Kemudian masukkan sup bunjut.
  4. Biarkan sup hingga mendidih, perasakan. Kemudian masukkan brokoli dan bunga kobis.
  5. Bila kentang empuk bolehlah di tutup api.
  6. Semasa menghidang boleh letakkan daun sup dan bawang goreng jika suka.

Lala Lemak Cili Api

Lala Masak Lemak Cili Api, antara favourite saya. Nak masak pun takdelah susah sangat. Apa org kata.... campak campak je.
Bahan bahan

500 gm lala - bersihkan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
3 biji cili merah
Segenggam cili api ( bergantung pada kepedasan )
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam
Cara
Masukkan lala ke dalam periuk.Kisar semua bahan kecuali serai. Masukkan ke dalam lala.
Masukkan santan dan air (ikut pekat yg disukai) dan serai.
Masak hingga mendidih dan perasakan.

Kari Ikan & Rebung

Last Weekend my parents datang dari kampung. Biasala, mesti bawa something tak pernah datang dengan tangan kosong. Kali ni mereka bawa rebung mentah dan homemade curry paste.
Kat kampung, my abah ada tanam pokok buluh khas utk makan rebung, kalau byk sangat selalunya bagi bagi kat jiran sebelah rumah. Tapi maaflah tak sempat snap gambar rebung yang belum dipotong sebab bila balik kerja, tengok rebung dah siap jadi sayur.

Friday, April 18, 2008

Agar Buih

Sebenarnya nak buat Puding Buih cam dalam majalah yang baru beli. So, kita pun ikut ler dengan telitinya. Bila dah siap, tengok dari atas cam dah jadi seperti gambar dlm majalah. Syok juga.... Tapi bila potong dah jadi 2 bahagian yg berlainan. It supposed to be one not separated. Anyhow sedap gak, mungkin ada silap kat mana mana ler tu. Takpe next time boleh cuba lagi.

Bahan-Bahan

1 paket agar agar
6 cawan air
1 cawan gula
5 biji putih telur
Sedikit pewarna merah

Cara cara
  1. Masak agar agar, gula dengan air sehingga hancur. Masukkan pewarna merah.
  2. Setelah hancur dan sebati, tapis dan ketepikan dahulu. Biarkan sejuk sedikit.
  3. Putar putih telur sehingga kembang.
  4. Agar agar yg telah dimasak tadi jgn dibiarkan sehingga keras, cuma sejuk sedikit dan tuang ke dalam putih telur tadi.
  5. Kaup balik adunan sehingga sebati dan masukkan kedalam bekas yang sesuai.
  6. Sejukkan didalam peti sejuk.

Strawberry Jam

Beberapa hari ni bukan ler tak masak, cuma tak sempat nak snap pix. Sebabnya my parents datang dari kampung. Bukan apa, segan sikit. Apalah budak ni buat ...... So semalam try buat strawberry jem, senang je. Resepi ni ambil dari MyR-Delila.

Bahan Bahan

500 g strawberry
200 g gula ( bergantung kpd kemanisan yg dikehendaki)
Secubit garam halus
Air

Cara-cara
  1. Cuci bersih buah dan tos.
  2. Didihkan air dan masukkan garam
  3. Celur buah seketika dan tos.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dikisar halus.
  5. Masukkan buah yang dikisar dan yang tidak dikisar kedalam periuk. Masukkan gula, masak sehingga pekat. Sejukkan dan simpan didalam bekas.

Thursday, April 17, 2008

Sup Tulang

Salah satu fav. en. suami ialah sup tulang. Kalau kat kampung en. suami lagi best especially kaki lembu. Masa kenduri atau hari raya haji, bila org buat korban, mesti buat sup tulang kaki. Slurppp.....

Salmon Steak dgn Sos Putih

Resepi ambil dari Skyblue. Sedap sangat cuma sos putih tu terlebih pekat sikit. Next time nak cairkan sikit, baru lagi kaw. Salmon ni memang le mahal sikit tapi sekali sekali apa salahkan!!!!

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
*1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.
Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara-cara

Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

Pau

Buat pau ni dah agak lama juga. First time buat, emmm... biasalah mesti ada yg terkurang dan terlebih. Tapi takpe, yg penting kena cuba dan next time try to improve.

Tuesday, April 15, 2008

Sesaje.......

Pagi tadi masa nak keluar rumah, nampak rerama ni sedang bertenggek kat dahan pokok delima kat depan rumah. Cantik pulak. Jadi saje je nak snap pix rerama ni. Kita layan je......