Bahan bahan
3 keping instant puff pastri ( Jenama KAWAN )
2 biji apple hijau
3 sudu besar gula ( kalau tak suka manis boleh kurangkan )
1 sudu teh serbuk kayu manis
Cara cara
- Kupas apple dan potong kiub. Taburkan gula dan serbuk kayu manis, kemudian gaulkan supaya sebati.
- Masukkan ke dalam microwave, panaskan pada HIGH selama 2 minit atau sehingga apple menjadi lembut. Keluarkan dan tos apple.
- Ambil sekeping puff pastry dan leperkan menggunakan rolling pin. Kerat kepada 2 bahagian. Satu bahagian di kelar dan letakkan apple tadi ke atasnya.
- Ambil bahagian yg dikelar, letakkan ke atas bahagian yg telah diletakkan apple. Kemaskan bahagian tepi dan tekan dengan menggunakan garfu. Sapukan kuning telur di atas permukaan pai tadi.
- Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 20 min pada suhu 160C atau sehingga warna pie keperangan/masak.
- Sedap dimakan panas panas atau dimakan bersama ais krim.
No comments :
Post a Comment