Thursday, October 9, 2008

Nasi Tomato

Bahan bahan

2 cawan beras basmathi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar susu cair
1/2 sudu besar minyak sapi
25 gms kismis
Minyak untuk menumis

Bahan Tumis

1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 batang kayu manis

Cara cara
  • Panaskan minyak dan minyak sapi, Tumis bawang merah,putih dan halia yg telah dikisar. Masukkan serai dan daun pandan yang telah disimpul.
  • Kacau hingga naik bau. Masukkan tomato puree dan masak lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan beras ke dalam rice cooker, masukkan susu cair dan rempah yang telah ditumis tadi. Masukkan air secukupnya.
  • Setelah nasi hampir masak, masukkan sedikit garam dan kismis. gaul sekata.

2 comments :

Akak said...

Salam Hazila...

Hari isnin depan nak ajak staff dtg beraya kat umah. during lunch, boleh lerr masa nasi tomato nie..

Akak pinjam resepi boleh ke??

hazila said...

Boleh jer. Saya pun main campak campak gak. Bolehlah untuk yg tak berapa gheti sangat nak masak.