Wednesday, September 10, 2008

Baked Mac & Cheese

Semalam sempat masak ni jer, lepas tu bawa ke sahur.

Bahan bahan

250 gms makaroni ( direbus hingga kembang/al dante )
2 biji bawang besar di potong dadu
3 sudu besar rempah kari daging
300 gms daging cincang
1 tin susu cair / susu segar
1 tin air
3 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Keju mozarella/parmesan - diparut
Sedikit minyak

Cara cara
  • Tumis bawang besar sampai naik baunya. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging cincang dan kacau, msukkan susu dan air, kacau biar sekata.
  • Masukkan makaroni dan gaul lagi. Setelah seketika, tutup api dan tuang makaroni ke dalam bekas caserol/tahan panas yg telah disapu sedikit minyak/butter.
  • Pukul telur sedikit dan tuang ke atas makaroni tadi dan taburkan keju yang telah diparut.
  • Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah sehingga masak atau 45 min.

2 comments :

ummi said...

Sedapnya nampak macaroni n cheese ni..tp Hazila letak pict je, suh jamu mata jee?..xnak letak resepi ke? Byak yg teringin nk cuba kat dapur Hazila..tp xda resepi.. :D

hazila said...

Kak Ummi, sempat letak pic. dulu.