Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari.
Sehari dua agak sibuk sikit dengan kerja, alhamdulillah bila sibuk, lebihla sikit rezekinya kan. Kata orang jangan mengeluh kalau sibuk dengan rezeki yang diberikanNya, nanti ditarik balik. Seperti tak mensyukuri nikmatNya pulak.
Oh saya ni peminat kentang, pantang nampak kentang kerja nak membeli je. Semalam pagi pagi lagi saya dah menyimpang ke Tesco. Niat awal nak cari benda lain tapi tiba tiba mataku ini terpandang Jumbo Patato. Waduh waduh!!!!!! jantung ku berdegup kencang bab pertama kali bertentang mata dengan jejaka pujaan kalbu. hahahahaa..... kat kentang pun boleh jatuh chenta...
Apa lagi dik non aiiiii....akak terus rembat la tapi masih menahan nafsu sebab cuma ambil 2 ketul je. itupun dah mencecah RM6. Jadi semalam saya mencuba membuat Hasselbeck Potato, mula mula terfikir nak buat spiral tapi tunggulah dulu. Sebab yang ini lagi senang, biasalah dik, akak ni suka yang senang senang je.
Bahan Bahan
1 ketul Jumbo Potato - dibersihkan kulitnya ( bukan kupas kulit ye..)
Garam
Serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
Minyak Zaitun
Cara cara
1. Hiriskan kentang tapi jangan sampai putus. Selitkan hirisan bawang putih dicelah hirisan kentang tadi. Lumurkan kentang dengan garam, lada hitam dan minyak zaitun.
2. Bakar di dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak. ( Bergantung pada saiz kentang dan jenis oven).
14 comments :
The potato looks elegant!!! :D
waaa...gerenti sedap ni...saya pun suka kentang..kata makcik sapa makan kentang badan cepat naik/gemuk? betul ke?? hehehe
Love,
Thanks dear.
Noorma,
Agaknya la kot sebab kentang banyak kanji.
salam zila,
wow besar betul kentang ni ya..2 aje dah sampai rm6..kira satu kentang rm3..wah macam 1 kg kentang kat sini..puas makan agak2 2 hari tak payah cari nasi kot?..
Ayu,
hehehehe...nasi mesti nak kena makan juga. Saya ok but the other half still cari nasi.
berapa agaknya berat sebiji kentang tu ye? nampak besar betul... kita pun peminat kentang gak! pernah nampak resepi gini dlm satu blog.. memang menarik ni... boleh try one day..
Waaaaaaaaa Hazila...besauuunya potato...x penah jmpa lgk..hahaa, ubi gajah ada laaa...bole la kot akak tukar eh..hahahahha
Madiha@Ratna,
2 pcs kentang tu beratnya 0.989 almost 1 kg. Harga 1 kg ialah RM5.99
Kak ummi,
kat shah alam pun jarang jumpa juga. Saya mula perasan masa nak Krismas tahun lepas.
tangkap leleh huhuhuhu
rasa mcm jam2 ini gak nk g tesco beli kentang...
Salam Kak Hazila,
Besar betul potato tu sampai Rm6 2 biji :)
gojesnya! hasselbeck potato ni ;)
Post a Comment