Monday, April 17, 2017

Sambal Tumis Udang dengan Petai





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah jadi macam rumah yang ditinggalkan sejak zaman jepun je blog ni. Aduhaiiiii entah apa nak jadi dengan tuan rumah pun tak tahulah...... Bukan blog saja yang tak berupdate, FB @ Insta pun jarang sangat update status. Kadang tu "kagum" juga tengok ada kawan kawan yang update media sosial selang 2@3 minit sekali.

Sejujurnya sekarang memang dah jarang sangat memasak, tak seperti dulu dulu. Masa tengah aktif berblogging, boleh dikatakan setiap hari ada update yang terbaru. Sekarang, sebulan dua baru muncul kan.... Maafkan tuan rumah ya.

Setelah sekian lama saya tak memasak , tiba tiba teringin pula nak ke dapur. Saya memang agak lama tak membeli barang basah sebab saya tahu akhirnya akan keras kejung dalam freezer. Kebetulan jumpa sahabat yang menjual ikan, saya beli ikan, udang dan sotong. Tapi hampir seminggu masih belum disentuh lagi, membazir pula kalau akhirnya terpaksa dibuang. Jadi menu hujung minggu semalam ialah Sambal tumis udang dengan petai dan ikan sardin goreng.

So sehari dua ni saya kena fikirkan menu untuk habiskan stok barang basah yang masih berbaki. Kalau rajin, saya akan update lagi......


4 comments :

adda syuhada said...

wow menarik..

hazila said...

Ingatkan dah berkarat sebab lama tak ke dapur....

Zuana said...

makanan feveret husband sy sambal petai.. :)

hazila said...

Saya pun suka cuma sekarang kena kurangkan sebab kalau makan je mulalah nak semput.