Wednesday, July 17, 2013

Asam Rebus Tempoyak Ikan Kembung



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah lebih seminggu kita berpuasa. Meriah saya tengok rumah kawan kawan dengan pelbagai menu atau juadah untuk berbuka, tidak kurang juga untuk bersahur.

Saya sejak berkahwin dengan suami saya hampir 18 tahun, boleh dikatakan tidak pernah makan nasi waktu sahur. Kami hanya makan roti atau kuih muih dan minuman panas sahaja. Memandangkan suami saya tak makan nasi, so lama kelamaan saya pun terikut juga.


Semalam tekak terasa macam nak makan asam rebus tempoyak. Memandangkan saya tak makan ikan patin, saya gantikan dengan ikan kembung. Tidak perlu lauk yang lain pun tak apa, sedap menghirup kuahnya yang sedikit masam dan pedas.

Since last minute decision, tak berapa cukup bahan. Saya cuma masukkan daun kesum dan belimbing buluh saja. Saya ada baca mengenai resepi asam rebus tempoyak negeri Pahang yang hanya menggunakan tempoyak,cili padi,garam,daun kesum,kunyit dan air sahaja. Tetapi bila sudah dipelbagaikan ada yang mencampurkan dengan terung telunjuk, bendi,belimbing buluh dan sebagainya. Tapi tak bolehlah mengisytiharkannya sebagai masakan asli negeri Pahang.



10 comments :

Gee® said...

Zila, meleleh air lior k.gee tgk masak asam tu... haisy! pose2 ni mmg rambang mata kan... heeee... sabor je laaaaa

Amie said...

Zila,
kalau saya masak gini habis ikan kembung tu saya baham...dengan mata-matanya sekali!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
sedap pulak nampak masak ni, siap ada belimbing buluh... sedap ni.. terasa masam2 nya..

Liza said...

salam zila, liza pun suka jenis lauk cmni, sedap je hirup kuah ikan tu...

Mori Said said...

Salam hazila... Sedap nyer tgok menu nie... Ikan kembung ada dlm petisjuk ni...

Qhaifa Nur said...

selalu masam asam rebus macam ni tapi tak letak tempoyak..kalau aiman suka sangat ni..simple tapi sedapppp

fazianbatrisyia said...

dah ikan kembung pulak....emmm..kalau tinggal makan mmg sedap aje

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sy suka tempoyak.. tp bila dijadikan gulai mcm ni.. jd kurang suka.. tp kalau sambal mentah tempoyak atau sambal tempoyang yg dimasak sy suka yg amat.. tambah2 ada campuran petai.. hehe.. pelik kan.. tp ada satu resepi gulai tempoyak yg sy rasa sedap ditekak pernah sy kongsikan di blog.. resepi dr blogger mariam..

ada 2 lagi bahan pelengkap gulai tempoyak negeri pahang.. iaitu kunyit hidup & bunga kantan.. kdg2 MIL sy letak juga daun cemomok sejenis daun yang digunakan utk menggulai asamrong.. gulai popular negeri pahang juga.. gulai tempoyak pahang memang tak guna sebarang jenis bawang atau serai...

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
Sy sahur pun jarang mkn nasi susah nk ada selesa pg2, suka mkn benda ringan2 he hee
Mak sy selalu gak msk tempoyak sb feberet ayah
Sedapp

eyeyou said...

en suami mmg suka mknn mcm ne..tp pn isteri xrajin...:)