Sunday, March 27, 2011

Udang Ketak Rebus Serai

 Udang Ketak Rebus Serai

Semenjak dua menjak ini makin jarang saya update blog kan......
Entahlah bila agak lama tak memasak dan tak ambil gambar masakan, membuatkan saya jadi liat dan malas nak  memulakan activity seperti sebelum ini. Hari ni baru memulakan sesi memanaskan badan dan tangan, nak cari feel yang dah makin hilang.

Oh ya, pernah tengok Udang Ketak seperti dalam gambar di atas?
Saya pun pertama kali nampak secara live, sebab sebelum ini saya cuma pernah nampak dalam majalah RASA. Ingatkan nak buat goreng pedas tapi kebetulan my parents ada di rumah, saya cuma masak yang simple je.

Favourite menu my husband, ketam goreng kunyit.


 Penyedap rasa, ikan keli dan haruan kering.

11 comments :

izahdaut said...

udang tu kulit dia keras cam ketak ke? hihi jakun ni mmg tak pernah tengok... musti sedap manis kan..besarr

Chik Mimi said...

besonya udang tu cik kak

hazila said...

Izah,

Memang kulit dia keras, kena guna gunting untuk ambik isinya.

hazila said...

Chikmi,
Memang besar, puas makan isinya.

Diana @ Melley Mey said...

ooo kat sana panggil udang ketak yer? kat labuan panggil satak... :)

Bee said...

Assalamualaikum, besaqnya udang ketak tu..selalunya jumpa yg kecik2 je..dah mcm lobster nampaknya....ingat masa kecik2 dulu pak sedara selalu bawa balik bila balik dr laut..rebus je manis sangat isinya..mak sedara lak rajin ambik isi udang ni buat keropok..:)

Kengkawan said...

x penah tengok juga..

Ummi said...

salam Hazila...waah akak x penah makan udang ketak laa...takut tengok..hehehee

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam, belum pernah makan lagi ni, bolehla cuba pakai resipi ni ya.

ijan said...

Kak, udang ketak tu udang lipan ke? macam ada iras2..yg pasti udang lipan adalah sedap hihi :)

kak ina kl (2) said...

udang ketak??? pernah nampak tapi takut nak beli..cam seram ajer nak memasaknya