Sunday, April 7, 2013

Scones Again....




Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ahad yang agak membosankan sebabnya my husband tak ada di rumah. Selalunya asyik berebut remote TV dengan my husband. So bila seorang diri, alahai macam hilang arah saja.

Hari ini saya tak masak untuk lunch since my hubby ada kerja yang perlu disiapkan. Tapi tengahari tadi sempat pergi lunch bersama.



Balik rumah, jemu pula asyik tengok TV, habis semua channel tukar. Tak boleh jadi macam ni, apalagi selongkar dapur cari apa yang boleh dibuat.

Ingat nak buat kek sebab lama juga tak buat. Lagipun hari tu saya ada beli bundt pan, ingat nak rasmikan hari ini. Tapi tiba tiba tukar fikiran, saya buat scones lagi.


Minggu lepas masa saya ke supermarket saya ada beli Clotted Cream, boleh tahan juga harganya. Satu botol kecil tu berharga RM20.90, selain tu saya beli juga raspberry jam yang nampak macam sedap je.. ( Semua benda nampak sedap kat supermarket tu......)



Scones

Bahan bahan
2-3 sudu makan buttermilk, lebihkan untuk sapuan akhir
225 gms self rising flour
75 gms cold butter
40 gmd gula castor
1 large eggs
Secubit garam

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius.
2. Tapis tepung dan garam di dalam bekas yang agak besar.
3. Masukkan butter yang telah didadukan kecil, gaul menggunakan jari atau pastry blender hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Aduk telur dan buttermilk dan campurkan ke dalam adunan.
5.Bentukkan doh menjadi bebola, menggunakan roller pin, roll supaya ketebalannya lebih kurang 1 inci.
6. Potong menggunakan scones atau cookie cutter dan susun di atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking sheet.
7. Sapukan sedikit buttermilk di atas pemukaan scones dan bakar lebih kurang 10-12 minit.
8. Angkat dan sejukkan di atas wire rack.
9. Sedia dinikmati dengan raspberry jam dan clotted cream dan juga English Tea.
10. Yummy!!!!


10 comments :

Rohah said...

rajinnnya kak buat scone...kita teringin nak buat, tapi tak tercapai lagi..

hazila said...

Rohah,
Akak cari benda yg boleh buat dalam kuantiti yg sedikit. Kalau nak buat kek confirm 3,4 hari baru habis.

Mori Said said...

sedapnya tengok jem kat atas scone tu...

hazila said...

Mori,

Memang sedap bila jem dan clotted cream bertemu dengan scones dalam mulut...

Chah said...

Malas2..bosan2...keluar gak menu scone...kita kalo malas...usahkan nk gi dapur..nk angkat sikupun dok ghok...hehe

mama sara nur said...

Assalam
sedap mkn bersama jem
tak terbuat ni sb x reti
biasa kalu breakfast kat hotel mesti sambar scone ni dulu he he

dari dapur nasya said...

as salam kak zila, nanti singgah umah ya amik award...

sudipVSsenduk said...

tak pernah makan scones..
kesian kan saya

zila norazila said...

Salam kak zila..
Alhamdulillh zila sihat jew..cuma slow sikit masak2 skrg ne..nk rasa sikit scone tue..ada lg x?

eyeyou said...

xpenah try..nak gak kalo ada org kasi..