Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Moga tahun baru membawa seribu satu kebahagian dan kesihatan yang baik pada kita semua. Hari ni baru berkesempatan menjengok blog sebab 3 hari saya di kampung. Dah lama tak balik kampung walaupun my parents baru je datang rumah. Yelah, sesekali kena la jengok kampung halaman, jangan sampai orang kata lupa daratan pulak.
Tapi tak berjalan ke mana mana pun sebab hujan turun menyebabkan malas nak bergerak. Bila dah duduk dalam rumah, kesejukan apalagi asyik makan makan dan makan sambil layan TV dan bersembang. Pagi tadi sebelum balik, my mom buatkan ACAR BUAH untuk saya bawa balik. Saya memang suka makan acar buah yg my mom buat sebab buah limaunya tak pahit dan banyak accessory lain dalam acar ni. Yelah, buat untuk makan sendiri, bolehlah letak macam macam, kalau nak jual susah sikit sebab cost tinggi, harga jual tinggi, takde siapa nak beli pulak. Ohhh I should stop here, nak meracau meraban dah ni.
2 comments :
hi,
acar buah is my fav! semalam pergi kenduri kawen, dapat makan acar buah :D
and, cantik gambar2 makanan kat blog ni. guna kamera apa?
Esh
Hi to you too. Thanks for the compliment and I used Canon 500D. Still lots to learn to enhance my skills.
Post a Comment