Sunday, May 5, 2013

Kuih Abok Abok


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Apa khabar hari ini? Harap semuanya terkawal. Cuaca yang baik dan sesuai untuk keluar mengundi. Semua orang ada hak dan pendapat masing masing, jadi hormatilah agar Malaysia sentiasa aman damai. Saya dan suami mengundi di sini, berdekatan dengan kawasan perumahan.

Apakata kita jamu mata dengan hidangan kuih Abok Abok. First time buat sendiri dan first time juga merasanya.


Actually saya buat petang semalam, ingatkan untuk minum petang. Tapi my husband ajak keluar, terus makan diluar jadi kuih ini jadi kudapan lewat malam. Habis macam mana nak kurus kan...
Plan awal nak buat pengat pisang tapi bila check pisang dah bertukar kehitaman. Biji sagu pun ada sikit saja, so dapatlah 5 biji kuih abok abok ni.



Bahan bahan
160 gms biji sagu berwarna putih - rendam seketika sehingga kembang
100 gms kelapa parut - ambil yang putih saja
Gula merah secukupnya
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur

Cara cara
1. Cuci biji sagu, campurkan dengan kelapa parut dan garam. Gaul sekata.
2. Potong daun pisang kepada saiz yang sesuai, buat bentuk seperti kon, sudukan campuran biji sagu lebihkurang 3/4 bahagian. Masukkan gula merah dan masukkan campuran biji sagu. Tutup daun pisang. Buat hingga habis.
3. Panaskan kukusan dan kukus lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada saiz kon anda.
4. Sedia dinikmati bersama secawan kopi panas.


7 comments :

kasihredha said...

Sedapnya...Selamat mgundi

Mori Said said...

Salam hazila... Sedap tgok kuih ni.... ..

Amie said...

lamanya tak jumpa , tak makan kuih tradisional ni...

zila norazila said...

Zila slalu jgk buat..tp masuk loyang jew kak..malas nk cari daun..he heee..lma x mkn..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu kuih abok2.. ada kenangan bila tgk kuih abok2 ni.. ini antara kuih yg dibuat utk majlis rewang masa kenduri kawin sy dulu selain koci labu.. hehehe...

Rohah said...

dah beberapa minggu kita delay nak buat kuih ni...pebret..

mama sara nur said...

assalam
kesukaan sy abok-abok sagu tp jarang dpt buat he hee
selalu bulan puasa sy akan usahakan buat jg
bkn apa mengenangkan resepi ni masa pelajaran srt from 3 kan he hee sy buat masa exam tu kenangan sgtt