Monday, January 24, 2011

Lopes Daun Buluh

 Salam di pagi Isnin.

Sebenarnya dah lama nak buat kuih lopes ni tapi seperti biasalah ada je alasan alasan kreatif makcik yang menyebabkan niat asyik tertunda dari sehari ke sehari. Contohnya kali ni, sebenarnya saya dah rendam pulut hari sabtu pagi sebelum pergi kerja. Sebab cadangannya nak buat kuih lopes untuk minum petang sabtu tu.

Tapi tak jadi juga sebab apa entah, lepas tu malam tu my husband ajak buat BBQ kat rumah sebab nak merasmikan Gas BBQ Grill yang beli hari tu. Sibuk pulak mencari bahan untuk dibakar. Jadi pulut yang saya rendam tu saya simpan dalam peti ais dulu. Postponed to the next day, tapi pagi ahad pulak my husband keluar dan saya pulak nak keluar cari kedai cuci dan potong rambut. My husband bagitau nanti dia belikan lunch so semalam saya tak masak.

Lepas lunch masing masing dah jadi ular sawa kekenyangan, saya masih tak buat lagi kuih lopes tu sebab petang semalam ada "DATE" dengan kawan lama yang satu sekolah dari Form 1 sampai Form 3. Kami janji nak jumpa pukul 5 ptg di Puchong.  Sampai rumah dah hampir waktu maghrib, since my husband tak nak makan nasi so tak masak lagi jadi saya terus buat kuih lopes sebab takut pengakhirannya nanti beras pulut tu akan masuk tong sampah. Boleh jadi drama Tragedi Kuih Lopes la pulak....



Oh ya, saya nak berterima kasih pada Chik Mimi sebab sudi hantarkan daun buluh ni dari Penang. Selalunya saya buat dalam daun pisang dan bentuknya kebiasaannya ialah bulat. Tapi bila nampak Chik Mimi buat guna daun buluh nampak cantik sebab ia berbentuk segitiga. Pertama kali buat guna daun buluh dan saya rasa lebih senang dari sebelum ni.
Bahan bahan
Beras pulut
Air Abu / Abu Chang
Kelapa Parut
Garam
Manisan / Air Gula Merah / Gula Kabung

Cara cara
1. Rendam Pulut dengan air abu. Cuci dan toskan.
2. Rendam daun buluh dan talinya di dalam air dan lap dengan kain bersih.
3. Gulung daun buluh seperti hendak membuat ketupat pulut, masukkan beras pulut lebih kurang 2 sudu makan. Lipat daun buluh supaya beras pulut tidak keluar. Buat sehingga siap.
4. Masukkan beras pulut yang siap dibalut dengan daun buluh ke dalam periuk tekanan. Masak mengikut arahan periuk tekanan masing masing.
5. Setelah masak dan sejuk, buka pembalut/daun buluh, salut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
6. Hidangkan bersama sama air manisan.

9 comments :

Wanieyra said...

salam zila..

boleh gak buat mcm tu ye....

zawani yusoff said...

salam akak=)slmt b'kenalan...nak tanye,air abu tu camne ek?nak beli katner?

Amal Aizad said...

*drooling!!!*

mmg tengah mengidam nak makan lopes ni.. huk huk.. :'( tapi risau nak buat sendiri sbb takut nanti makan banyak :p hee..

hazila said...

Wanieyra,
Rasanya lagi senang guna daun buluh ni.

hazila said...

Zawani,
Air abu ada dijual dikedai bakeri. Pasaraya besar tak pasti pulak. Abu Chang ada dijual dipasar atau kedai cina, biasa digunakan untuk merendam sotong kering supaya jadi lembut.

hazila said...

Amalina,

Alahai kesiannya dia mengidam, kalau dekat boleh akak hulur je.

Nazrah said...

Menarik ....
tak pernah buat lagi..daun buluh tu pun senang nak dapat kat pasar...

hazila said...

Nazrah,
Oh ye ke senang jumpa daun buluh kat pasar? Saya cari juga tapi kena pergi kedai cina.

ma'chiks said...

salam, nak buat kuih lopes ni lah suatu angan2 yang dah bertahun saya pendam hingga lah sekarang ni..tak pernah berani nak cuba buat kuih2 melayu ni, asyik trauma takut tak jadi..