Wednesday, May 29, 2013

Roasted Chicken Rice





Assalammualaikum dan Selamat Pagi....



Cuaca yang tidak menentu, ramai yang kurang sihat bila diserang batuk dan sakit tekak. Kebetulan masa saya balik kampung hujung minggu lepas, cuaca agak panas membahang dan bila balik ke Shah Alam semula, ada kalanya hujan. Maka mulalah hidung tersumbat dan tekak terasa perit...

Oh ya semalam ulangtahun kelahiran my husband dan hari ini ulang tahun pemergian ibunya @ Ibu mertua saya. So sejak 5 tahun lepas, my husband kurang selesa nak meraikan harijadinya. Semalam saya balik kerja awal dari biasa sebab dia request nak makan nasi ayam.



Hanya buat nasi ayam yang simple dan cepat.


 Nasi ayam

Bahan bahan
2 cawan beras - cuci bersih dan toskan
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu makan butter
1 sudu makan chicken stock
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Tumbuk halia dan bawang putih hingga hancur. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan beras yang sudah ditoskan tadi ke dalam kuali. Gaul sekata. Matikan api.
3. Pindahkan beras ke dalam Rice Cooker, masukkan air mengikut sukatan pada Rice Cooker. ( Saya lebihkan sedikit ).
4. Masukkan simpulan daun pandan dan chicken stock. Masak seperti memasak nasi biasa.


 Roasted Chicken

Bahan bahan
2 keping peha ayam - cuci bersih dan toskan
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam
Butter - 4 ketul anggaran besar ibu jari

Cara cara
1. Perasakan ayam dengan garam dan lumurkan dengan minyak zaitun.
2. Ambil 2 ketul butter dan masukkan di bawah kulit ayam untuk setiap peha ayam.
3. Grill di dalam oven sehingga masak dan garing.



Sup ayam bersama lobak putih. Saya suka betul letak lobak putih dalam sup ayam.

Bahan bahan
150 gms ayam - saya guna bahagian yang bertulang
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Air secukupnya
Garam
1/2 batang lobak putih

Cara cara

1. Tumbuk hancur halia, bawang putih dan bawang merah.
2. Panaskan periuk, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air anggaran 2 cawan.
3. Kemudian masukkan ayam dan lobak putih yang telah dipotong saiz yang sesuai.
4. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.



Sos kicap dan sos cili

Sos Kicap

** Campuran kicap manis dengan sup ayam. So kalau suka pekat, kurangkan kuantiti sup ayam.

Sos Cili

5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Sedikit air

** Kisar semua bahan hingga hancur.


Taugeh celur

Bahan bahan
100 gms taugeh
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah
2 sudu besar sup ayam

Cara cara
1. Celur taugeh lebih kurang 1 minit dan toskan.
2. Satukan bahan bahan lain.
3. Letak taugeh di dalam serving plate, tuang sos ke atasnya.
4. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang putih goreng.



10 comments :

kasihredha said...

Salam
Ayam tu hampak garing...sure sedap

Mori Said said...

Terliur tengok nasi ayam hazila... Maveles

elise hamin said...

resepi plisssss :)

sudipVSsenduk said...

Mengancam jiwa & raga!

pd pendapat peribadi sVs, nasi ayam terbaik terletak pada nasi & sos cilinya.

zila norazila said...

sabtu lps zila pun buat nasi ayam..dh pening x tau nk masak apa..last2 trfikir dh lama x buat nasi ayam..nampak sedap ayam tu kak zila..

Chah said...

Ayam tu posing...mengguda betoi! 2 ari lps baru tertengok ina garten sumbat butter etc kt celah kulit ayam... Baru taw rahsia...haha insan kerdil sungguh daku...Dan togey2 tu...krupkrap je rasa...

Gee® said...

Woweee... nasi ayam pasti sedap...!! nyum2x...

ummiaisyah said...

ns ayam mmg besttt!!! bila2 mkn pon tak jemu...lg plak yg gojes n mabeles cam akak zila buat!!
aritu cef ismail pon buat cam tu..sumbat bater kt kulit dia..bg crispy n juicy!

Rohah said...

uisshhh..sedap nih...pebret..suka tgk ayam akak kat dlm pinggan tu..

Amie said...

Memang rasa kurang selesa ye.. sebab di sebalik nak bergembira, ada rasa sedih pula.... apa pun happy belated birthday buat hubby Hazila.
Hidangan di atas tu memang mengancam Zila!