Wednesday, June 19, 2013

Mixed Fruits Parfaits





Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Siapa suka makan yogurt?

Bila sebut yogurt, dah kecur air liur sendiri. Mesti ada yang rasa pelik kalau sebut yogurt pun boleh kecur air liur, macam sedap sangat... My husband pun pelik, sebab dia kata apa la yang sedap sangat dengan benda yang masam macam tu...  

Yelah, lain orang lain kesukaannya.



Saya memang selalu simpan stok yogurt dalam peti ais di rumah. Yang paling saya suka makan yogurt dengan buah buahan dan madu/maple syrup. Kalau ada homemade raspberry/strawberry sauce pun okay juga, lebih lebih lagi kalau di makan bersama sama dengan Greek Yogurt.




Actually penyediaan dessert ni senang dan tak ambil masa yang lama pun. Kebetulan saya dah buat Homemade Raspberry Sauce ( gara gara meghoyan beli 1 kg raspberry tempohari).

Kali ini saya lapiskan greek yogurt bersama sama dengan isi buah oren yang agak manis, homemade raspberry sauce dan buah peach dari dalam tin. Akhir sekali saya taburkan keju ceddar.

13 comments :

JaSSNaNi said...

owh.. dengan yougurt ye.. ingat dengan whipping cream.. nyam nyam.. sedap jugakkk.. :)

hazila said...

JaSSNaNi,

dengan whipping cream tak larat, muak sangat.

Amie said...

Saya pun terus kecur kalau disebut yogurt Zila sebab dah terbayang asam2 sikit rasanya dan betapa enaknya dibuat smoothies... itulah kesukaan saya!
Nak jamu mata dengan mixed fruits parfait di sini pulak... enaknya!

Liza said...

sedapnya, sejuk je lalu kat tekak...

Qhaifa Nur said...

memang kecur tekak tengok ni...
sedapnya pula...

Gee® said...

dap eaaaa....... yummy!!

dapurCikWan said...

uiks....so yummy! cair tengok...rasberi tu susah nak cari kat sini..kalau ada pun limited..dan ofkos mahal.. :/

sudipVSsenduk said...

terasa-rasa mencair ditekak

Chah said...

Oh my! Kita pun suka! angkat tangan dgn penuh keyakinan sbb keti wangi..heeeehee

Umie Jazz said...

Assalamualaikum... saya suka intai dapur zila ni...mengancam.....

Bbwana adienia said...

salam..

nampak sedap dan sangat menarik..em, yummy..

ibundo said...

kecur sudah air liurku..

zila norazila said...

My hubby suka sgt yogurt kak..berkilo smggu dia mkn..kecur tgk akk buat tue..nmpk segarr..