Monday, March 2, 2015

Cantonese Chili Oil / Sambal Udang Kering


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu kembali, maafkan tuan rumah kerana kebelakangan ini semakin kurang update blog. Bila masak benda yang sama agak malas untuk upload dalam blog. Dan malas juga nak gayakan makanan untuk diambil gambar. Penyakit kronik betul....

Kadang kala bila dah ambil gambar rasa macam tak kena je... itu yang jadi malas nak masukkan dalam blog.
 


Beberapa hari lepas saya buat Cantonese Chili Oil atau boleh dikatakan seperti sambal udang kering. Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara. Saya suka makan bersama sama bubur nasi, bihun sup dan boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi atau mee. Kepedasannya boleh di adjust bergantung pada individu. Jika suka yang agak pedas boleh gunakan cili padi jika tidak hanya gunakan cili merah.

Bahan bahan

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi / boleh gantikan dengan cili merah
50 gms udang kering - rendam dan toskan
70 gms chili flakes
Garam dan gula secukupnya
2 sudu kecil serbuk ayam knorr
500 ml minyak masak

Cara cara
- Kisar semua bahan di atas kecuali garam, gula, serbuk ayam dan minyak. Jangan terlalu halus.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perlahan api dan reneh sebentar.
- Perasakan dengan garam, gula dan chicken powder.
- Bila rasa dah sebati, matikan api dan biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


4 comments :

MamaFaMi said...

Kalau makan sambal ni dengan nasi putih panas dan telur mata pun dah cukup sedap ni! Boleh bertambah lagi!

hazila said...

Betul tu Ma,

Maklumlah sekarang ni mood "M" terlebih sangat.

Alia Farhan said...

nice resipi ni...
tenkiu kak

Unknown said...

paling terbaik makan dengan chili oil ni adalah mee udang hokkien dam mi kari hokkien