Tuesday, October 14, 2008

Kuih Keria

Ada lebihan ubi keledek yg saya beli last week, saya rasa cam nak buat kuih keria. Selalu tengok my mum yang buat, jadi kali ni saya nak cuba buat sendiri dan yang pastinya saya main agak agak jer. Cuma saya masih tak mahir nak menyira gula, coating tu tak cantik cam yg biasa saya beli kat kedai.

Bahan bahan

300 gms ubi keledek
75 gms tepung gandum
1/2 cawan gula putih
Sedikit garam halus
Sedikit air

Cara cara
  • Bersihkan ubi keledek dan rebus hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Buang kulit keledek dan lenyek hingga halus. gaul keledek dengan tepung dan garam hingga sebati.
  • Ambil adunan sedikit dan bulatkan. Leperkan adunan dan buat lubang di tengah adunan.
  • Panaskan minyak dan goreng adunan hingga masak.
  • Masakkan gula dengan sedikit air hingga pekat dan hampir kering.
  • Masukkan kuih yang telah digoreng dan gaul di dalam gula yang pekat.
  • Apabila kuih telah diselaputi gula, angkat dan sejukkan.

3 comments :

umi_e said...

kuih keria ni salah satu fav kak e tau... bestnya makan panas2 kan....

* kenapa tak dpt tgalkan msg kat shout box tu...

hazila said...

Kak e thanks for dropping by. Kuih keria org baru nak belajar. Saya dah testing kat shoutbox tu, ok. Kadang kala oggix ada problem.

hana said...

cedapnyerrr tgk keria mu itewww hazila!