Tuesday, August 7, 2012

Sambal Ketam Bertelur


Salam dan Selamat Pagi....


Setelah 3 hari bercuti atau lebih kepada bermalas malasan, hari ini kena mula bekerja. Keaadan pagi yang penuh sesak dengan kenderaan seolah olah masing masing tidak sabar sabar untuk memulakan hari bekerja.

Seronoknya tengok ramai yang sudah masukkan entry kuih kuih raya yang pelbagai rupa dan bentuk. Oh ya, hari tu saya agak bersemangat nak buat kuih raya semasa cuti 3 hari lepas. Ingatkan nak buat kuih raya yang simple je, tapi tahap kerajinan tak berapa tinggi dan juga tidak mendapat encouragement from the man of the house. Baru je bagi hints yang saya nak buat kuih raya, dia cakap " kenapa nak susahkan diri you? Bukannya nak makan sangat, kalau teringin, beli je" huhuhuhu....tak memberi semangat langsung. Jadi semangat yang suam suam kuku terus merudum jatuh...



Menu berbuka semalam, saya masak Sambal ketam bertelur dan daging bakar cicah air asam kerisek.


Bahan bahan

2 ekor ketam - potong 2 dan bersihkan.
10 biji cili kering *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 batang serai *
1 inci belacan *
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugor
1 biji telur
2 sudu makan tepung ubi

Cara cara,
1. Gaulkan ketam dengan garam, kunyit dan tepung ubi. Goreng ketam hingga masak, angkat dan toskan.
2. Kisarkan semua bahan bertanda * hingga hancur.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan asam gelugor, garam dan gula.
4. Kemudian masukkan telur, kacau sebati. Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng tadi, balik balikkan supaya sambal menyaluti ketam.
5. Biarkan seketika kemudian bolehlah diangkat.

Daging Bakar bersama air asam kerisek.


10 comments :

rafaliah said...

Ya ALLAH! Sedappnyerrr...:-)))

hazila said...

rafliah,
nak pelawa pun dah habis....

Qhaifa Nur said...

suka sangat ketam tuh...
daging cicah air asam lagi meveles.....

hazila said...

Qhaifa,
Bab nak tunggu membakar tu yang paling malas...

che'pi said...

nampak sedap... somebody.. tolong buatkan....

Amie said...

Sedapnya menu berbuka... ada haiwan laut dan darat... ketam & daging!

SURIA AMANDA said...

teruja tgok ketam ngan daging bakar tuh...

zila norazila said...

salam zila..
terujaa tgk air asam kerisik tue..ada resepi x?..ketam pun best masak cam tu kan..
wahh kira orait la tu en hubby x kasi wife dia penat2..tunjuk2 jew la kan..:)

Mas Sani said...

Tak tahu nk komen cmne, nk luahkn pun jd kelu sbb kita dok tahan kecur je skrg ni hah hihihi....

WendyinKK @ Table for 2..... or more said...

adoi!!!!!! Sedapnye!
Lain kali beli ketam, nak masak style ni pulak