Monday, April 21, 2008

Sup Rangka Ayam

Hari tu pegi pasar, nampak orang jual rangka ayam. Lama gak tak makan. Kalau nak goreng cam tak ok sangat sebab isinya aduhai......boleh dikatakan tak ado. Fikir punya fikir baik buat sup, lagipun kentang,carot brokoli pun ada kat dalam freezer.

Bahan bahan

1 ekor rangka ayam
10 biji baby potato
1/2 batang carot
Sedikit brokoli
Sedikit bunga kobis
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Sup bunjut
Air

Cara
  1. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan rangka ayam yg telah dipotong kecil.
  3. Masukkan air,baby potato dan carot. Kemudian masukkan sup bunjut.
  4. Biarkan sup hingga mendidih, perasakan. Kemudian masukkan brokoli dan bunga kobis.
  5. Bila kentang empuk bolehlah di tutup api.
  6. Semasa menghidang boleh letakkan daun sup dan bawang goreng jika suka.

No comments :