Monday, May 31, 2010

Oh Tidak!!!!!.... Saya sudah Terjebak


Ohhhh!!!!!! Saya sudah terjebak juga akhirnya. Hari tu Chik Mi yang sangkut, sekarang jangkit kat saya pulak. Sebenarnya saya tak tengok siri ni dari awal, rasanya saya "tertengok" masa episod 5 atau berapa pun tak pasti. Itupun sebab tukar tukar channel Astro takde yang menarik, tiba tiba tertekan 8TV. Lepas tu mulalah melekat kat sofa. Dah lama saya tak layan cerita Korea ni, rasanya hampir 3 atau 4 tahun jugalah. Yang paling sangkut ialah cerita FULL HOUSE, tak tau berapa kali saya tengok DVDnya. Lepas cerita FULL HOUSE, tak banyak yang saya follow, tengok sikit sikit je.

Berbalik pada cerita Brilliant Legacy ni, bila saya dah melekat kat sofa mulalah my husband tension sebab berebut channel. My husband mesti nak tengok Berita sampai pukul 9 malam. Lepas tu sambung Berita kat Astro Awani pulak. Itu belum kalau ada cerita favourite dia. Semenjak dua menjak ni saya dah kontrol remote, dia sudah tension. Petang Khamis, bila dia balik saya nampak dia bawa bg plastik. Ingatkan dia beli CD untuk radio keretanya, rupa rupanya dia belikan saya DVD Brilliant Legacy. So dia cakap, boleh tengok bila free sahaja dan jangan ganggu waktu perdana.

Tapi masalahnya dvd player saya dah hilang remote control jadi terpaksa tengok kat laptop. Bila tengok kat laptop takde sarikata pulak. So tengok dvd tak faham bahasa korea, tapi buat buat faham sendiri. Hari ni my husband belikan dvd player baru semata mata nak bagi saya tengok citer korea. Habis citer ni, jadi tukun balik la dvd tu.....

Jalan Jalan Kuantan Part 2


Bila dah tengahari, perut pun mulalah berkeroncong minta diisi. Jadi mak saya ajak makan di tepi sungai. Saya memang dah lama tak datang Kuantan jadi tak pasti sangat tempat makan yang menarik atau sedap. Kat sini yang paling senang, so ikut je lah kan. Antara masakan hari tu ialah siput sedut masak lemak.

Ketam Goreng Bersambal

Sayur Bendi, tak banyak pilihan.


Ikan Kembong Bakar dengan sambal kicap dan Singgang Ikan Aye ( tiada gambar)

Jalan Jalan Kuantan Part 1


Saya balik kampung lepas solat Jumaat, sampai rumah my parents lebih kurang pukul 4 ptg. Sampai je terus beli laksa utara bawa balik makan kat rumah. Ada kakak ni jual laksa utara sebungkus RM1.50 sebungkus, sedap pulak tu. Sambil makan, sembang sembang then terbit idea nak lepak kat Cherating. Tapi sebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, kena postponed cuti cuti cerating di lain masa. ( Akak tension tau, tak dapat pergi Cherating). Tapi pergi ke Kuantan sekadar balik hari. Ada la 2 jam je kot duduk kat Kuantan.


Saya pernah terbaca mengenai seorang lelaki yang boleh berdiam diri tanpa bergerak selama berjam jam dalam Harian Metro tak berapa lama dulu. Tapi saya tak pasti kat mana lelaki ni berada. Sebabkan masih awal, kami terus ke Pantai Telok Chempedak. Masa sampai di Pantai ni, ternampak seorang lelaki duduk di sebelah "Patung". Memang cam patung sebab dia tak bergerak. Then tiba tiba teringat seperti pernah nampak "Patung" ni. Puas fikir, baru teringat dalam Harian Metro kalau tak silap.


Memang dia berbungkus cam tu, tak nampak pun kulit atau wajah sebenarnya. Lelaki di sebelahnya akan ikut bila "patung" ni bergerak.








Serawa Buah Kuini


Cuti Wesak yang lepas saya balik kampung, kebetulan banyak pulak buah kuini yang sedang masak. Malam malam dengar buah jatuh atas bumbung rumah. Bangun pagi pagi pergi kutip, kalau nasib baik dapatlah banyak itupun kalau tak di makan tupai atau binatang lain.
Takde orang yang nak makan sebab mak saya pantang sikit, sakit lutut katanya. Bau pun dia dah bising bising, suruh bagi je sesiapa yang nak makan. Bila saya balik, saya la yang tolong habiskan. Walaupun ada semput sikit, makan tetap makan.

Lepas tu ada beberapa biji lagi yang baru gugur pagi Ahad tu, mak saya suruh saya bawa balik. Habis satu kereta berbau buah kuini. My husband dah geleng kepala sebab kereta dia dah berbau. Ala, nanti semburlah minyak atar ke kan...hilang la baunya.
Bila boring makan saja, saya buat serawa buah kuini pulak. Ok juga rasanya.

Wednesday, May 26, 2010

Es Teler

Hari ini mari kita cuba satu minuman yang terkenal di negara seberang, Es Teler. Tapi hari ni saya buat Es Teler versi saya sebab mengikut resepi asal menggunakan buah nangka. Tadi sebelum balik, cari buah nangka tapi sudah kehabisan pulak. Jadi saya masukkan buah buah yang ada.

Bahan bahan ( 4 persons )

1 biji buah kelapa - asingkan air dan ambil isinya
1 biji buah avocado - ambil isinya
2 biji buah nangka - hiris isinya ( saya tak letak sebab tak ada stock)
1 biji buah kiwi - saya letak sendiri
2 biji buah strawberry - saya letak sendiri
400 ml air kelapa muda
3 sudu makan susu pekat - bergantung pada kemanisan yang dikehendaki
Ais sagat - secukupnya
Cara cara
1. Masukkan semua buah buahan ke dalam bekas yang sesuai. Bancuh air kelapa muda dengan susu pekat.
2. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi buah buahan tadi.
3. Masukkan ais sagat secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Award Dari TK

 Thanks to TK for this Shunshine Award. Please hop in to her blog for beautiful pictures.

Roasted Beef

Dinner malam tadi saya buat Roasted beef. Sessi nak memanaskan oven. Kerja senang sebab cuma marinated beef sekejap lepas tu masukkan dalam oven dan biarkan ia masak. Sambil masak pun boleh tengok TV atau buat kerja lain.

Bahan bahan

1/2 kg daging lembu ( block)
1 sudu makan ground black pepper
Garam
1 sudu makan olive oil
1 sudu makan rosemary kering
1 sudu teh serbuk paprika atau serbuk cili thai
Kentang
Lobak merah
125ml air

Cara cara
1. Gaulkan daging lembu dengan rosemary,serbuk cili,garam,black pepper dan olive oil. Biarkan sebentar.
2. Panaskan oven, masukkan marinated beef ke dalam dulan pembakar, masukkan kentang dan lobak merah yang telah dipotong mengikut saiz yang sesuai.
3. Masukkan air ke dalam dulang pembakar supaya kentang dan lobak merah tidah hangus atau kering semasa proses membakar.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 1jam - 1.30 jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing masing.
5. Sedia untuk dinikmati dengan nasi ataupun roti.

Tuesday, May 25, 2010

Award Dari Love


Award dari LOVE, thanks a lot.

Fresh Blueberry Pancakes

Breakfast pagi ni makan pancakes, last weekend saya ke Carrefour kebetulan ada fresh bluueberry dan US Cherry. Apalagi angkut 1 pack each. Hari ni baru berkesempatan nak gunakan buah ni.

Monday, May 24, 2010

Mango Compote

Hari ni saya buat Mango Compote, rasanya sesuai di makan bersama plain puddings such as panna cota. Mula mulanya saya plan nak buat yogurt panna cota tapi tiba tiba rasa cam malas je.

Bahan bahan
1 biji buah mangga yang masak - dipotong dadu
Sedikit lemon zest
1/2 sudu teh lemon juice
1 sudu makan gula pasir

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana.
2. Kacau berterusan hingga gula cair dan buah mangga menjadi lembut. angkat.
3. Selain di makan dengan puding, sesuai juga di makan dengan pancakes.