Sunday, January 9, 2011

Dim Sum

 Shrimp Wonton Soup

 Steam Mushroom Siew Mai


Saya sukakan Chinese Food but not my husband. Sesekali ada juga ajak dia pergi makan di Muslim Chinese Restaurant tapi kesian la pulak sebab nanti dia just minum. Tak seronok la macam tu kan. Semalam masa saya ke Giant, ada orang menjual Halal Din Sum. Nampak begitu menyelerakan, so saya beli Shrimp Wonton dan Mushroom Siew Mai.

So malam tadi saya goreng bihun untuk my husband dan saya makan my favourite food.

Saturday, January 8, 2011

Kek Pisang Bercoklat Badam


Semalam tangan saya gatal lagi, gatal nak baking. Sebelum balik kerja, saya singgah beli pisang emas sebab rasa nak buat kek pisang. Kali ni saya mencuba resepi dari yani@myresipi. Dalam resepi asal tak letak coklat tapi saya pandai pandai menambah sebab masih banyak coklat dalam peti ais. Coklat yang saya beli masa ke Langkawi tempohari. Maklumlah kat rumah saya tak ramai umat manusia, kami berdua bekerja dari pagi sampai senja, so masa nak menghabiskan coklat dan seangkatan dengannya tak banyak. Kadang kala sampai terlupa, sedar sedar dah expired.....
Kebetulan pulak tempat saya tinggal ni kejiranannya tak begitu baik, so jiran tetanggan pun jarang bertegur sapa. Kalau tidak, confirm anak anak diorang kenyang sebab saya suka masak tapi tak ramai yang nak tolong habiskan. Sebab tu saya selalu cakap, kalau saya nak buat kek saya mesti cari kawan kawan untuk habiskan. Susah juga kan, ada orang yang tak begitu rajin nak memasak tapi ada ramai orang yang nak tolong habiskan. Sedangkan saya ni takdelah rajin sangat tapi suka mencuba resepi tapi takde orang yang nak makan. Begitulah ketentuanNya.

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

Thursday, January 6, 2011

Apam Gula Melaka


Hari tu saya nampak ramai yang mengapam gula melaka ni. Cantik sebab mekar sejambak tapi bila saya buat, tak naknya dia nak sengih pun. Mungkin saya tak peram dulu kot, saya biarkan sekejap saja. Tapi rasanya sedap dan lembut teksture apam ni. Resepi asal dari kak ita@myresipi. Saya cuma buat sebahagian saja.

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Chili Crab


Menu Dinner saya malam tadi ialah Chili Crab. Memandangkan sekarang sedang mengalami krisis kekurangan minyak masak jadi saya tak goreng ketam dulu seperti kebiasaannya. Kali ini saya kukus ketam dulu sebelum masukkan ke dalam kuah cili.

Wednesday, January 5, 2011

Pengat Labu


Dah agak lama tak buat dessert atau apa apa pemanis mulut. Hari tu masa balik kampung saya cakap dengan my mom yang saya teringin nak makan pengat labu atau pun lepat labu. Emak saya sengih je, dia cakap dah la balik sekejap saja, lepas tu nak makan macam macam.  Since tak dapat makan kat kampung, saya kenalah buat sendiri kalau nak makan. Inipun buat 1/2 biji labu sahaja.

Tuesday, January 4, 2011

Sambal Tempoyak

 
Sambal Tempoyak sebagai penyedap Singgang Ikan Aye.

Singgang Ikan Aye


Menu dinner malam ni simple je, Singgang Ikan Aye

Monday, January 3, 2011

Gulai Tulang & Rebung Masam


Satu lagi juadah makan malam kami ialah Gulai Tulang & Rebung Masam. Yang ini my husband request sejak pagi pagi lagi. Memandangkan kat rumah takde barang basah, saya terus ke pasar dulu beli barang barang basah. Balik dari kerja, siap sinsing lengan baju nak masak, baru perasan yang saya terlupa beli santan. Telefon my husband minta tolong belikan santan sebelum balik. Agaknya puas dia melilau cari santan, my husband call cakap santan takde, dah habis. Yang tinggal cuma santan powder. Alahai, tak biasa pulak masak guna santan powder ni. Saya cakap kat my husband, tak perlu belilah, kita masak yang lain dulu.

Sambil sambil tu saya selongkar la juga peti doraemon saya tu, manalah tau kot kot terkeluar santan sekotak. Fuhhh....siapa sangka, memang ada santan dalam esbok tu. Bukan la santan kotak tapi santan dalam plastik seperti tofu telur tu. Tengok expired date dia lambat lagi, kira ok lah tu kan. So, berjayalah juga masak Gulai Tulang & Rebung Masam malam ni.

Bahan bahan
500 gms tulang lembu - rebus hingga empuk ( saya gunakan pressure cooker)
2 sudu besar serbuk kari daging ( saya guna serbuk kari dari Kelantan )
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia *
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1/2 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili besar hijau - dimayang
250 ml santan
Air rebusan tulang
2 sudu cili giling
Sedikit kerisek
Minyak untuk menumis
Rebung Jeruk
Garam dan gula secukupnya

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili hijau hingga layu. Masukkan bahan kisar, rempah kari, cili kisar, daun kari, kulit kayu dan bunga lawang.
2. Biarkan rempah masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air rebusan tulang supaya rempah tidak hangit.
3. Masukkan santan pekat dan air rebusan tulang bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai.
4. Masukkan tulang dan rebung masam yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai. Biarkan kuah hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
5. Masukkan kerisek dan gaul sebati. Biarkan seketika sehingga gulai masak.

Sambal Bilis & Kentang

 
Tekak ni terasa nak makan sambal tumis ikan bilis. Kebetulan ada kentang yang dah nak menopos kat dapur, saya campurkan sekali dalam sambal tumis ikan bilis saya. Ok juga kan, takdelah membazir sebabnya saya ni suka sangat beli kentang. Hari tu masa hari Jumaat sebelum balik kg, sempat lagi shopping kat TESCO Xtra sebab my mom kirim nak beli barang. Ternampak kentang besar terus ambik tapi bila nak pergi bayar punyalah ramai org beratur dengan barang penuh satu troli. Dah la kaunter sikit, terus letak balik kentang dan terus keluar. Padahal kat rumah masih ada 2 ketul kentang lagi. Kira tamak haloba la juga tu....

Sunday, January 2, 2011

Acar Buah


Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Moga tahun baru membawa seribu satu kebahagian dan kesihatan yang baik pada kita semua. Hari ni baru berkesempatan menjengok blog sebab 3 hari saya di kampung. Dah lama tak balik kampung walaupun my parents baru je datang rumah. Yelah, sesekali kena la jengok kampung halaman, jangan sampai orang kata lupa daratan pulak.
Tapi tak berjalan ke mana mana pun sebab hujan turun menyebabkan malas nak bergerak. Bila dah duduk dalam rumah, kesejukan apalagi asyik makan makan dan makan sambil layan TV dan bersembang. Pagi tadi sebelum balik, my mom buatkan ACAR BUAH untuk saya bawa balik. Saya memang suka makan acar buah yg my mom buat sebab buah limaunya tak pahit dan banyak accessory lain dalam acar ni. Yelah, buat untuk makan sendiri, bolehlah letak macam macam, kalau nak jual susah sikit sebab cost tinggi, harga jual tinggi, takde siapa nak beli pulak. Ohhh I should stop here, nak meracau meraban dah ni.