Friday, May 30, 2008

Avacado in a fresh milk

Malam tadi tak masak byk sebab masih ada leftover gulai udang. Lepas tu bakar sotong lagi coz my husband really loveeeee it. Since balik pun dah lambat, cuma buat avacado in a milk jer. Senang, cepat dan berkhasiat.

Bahan yg diperlukan

1 biji avacado yg ranum
1 gelas susu segar
Sedikit gula

Cara

Avacado dibuang kulit dan di cuci bersih. Potong dadu dan masukkan ke dalam mangkuk.
Banch gula dan susu segar, ikut kemanisan yg disukai kerana avacado kurang ada rasa. Campurkan dengan buah avacado yg telah didadu. Lebih enak kalau di simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Thursday, May 29, 2008

Puding Tauhu

Semalam saya buat Puding Tauhu, resepi dari Kak Nor@MyR. Sedap dan nyaman sekali. Kalau setakat semangkuk tu tak cukup lagi ler.....
Bahan-bahan
1/2 paket agar2 strip (direndam lama,pastu toskan)
1 1/4 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

Cencaru Masak Kuali

Dah lama teringin nak cuba masak resepi ni cuma asyik bertangguh jer. Resepi dari CheIza@MyR. Originally dia guna ikan kembung tapi saya dah tukar kepada ikan cencaru, sebab ikan tu jer yg ada. Rasanya sedap da sesuai dengan selera saya. Lain kali boleh cuba lagi. Thanks to empunya resepi.

Bahan-bahan

1/2 kg ikan cencaru
* 4 sudu besar lada boh / cili giling
* 3 biji bwg merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 btg serai
1 sk halba
1/3 cwn santan pekat
2 sb air asam jawa
garam, gula and perasa

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

Gulai Udang dengan Nangka Muda

Mula mula plan nak masak lemak nangka muda dengan ikan bilis, last minute my husband request nak makan gulai udang. Alang alang dah rebus nangka, saya masukkan jer nangka tu dalam gulai. Kalau tak, bila la pulak nak masak nangka tu. Since yesterday was his "DAY", jadi kita ikut je apa yg birthday man nak makan.

Wednesday, May 28, 2008

Happy Belated Birthday My Dearest Husband

Today is my dearest husband's birthday. Dah masuk 38 tahun hari ni. Ermm..... belum plan nak celebrate kat mana. Biasanya kalau birthday jatuh on weekdays, we will celebrate on the weekend. So ada masa lagi nak fikir fikir mana nak pergi ..... Anyway Happy Belated Birthday Dear...

Watermelon Smoothie

Last night saya tak masak dinner coz balik dah lambat. My husband asked me to dine outside so hari ni takde gambar masakan. Anyhow saya ada buat watermelon smoothie. Orang lain minum siang hari especially hari yg panas, ahhhhh saya tak kira ler. Kalau nak tunggu siang hari baru nak buat, memang ler tak tau bila yg ada kesempatan.Resepi ambil dari Yani@MyR.

Bahan-bahan

500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina. Sedia utk diminum :)

Tuesday, May 27, 2008

Sotong Bakar

Semalam my husband request nak makan sotong bakar, maklumlah hari tu masa gi Melaka bukan main lagi dia "menjamu selera" dengan sotong bakar. Tapi kali ni saya guna resepi sotong bakar dari Mat Gebu@MyR. Memang menyelerakan, bertambah tambah nasi dalam pinggan.

Bahan-bahan

500 g sotong besar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
BAHAN2 UNTUK SAMBAL ASAM:-
1 inci belacan, dibakar
1 batang cili merah
10 - 12 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
3 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Sotong dibersihkan, asing kepala dan badan. Cuci bersih bhg dalam badan sotong, kelar2 badan sotong tapi jgn putus. Bersihkan juga kepala sotong. Gaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian.
UNTUK SAMBAL ASAM:- Satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.
Bolehlah dihidangkan bersama2 sotong bakar tadi...

Roti Jala

Pagi tdi sebelum datang kerja sempat lagi "menjala". Sebab malam tadi buat kari ayam, jadi terfikir pulak kalau buat roti jala pun bagus juga. Saya ikut resepi yatiezaini@MyR. Tapi saya buat sikit jer... maklumlah bukan ramai sangat orang kat rumah ni. Saya guna susu segar instead off susu cair.

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt )
1kg tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.

Kari Ayam & Kentang

Fuhhh... dah lama tak update blog ni.Sibuk sangat semenjak dua menjak ni, memang dah lama tak memasak. Semalam teringin nak makan Kari Ayam, jadi saya pun masak ikut resepi dari Tulip@MyR.

Bahan-bahan

* Bahan dikisar halus *
20 tangkai lada kering
4 biji lada besar merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 1/2 sb ketumbar
1 sb jintan halus
3 biji buah keras
* Bahan yang lain *
1 ekor ayam potong 12
1 labu bwg besar dimayang
2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1 sk halba
1 sk biji sawi
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

Thursday, May 22, 2008

Jelly Kastad

Dah lama tak buat dessert, maklumlah semenjak dua menjak ni sibuk memanjang.

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai.

Mak aiii.... panjang sungguh tajuk resepi ni. Actually this is my first time buat masakan ni. Selalu kalau beli ikan keli, masak gulai,goreng atau bakar saja. Tapi bila tengok masakan orang nogori, byk masakan yg berasaskan salai dan masak lemak, jadi saya pun nak mencuba bagaimana rasanya. Kebetulan masa pegi pasar Tani nampak org jual ikan keli salai, so saya pun terfikir nak mencuba, kalau nak harap saya salai, alamatnya belum tentu dapat buat ler....

Daging Masak Kicap

Antara menu malam tadi adalah daging masak kicap. Sebabnya my husband tak makan masak lemak cili api ikan keli salai. Jadi kena buat something else utk dia. Senang je, semua main agak agak jer....

Wednesday, May 21, 2008

Nasi Goreng Ikan Masin Thai Style

Resepi ni ambil dari Che Iza @ MyR. Dah beberapa hari tak masak, semalan beli lauk bungkus, cuma masak nasi je kat rumah. Jadi pagi tadi ada balance nasi, teringat nak buat nasi goreng ni.

Bahan-bahan
3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)
Cara-cara
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

Buah Mulbery dah bertukar warna...


Pagi tadi masa tengah menyiram pokok bunga, baru perasan yg buah mulbery dah bertukar warna dari hijau ke merah.

Makan Angin

My Husband tak suka sangat kalau kata nak pegi bercuti, saya ajak dia gi bandar. Katanya hari hari dah sesak, sekali sekala nak la tanpa gangguan deruman kenderaan. Jadi memang le "makan angin" tepi pantai. Amannya ............
Masa balik dari Melaka, my husband kata tak nak ikut highway, jadi kita ikut jalan ke Port Dickson, sebab kalau ikut jalan kampung, boleh le beli buah yg jual kat tepi jalan. Sempat juga beli durian, rambutan dan tempoyak.

Punyalah My Husband fikir punya fikir nak pegi mana since dah cuti hari Wesak, lastly decide nak pegi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka. Sempat jalan jalan kat Ayer Keroh, snap gambar kereta lembu. Teringat dulu dulu masa sekolah, kalau ada rombongan sekolah mesti pergi Melaka, berebut rebut nak naik kereta lembu. Alahai sian pulak kat lembu tu kalau orang yg pakat naik tu size size akak ni.....





Saturday, May 17, 2008

Cuti-Cuti Malaysia

Dah 2 minggu sibuk sungguh sampai tak sempat nak masak. Alhamdulillah, rezeki jadi takleh le mengeluhkan. Hari ni kerja separuh hari, kebetulan Isnin nanti Cuti Wesak. My husband cakap since dah penat kerja jadi dia ajak gi jenjalan. Tak pasti nak pergi mana lagi, biasalah dia kadang kala last minute pun masih boleh tukar plan. Tunggulah.... nanti saya cerita bila dah pasti nak pergi mana.

Thursday, May 15, 2008

Ketam Goreng Lada Hitam

Since semalam was a very buzy day for me, jadi utk dinner saya masak simple jer. Tak larat sangat nak masak lebih lebih sebab rasanya tak larat nak makan pun. Saya masak ketam goreng lada hitam, goreng ikan gelama dan makan leftover masak lemak perut & rebung semalam.

Bahan bahan
2 ekor ketam biru
Sedikit butter
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 ulas bawang besar - finely chopped
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 tangkai daun kari
2 sudu besa kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Garam
Gula

Cara
  1. Ketam dicuci bersih dan dipotong 2. Sepit ketam diketuk sedikit. Goreng ketam sehingga separuh masak, ketepikan dulu.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, semua jenis bawang, kicap, sos tiram, lada hitam dan daun kari. Tumis sehingga naik bau. Perasakan.
  3. Masukkan ketam yg telah digoreng dan masak lebih kurang 5-10 minit atau sehingga masak.

Wednesday, May 14, 2008

Masak Lemak Perut & Rebung

Selain buat pais ikan, saya masak lemak perut & rebung. Balance rebung masaih ada dalam peti ais jadi lebih baik masak sebelum dihumban ke dalam tong sam pah.

Kembung Pais

Fuhhhh... hari ni betul betul letih. Dari pagi kerja tak habis habis, sampai tak sempat nak update blog.Sekarang barulah free sikit, rasa belakang cam nak patah. Nak buat camne, kerja kenalah buat juga. Semalam buat kembung pais resepi dari che'iza@Myr.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

1/2 kg ikan kembung
* 4 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
5 sb lada boh
3 sb air asam jawa
2 sb santan pekat
sedikit garam, gula n perasa
daun pisang n lidi utk bungkus
Cara-cara
Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan.

Tuesday, May 13, 2008

Acar Timun & Nenas

Hari Sabtu lepas, saya dan my husband pergi lunch kat Restoran Hassan Ayam Kampung di Seksyen 13, Shah Alam. Paling kurang sekali seminggu mesti dia "melawat" restoran tu either dengan saya atau kawan-kawannya. Compared to other restaurant near by, the price is consider a bit expensive. But anyway once a while shouldn't be any harm, wright? Sebenarnya nak cerita yg my husband tanya boleh tak buat acar timun cam kat kedai tu... Ala senang bah itu....

Hati Lembu Berlada

Dah lama tak beli hati lembu, sebenarnya tak tau nak masak apa. Tapi masa pasar tani hari Ahad lepas, my husband cakap dah lama tak makan hati lembu, jadi kita belilah sikit. Terfikir nak nak buat masak berlada dan nampaknya tiada bantahan.

Kari Kepala Ikan lagiiiiii.....

Masa beli kepala ikan ni suruh penjual tu belah 2, alih alih dipotong kecil kecil pulak. Angin betul...Lepas tu bila nak masak kari kepala ikan, tengok rempah kari tak cukup pulak. Apa nak buat, masa tu dah pukul 7.30 malam. Tak kuasa nak keluar beli lain. Hantam ajelah....
Bila my husband balik utk dinner, dia tengok cam pelik jer... dah le kepala ikan tu jadi kecil, kuahnya pun nampak pucat jer..Dia makan sikit jer, tanda tak berkenan le tu.

Monday, May 12, 2008

Udang Masam Manis

Masak udang ni actually hari Sabtu tapi tak sempat post. Resepinya senang dan saya tengok dalam Majalah RASA. Tapi saya main campak campak jer...bergantung apa yg ada kat dapur.

Sogo Gula Melaka

Dah lama teringin nak buat Sago ni. Semalam since pagi tu my husband keluar atas urusan kerja, jadi sempatlah buat dessert ni. Sempat simpan dalam peti ais dulu sebab nanti petang mesti dia ajak keluar. Resepinya sangat senang dan simple sekali.

Cara Berlauk

Hari tu dah cakap nak beli acuan cara yg bentuk bunga, dengan tanpa berlengah saya pegi beli tanpa pengetahuan en. suami. Bukan apa, nanti dia bising sebab byk sangat barang yg belum pernah digunakan. Lagipun kami akan berpindah ke rumah baru tak lama lagi. Jadi dia cakap stop dulu beli barang nanti susah nak angkut. So mulai sekarang kena belajar stop membeli belah....Tapi terlebih pewarna kuning, nampak kuih tu kuning sangatlah pulak.

Saturday, May 10, 2008

Ketam Pedas Songkla

Beberapa hari lepas, my husband bagitau yg dia nak makan Ketam Pedas Songkla. Sebenarnya dia membelek majalah RASA dan ternampak gambar masakan ni. So dia cakap macam sedap jer. Itu maknanya dia dah bagi hint suruh masak cam tu ler. Tapi disebabkan saya agak sibuk, jadi tak sempat nak masak. Cuma semalam agak free sikit bolehlah memenuhi permintaannya.

Bahan bahan

4 ekor ketam
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 batang serai
10 biji cili padi
Semua bahan dikisar kecuali ketam.
Sedikit sos ikan
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 sudu besar cili boh/giling
Garam
1 sudu serbuk kari
1 biji telur

Cara cara
  1. Ketam dicuci dan dipotong 2. Goreng separuh masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar,serbuk kari dan cili giling sehingga naik bau. Masukkan sos ikan, sos tiram dan sos cili.
  3. Masukkan garam secukup rasa, masukkan telur kemudian diikuti dengan ketam.
  4. Biarkan seketika kemudian bolehlah ditutupkan api. Boleh dihidangkan.

Siakap Stim

Mula mula nak buat sweet and sour fish tapi my husband nak makan ketam pedas songkla jadi saya tukar resepi di saat saat akhir. Biasalah tu kan......

Bahan Bahan

1 ekor ikn siakap
1/2 batang carot
1 cm halia muda
2 tangkai daun bawang cina
1 biji cili merah
Sedikit lada sulah
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
Sedikit jus limau/lemon
Garam secukup rasa

Cara cara
  1. Ikan siakap dibersihkan dan dilumur dengan lada sulah dan sedikit garam.
  2. Letak ikan di dalam bekas yg sesuai, campurkan semua bahan dan tuang ke atas ikan tadi.
  3. Kukus ikan sehingga masak. Saya masukkan ke dalam microwave dan tekan steam fish.

Sira Labu

Fuhhh..... dah agak lama tak update blog. The last past few days was a very buzy days for me. Banyak betul kerja yg perlu diselesaikan sampai terasa sengal seluruh badan. Jadi saya memang ler tak masak. Kalau tak makan dulu sebelum balik rumah, saya tapau jer. Nasib baik my husband is really understanding man, kalau tak, teruk juga dah sampai rumah pukul 8 pm, nak kena masak pulak. Rumah jgn ceritalah.... cam tongkang pecah. Jadi weekend ni memang nak kena buat spring cleaning. Semalam balik awal, buka peti ais tengok ada labu yg lebihan buat pumpin pudding, jadi tak tau nak buat apa, saya buat sira labu. Senang sangat cuma agak manis uth yg tak suka manis tu.

Bahan bahan

1 biji labu
300 gms gula
200 ml air
Daun pandan
4 biji bunga cengkih

Cara cara
  1. Labu di belah sedang dan direndam di dalam air kapur selama 2 jam. Toskan.
  2. Masak gula dan air, masukkan daun pandan dan bunga cengkih.
  3. Setelah gula cair, masukkan labu.
  4. Masak sehingga gula pekat dan menyaluti labu tadi. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Tuesday, May 6, 2008

Pulut Dakap aka Pulut Pisang

Dulu dulu masa arwah tok masih ada, dia selalu buat pulut ni. Kalau kat sini rasanya susah sikit nak jumpa jual kat mana mana. Tiba tiba teringat nak buat. Sebenarnya ia agak senang utk dibuat, cuma perlukan pulut,santan,pisang dan daun pisang.
Bahan-bahan
Pisang emas atau pisang yg boleh dimakan mentah
2 cawan pulut - direndam 6 jam/lebih
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Sedikit garam
Daun pisang - dilayur terlebih dahulu
Cara
  1. Cuci bersih beras pulut dan tos. Masukkan santan dan air serta sdikit garam. Masak seperti biasa. ( Saya gunakan microwave utk caserol rice)
  2. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.
  3. Pisang emas di belah 2. Ambil daun pisang, letak pulut dan letak pisang ditengah tengah pulut. Lipat seperti membuat lepat. Ulang proses ini sehingga selesai.
  4. Ambil 2 bungkus pulut dan lipatan menghadap antara satu sama lain, ikat di bahagian atas dan bawah menggunakan tali rafia seperti di dalam gambar.
  5. Sediakan kukusan, kukus pulut dakap tadi lebih kurang 25 minit. Biarkan sejuk seketika dan bolehlah dinikmati.

Somtam

Buat somtam ni malam tadi. Lagipun semua bahan dah ada kat rumah.

Bahan bahan
2 potong betik yg sedang mengkal - diparut
1 batang carot - diparut
2 batang kacang panjang - dipotong lebih kurang 2 inci
1 biji tomato
Sedikit gula kabung utk somtam
Sedikit udang kering
2 biji cili padi
1 ulas bawang putih
Sedikit gula putih
Sedikit sos ikan
Kacang tanah
Cara
  1. Tumbuk bawang putih hingga hancur. Masukkan cili padi dan tumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan gula kabung,gula putih dan udang kering. Tumbuk hingga hancur.
  3. Masukkan sos ikan dan jus lemon, rasa.
  4. Masukkan betik dan carot, gaul rata. Masukkan tomato yg dibelah.
  5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan kacang tanah. Gaul dan bolehlah dihidangkan.

Lesung Somtam

Lesung Somtam ni beli last year masa pergi Padang Besar, Perlis.En. suami cakap bukannya selalu nak makan somtam, kalau beli mesti jadi barang perhiasan dalam stor. Ala, bukan setakat somtam je boleh buat, kerabu mangga pon sesuai.... Tapi dia belikan juga.

Monday, May 5, 2008

Talam Lapis Ubikayu

Resepi ambil dari buku masakan. Patutnya lapisan yg warna putih tu berwarna kecoklatan berdasarkan gambar dalam buku tu. Tapi dont know what went wrong, colournya jadi pudar dan pucat. Mungkin kena letak pewarna kot.

Kuih Tako

Masa ronda ronda cari resepi, jumpa kuih ni kat rumah joayee. Teruja tengok dia buat bekas tako tu. Cakap dengan cik abe, nak buat kuih ni untuk tea nanti. Nak tau apa dia kata, " alah..beli jelah. Susah apa nak buat kuih tu". Bukannya apa, nanti dia juga kena jadi tukang komen. Ermmm malas le tu..... Tapi kita nak buat juga. Resepi ikut jun@MyR.

Bahan-bahan ( 8 bekas kecil2 )

Lapisan bawah:-
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
Lapisan atas:-
@270ml santan
@20gm gula
@20gm tepung beras
@secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-cara

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
Biarkan sejuk dan hidang.


Udang Kari

Masa belek belek majalah Rasa, nampak resepi udang ni cam sedap jer. Walaupun cuma gunakan 1 sudu serbuk kari dan tanpa santan, ia dinamakan Udang Kari. Rasanya not bad. My en. suami cakap sedap dan kena dengan anak tekaknya. Ermmmm... bukan senang nak buat dia cakap cam tu tau...

Kepah Masak Serai

Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dengan kepah ni. Rasanya dah tak larat nak makan berlemak lagi. Jadi yg paling senang rebus saje... Bahan bahan nak membuatnya pun senang saja. Rebus kepah bersama sama bawang putih dan merah yg dihiris halus, halia yg diracik halus dan sebatang serai yg telah diketuk. Kalau suka boleh masukkan sedikit cili. Perasakan dan biarkan ia mendidih. Nak tau dah masak ke belum, lihat kepah tu sudah terbuka.

Friday, May 2, 2008

Puding Labu

Resepi ambil dari Yani@MyR. Cuma saya masak guna oven instead of microwave sebab nak bagi kesan terbakar kat permukaan puding tu. Dulu pernah buat guna microwave so kita ubahsuai sikit je...

Bahan-bahan ( 5 )

300g labu
2 biji telur
300ml susu cari/ fresh milk
4 sudu besar gula halus
maple syrup

Cara-cara

Potong labu lebih kurang 2 cm. Masak dengan microwave selama 5-7 minit.
Lenyek labu dengan gafru.
Dalam mangkuk lain campurkan gula dengan telur. Pukul telur sehingga gula cair.
Masukkan labu ke dalam telur. Kacaukan. Kemudian masukkan susu sedikit semi sedikit sambil dikacau.
Tuangkan ke dalam pudding cup. Masak dengan microwave selama 7~10 minit.
Bila nak makan tuangkan maple syrup ke atasnya. Maple syrup ni boleh juga digantikan dengan sirap gula melaka.

Thab Thim Grob

Resepi ni ambil dari dalam majalah RASA. Tengok gambar dalam majalah tu cam sedap je, jadi nak cuba dan rasanya not bad. Kelainannya sebab dia letak hirisan nangka.
Gambar waterchesnut ada dibawah.

Thursday, May 1, 2008

Talam Pulut Hitam

Resepi ambil dari buku masakan yg saya beli agak lama dulu. My cik abang cakap " Hai.. beli buku masakan punyalah byk tapi tak nampak pun kuihnya". Sindir la tu...... Sebenarnya ini adalah my first attempt buat kuih ni. Jadi byk yg perlu diperbaiki, anyway rasanya ok and not bad.

Bahan bahan
Lapisan bawah
100 gm pulut hitam
200 gm pulut pulut
150 ml santan pekat
150 ml air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan.
Lapisan atas
140 gm gula
40 gm tepung jagung
40 gm tepung gandum
1/2 sudu garam
200 ml santan pekat
200 ml air
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning
Sedikit perasa pandan
Cara cara
  1. Rendam kedua dua beras pulut selama lebih kurang 6 jam.
  2. Toskan, masukkan santan,air,garam dan daun pandan kedalam beras pulut dan kukus sehingga masak.Keluarkan dan masukkan kedalam bekas yg sesuai dan tekan sehingga mampat dan kukus semula selama 5 minit. Ketepikan.
  3. Untuk lapisan atas, Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga sedikit pekat, kemudian tuang keatas lapisan pulut tadi. Kukus semula sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.

Kurma Ayam

Mula mula nak buat beriani ayam utk jodohkan dengan nasi beriani tapi en. suami request nak makan kurma ayam. Ok ke? Since dia yg nak makan, buat je lah. Sebenarnya tak pernah buat pun selama ni so beli perencah kurma adabi dan ikut je instruction kat packet tu. Senang cerita...

Nasi Beriani

Last nite we had nasi beriani for our dinner. Reti ke saya nak masak ni....Ermmm hentam keromo je lah. Kalau sedap makan byk, kalau tak...sendiri mau ingat le.