Bahan bahan
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
- Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula.
- Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave.
- Panaskan selama 3 minit.Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
- Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C
No comments :
Post a Comment