Friday, May 17, 2013

Cast Iron Skillet Brownies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Wah minggu ni akak terlebih vitamin rajin la pulak kan... kalau tidak seminggu ada satu entry je tapi minggu ni lebih dari satu. Semua bergantung pada tahap kerajinan dan juga masa.

Kebetulan semalam my husband membelek bil elektrik, dia tanya kenapa bil elektrik sikit je? Saya jawab, itu tandanya isteri abang malas la....

Malas nak buat kuih muih, malas nak bakar kek dan malas nak masak. Bila mixer, oven, blender,steamer atau Bread Maker tak berfungsi, maka tak banyak le penggunaan elektrik kat rumah. Maklumlah, tuan rumah hanya ada di rumah waktu malam saja...


Jadi malam tadi saya buat simple brownies sebagai permulaan nak menaikkan bil elektrik, boleh gitu?

Cara ni senang, cepat dan tidak banyak perkakas yang perlu dibasuh. ( akak memang suka buat benda benda yang mudah ni...)

Skillet Brownies

1/2 cup chopped dark chocolate
1/2 cup butter
2 eggs
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup all purpose flour
2 tbsp cocoa powder
1/2 cup chopped almonds

Method
1. Whisk together the sugar and the eggs.
2. Melt the butter and chocolate in a cast iron skillet on low heat.
3. Stir in the chocolate mixture into egg mixture.
4. Add in the flour and cocoa powder. Fold in the chopped almonds. Pour back all the mixture into cast iron skillet pan.
5. Bake at 180 C for about 25 minutes or until the brownies are set and the top is shiny.




Gambar ala ala retro gitu.....




8 comments :

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...

mudah je nak wat kan.. cuma mau dan tidak je kan.. hehe.. :)
wahhh terkejut en.suami tengok bil letrik.. bukan terkejut sbb mahal.. tapi terkejut sbb tetiba murah yer.. hehehe

NEKCIK said...

Salam Zila..nekcik pun nak jugak mnambah naikkan bil yg mmg tak pernah turun ni...mesti cuba ni!!! Tq

Qhaifa Nur said...

kat rumah tu bil tak cecah 70 -80 tak sah he..he..

senang bubuh dan bakar dalam bekas tuh saja, sedapnya...

sudipVSsenduk said...

entah bila la sVs rajin nak membaking semula agaknya..

dari dapur nasya said...

kak...mana beli kuali tu...dah lama saya cari????

Bbwana adienia said...

salam hazila..

wah..brownies tu nampak sedap dan mudah ja nak membuatnya kan..

Homestay Melaka Mansor Choot said...

Homestay murah untuk didiami bertempat di bachang melaka . http://homestaymansorchoot.blogspot.com/

eyeyou said...

speechless!!