Friday, March 7, 2014

Baked Chicken.... Terhangit la pulak



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Panas panas panas.....
Bukan setakat cuaca saja yang panas membahang, macam macam cerita yang membuat ramai orang kepanasan sekarang ini. Bukan setakat cerita artis saja, cerita pasal catuan air dan juga kes kanak kanak yang di dera.

Nama pun manusia kan, yang kahwin tak ada anak habis beribu untuk dapatkan anak. Sedangkan yang diamanahkan anak oleh Allah swt, didera pula.Kepada ibu bapa, kalau sudah tak sanggup nak memelihara anak, lebih baik dihantar ke rumah kebajikan atau kepada mereka yang sanggup untuk memeliharanya. Dan kepada pengasuh, sebelum mendera anak orang, fikir dulu bagaimana kalau anak sendiri yang di dera sebegitu rupa. Kalau sudah tidak sanggup untuk menjaga, serahkan kembali kepada ibu bapa mereka. Itu lebih baik dari anda mendera anak anak yang masih belum mengerti apa masalah anda....
Aduh panjang lebar pula saya berleter hari Jumaat ni kan....

Sampai terlupa pasal gambar yang saya upload sebab sibuk berleter.... Malam tadi saya hanya masak simple, suka hati sebab my husband hanya minta saya buatkan baked chicken yang saya selalu buat. Resepi main ikut suka hati saja, tapi semalam agak terhangit sebab sibuk bergossip dengan my mum kat telefon. Terlupa nak balikkan ayam dalam oven.  So moral of the story JANGAN SUKA BERGOSSIP.....


2 comments :

Anonymous said...

Assalamualaikum...x per hangit pun x kisahkan sbb nampak ayam tu still mgancam.kalau dpt makan ayam yg rangup2 lagi sedap...;)

Rosdi Eunos said...

Haha.. x dapek Den nak menolong... sayapun kalau berbual dengan adik beradik atau my mum... samapi ayam dah berkokokpun x sedar.
Saya setuju dengan Ummi... bg saya ada hangit2 sikit lagi best....