Tuesday, March 3, 2015

Koay Teow Soup with Homemade Fishball

  
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama juga simpan resepi Homemade fishball dari FB Tahrunnisah ni. Tapi belum sampai seru untuk mencubanya.

So semalam saya tekad untuk mencuba dan di makan bersama koay teow soup simple. Sekarang semua dah buat yang simple saja.

Kalau diikutkan homemade fishball agak costly berbanding dengan jika beli saja yang ready made. Memang banyak sangat beza harganya especially kalau menggunakan ikan tenggiri.



Fishball

Bahan bahan
300 gms ikan tenggiri ( ambil isinya )
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 - 3/4 cawan air ais

Cara caranya
1. Kisar semua bahan hingga sebati sehingga adunan menjadi seperti hendak menyediakan adunan cucur pisang.
2. Bentukkan seperti bebola dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais yang dicampur sedikit garam.
3. Buat sehingga habis. Biarkan selama lebih kurang 15 minit.
4. Rebus bebola ikan dan bila ia timbul keluarkan.

* Untuk langkah demi langkah boleh lihat di FB Tahrunnisah.
 

Sementara untuk simple koay teow soup, cuma gunakan kembali air rebusan bebola tadi, masukkan segenggam ikan bilis dan rebus. Kemudian tapis dan masukkan kembali air tapisan ke dalam periuk. Perasakan dengan kicap cair atau garam. Hidangkan bersama koay teow dan bok choy yang telah dicelur. Dan taburkan bawang goreng.

Jika suka boleh buat sambal kicap atau makan bersama sambal udang kering.

5 comments :

Unknown said...

aduh meleleh air lior tengok ni sedap sedap sedap

Gee® said...

Wallaa... mabeles!

NEKCIK said...

Salam Hazila..nekcik pernah cuba..fishball yang buat sendiri ni di masak sup bersama sup gandum (macam kita slalu buat bubur gandum..gunting gunting tu)..makan dengan sambal...sedap

Rohah said...

puas dpt makan yg homemade kan kak...terasa kaw kaw isi ikan tu

Unknown said...

Sedapnya..boleh cuba ni