Makin hari makin tak tau nak makan apa untuk berbuka..... Pening juga kepala nak memirkirkannya. Orang kat Pakistan yg dilanda banjir besar tu pening memikirkan tak ada benda nak makan, yang kita pening sebab bukan takde makanan tapi tak tau nak makan apa. Jadi jangan peningkan kepala anda memikirkan saya yang pening ni...
Menu semalam ialah sup ikan, gulai daging kawah dan ikan bakar. Rasa jemu sangat makan masakan yang bersantan ni, tapi tak boleh fikir tekak kita je, nak kena fikir tekak orang lain juga. Kalau ikut saya, saya suka yang rebus dan kukus je, tak pun panggang.
Ingatkan nak buat laici kang tapi tak cukup bahan pulak. Singgah pasaraya berdekatan, bahan yang dicari takde pulak. Balik rumah, buat jelah sirap campur dengan cendawan bunga, biji selasih, buah kembang semangkuk dan buah kabung atau attap chee.
Nak letak nama apa ye? Sirap caca marba ok tak?
3 comments :
Sedap menu.. Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena kemerdekaan negara tercinta..
Salam Hazila..samalah kita..saya ni pun pening nak memikirkan juadah buka..ikut tekak saya ikan bilis ngan bawang pun boleh lagi..tapi bila mikir hubby kesian plak..hmm nak buat camana..kdg2 slera sendirik jatuh kemudian, yang penting hubby...
SALAM
sedapnya sirap campur selasih tuuuu
Post a Comment