Saturday, April 6, 2013

Chocolate Custard with Oranges



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Miss me?

Hopefully there is someone who missed me out there. Over pulak akak kan.... Bukan apa, bila dah agak lama tak menulis kat sini, rasa macam nak bermanja manja la sikit.

Almost 2 weeks, mendiamkan diri dari berblog. Tiada sebarang alasan sebenarnya. Cuma selama 2 minggu tu saya boleh katakan tak masak. Ada sekali dua saja saya masak, yang selebihnya menunggu makanan sampai atas meja makan. Itupun my husband yang belikan, saya cuma tolong letak dalam pinggan.


Tapi rindu juga nak update blog, sebab bila tak update blog maka jarang la saya jengok blog sendiri.

So kesian pula kepada pengunjung My Small Kitchen yang datang dan di jamu dengan gambar lama.



Jadi untuk pengunjung My Small Kitchen, hari ini saya jamu anda dengan Dessert yang tidak mengecewakan dari segi rasa dan senang untuk disediakan. Bahan bahan yang diperlukan boleh dikatakan sentiasa ada di dapur especially bagi mereka yang suka memasak.



Chocholate Custard with Oranges


Bahan bahan
5 sudu makan tepung jagung
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan chocolate masakan
3 cawan susu segar/full cream
1/4 cawan gula
1 sudu makan butter
1 sudu makan vanila
Isi buah orange yang telah direndam di dalam air gula. ( Boleh dapatkan yg sedia di dalam tin)

Cara cara
1. Campurkan 1 cawan susu bersama dengan tepung jagung, gula, vanila dan serbuk koko. Gaul sebati dan ketepikan.
2. Panaskan baki 2 cawan susu, masukkan chocolate masakan dan butter. Gaul sebati.
3. Tuang campuran susu dan tepung jagung ke dalam susu yabg dipanaskan tadi. Kacau hingga menjadi pekat.
4. Bila adunan mengeluarkan gelembung kecil, matikan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.
5. Semasa menghidang, letakkan isi buah orange yang telah direndam di dalam air gula.



4 comments :

Sweet red cherry said...

telan air liur dibuatnya..

ummiaisyah said...

mmg la da yg rindu kak zila! awat..tak sihat ka? harap2 aka sihat je...sesekali dapo tak berasap apa salahnya...best dpt bermanja2 kan!
sy ni br je mkn nasi..dok teringat2 kalo la ada desert yg manis2 kn best...jengok plak di dapo akak ada ni...nakkkkkk!

kasihredha said...

Akak pun dah jrg update blog...sebab tu dah lama x dtg sini...rinduuu Sgt.
Tp bila msuk sini sure tensen....laparrr...air liur menitik dah ni

Gee® said...

wow! terguda la Zila.... nyum2x